Beli Rumah Dapat Duit : Step-By-Step

 

Jika Tuan Saufi Karim telah berjaya dengan penghasilan ebook dengan tajuk Pelaburan Hartanah Tanpa Modal, maka aku pun nak menyelit jugalah dengan entri bertajuk Beli Rumah Dapat Duit ini, tetapi entri ini hanyalah sekadar ringkasan terhadap langkah-langkah yang korang perlu lakukan untuk menjayakan ‘misi’ ini. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :

  1. Cari dan dapatkan sebuah rumah yang berharga di bawah harga pasaran (market value).
  2. Dapatkan persetujuan pemilik rumah/penjual untuk ‘mark-up’ harganya mengikut harga pasaran. Adalah lebih baik sekiranya si pemilik rumah/penjual bersetuju untuk tidak mengambil 10% downpayment dari korang bagi menjimatkan duit korang.
  3. Jumpa lawyer dan minta dia buatkan 2 Sale & Purchase Agreement (S&P) di mana satu menyatakan harga pembelian sebenar manakala satu lagi harga mengikut nilai pasaran.
  4. Hantarkan permohonan pinjaman ke Bank dan mohonlah margin pinjaman berdasarkan harga yang telah di’mark-up‘kan itu tadi.
  5. Setelah permohonan margin berdasarkan harga mark-up itu diluluskan, jangan lupa ketepikan 10% dari duit yang bakal korang perolehi untuk abangensem di atas perkongsian info ini.

Amacam, faham tak? Apa?? Tak faham??? Aku dah agak dah pun.

Ok. Kita andaikan yang korang telah berjaya memperolehi sebuah rumah bernilai pasaran RM100K pada harga RM80K (setelah menggunakan 4 teknik dalam ebook terbaru aku nanti). Maka 2 buah S&P dengan jumlah RM100K dan RM80K pun dibuat. S&P dengan jumlah RM100K pula kemudiannya dijadikan ‘bukti’ harga pembelian dan margin pinjaman sebanyak 90% dengan jumlah sebanyak RM90K pun dipohon sebagai jumlah pinjaman. Setelah jumlah tersebut diluluskan dan setelah ditolak dengan harga sebenar sebanyak RM80K dilakukan, maka korang bakal mendapat ‘durian runtuh’ sebanyak RM10K dan hanya 10% (RM1K) sahaja diperlukan bagi memenuhkan kantung poket aku. Amacam, korang faham tak sekarang?

Sekian. Terima kasih.

AE : Kalau sorang bagi aku RM1K dan kalau ada 1000 orang yang berjaya buat, dah RM1 juta aku dapat. Hmmm.. Masyuk masyuk. Boleh la aku merasa pakai Toyota Vios nanti.

Disclaimer : Langkah-langkah di atas adalah seperti yang diceritakan oleh KAWAN AKU YANG SORANG NI.. hehe.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

24 Comments

  1. Nadot October 9, 2012
  2. matjoe October 9, 2012
  3. aslam October 9, 2012
  4. Adi October 9, 2012
  5. hatiputera October 9, 2012
  6. anastasyea October 9, 2012
  7. StaiBaqHang October 9, 2012
  8. jeff kacak October 9, 2012
  9. Nurul October 9, 2012
  10. shahril sidek October 9, 2012
  11. iEs October 9, 2012
    • abangensem October 9, 2012
  12. Azizan October 9, 2012
  13. Muhammad October 9, 2012
  14. Juan October 10, 2012
  15. azman October 10, 2012
  16. Dinsblog October 10, 2012
  17. Mohd anis May 14, 2014
    • abangensem May 15, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge