Beli Rumah Dapat Duit. Satu Mitos?

 

“Mana boleh beli rumah dapat duit?”

Ramai yang tak percaya. Tak kurang juga yang mencela. Ada yang kata ini tak lain MLM punya angkara tetapi inilah sebenarnya hakikat, yang tidak ramai di kalangan kita yang mengetahuinya. Aku sebenarnya tidak ingin mengulas panjang tentang isu ini tetapi memandangkan pertanyaan datang dari blogger ‘pengarang jantung’ aku, maka aku ringkaskan caranya seperti berikut :

  1. Cari rumah yang harganya di bawah nilai pasaran ;
  2. Dapatkan persetujuan dari penjual untuk mark-upkan harganya mengikut nilai pasaran ;
  3. Memohon pinjaman berdasarkan harga semasa yang sudah pasti lebih tinggi dari harga jualan ;
  4. Setelah permohonan diluluskan dan bayaran dibuat oleh pihak Bank, mintalah pihak peguam mengembalikan wang lebihan yang patut korang dapat.

Bunyi macam mudah tetapi banyak perkara yang perlu dipelajari antaranya :

  1. Bagaimanakah cara untuk mencari rumah di bawah nilai pasaran?
  2. Bagaimana untuk memastikan si penjual bersetuju untuk menaikkan harga yang secara tidak langsung akan merugikannya?
  3. Dokumen apa yang perlu disediakan bagi memastikan kepentingan kita sebagai pembeli terjaga?

Dan 1001 macam perkara lagi yang perlu korang pelajari dan inilah sebenarnya nilai ‘RM’ yang perlu korang keluarkan bagi menghadiri seminar hartanah bagi menjawab persoalan di atas. Kenapa tidak aku kongsikan semuanya di sini? Jawapannya mudah.. “Supaya tidak ada di kalangan mereka yang akan sakit hati dengan aku terutamanya mereka yang mencari rezeki dari hasil seminar. Wallahualam”.

AE : Teruskan melabur di dalam ilmu pengetahuan sebelum korang memulakan langkah di dalam sebarang instrumen pelaburan.

35 Comments

  1. ishy77 February 7, 2012
    • abangensem February 7, 2012
  2. ikhwan February 7, 2012
  3. ariff February 7, 2012
    • abangensem February 7, 2012
  4. fasz February 7, 2012
    • Aslam February 7, 2012
    • abangensem February 7, 2012
  5. Nescafe Susu February 7, 2012
    • abangensem February 7, 2012
  6. Dwan February 7, 2012
    • abangensem February 7, 2012
  7. Dwan February 7, 2012
  8. peruzz February 7, 2012
  9. isahashim February 7, 2012
  10. Zarul Umbrella February 7, 2012
  11. asya February 7, 2012
    • isahashim February 7, 2012
      • ikhwan February 7, 2012
  12. hatiputera February 7, 2012
  13. KiD February 7, 2012
  14. wynn78 February 7, 2012
  15. Zianit February 7, 2012
  16. rosmainy February 7, 2012
  17. anip February 8, 2012
  18. sang kura-kura February 8, 2012
  19. rin February 10, 2012
  20. Juan February 14, 2012
  21. jon legend February 28, 2012
  22. Fi April 29, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge