Beli Rumah Secondhand Tanpa Deposit?

 

Beli Rumah Tanpa Deposit

Sempat lagi iklan jual rumah aku dikomen oleh BLOGGER TERSOHOR INI petang semalam. Adakah pembelian rumah secondhand tanpa deposit yang ditanyanya kepada aku dan jawapan jujur yang mampu aku berikan ialah, YA dan TIDAK.

‘YA’, jika pembelian itu berkemungkinan melibatkan ahli keluarga, adik-beradik, saudara terdekat mahu pun rakan rapat dan ‘TIDAK’ jika pembelian itu di antara orang ketiga yang tidak korang kenali.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat aku tetapi secara logiknya, penjual mana yang sanggup menjual tanpa ada booking fees sebagai ‘tanda jadi’. Apatah lagi jika yang menguruskan proses pembelian rumah secondhand tersebut adalah ejen yang dilantik. Ini kerana booking fee/earnest deposit itulah yang akan menjadi komisyen buat si ejen nanti. Namun, ini tidak bermaksud yang langsung tidak wujud istilah beli rumah secondhand tanpa modal kerana ada beberapa teknik yang akan membolehkan korang mendapat balik duit deposit dan downpayment yang telah dibayar dan antara teknik yang paling ‘femes’ ialah dengan membeli rumah yang di bawah nilai pasaran sepertimana iklan yang aku tulis di atas dan kemudiannya ‘mark-up’ Perjanjian Jual Beli (S&P) untuk rumah tersebut. 

Sebagai contoh, diandaikan yang rumah di atas berharga RM75K manakala nilai pasarannya pula adalah setinggi RM90K. Maka apa yang perlu korang lakukan adalah :

  1. Mark-up S&P mengikut nilai pasaran (RM90K) setelah downpayment sebanyak RM7.5K dibayar kepada penjual (RM7.5K itu adalah 10% daripada harga sebenar = RM75K).
  2. Dan diandaikan juga yang korang layak untuk mendapat 90% pinjaman (RM81K)berdasarkan kepada harga S&P yang telah dimark-up itu (RM90K).
  3. Jadinya, dengan jumlah pinjaman sebanyak RM81K itu yang kemudiannya akan membolehkan korang menerima lebihan sebanyak RM13.5K (RM81K minus RM67.5K) sudah cukup untuk mengembalikan amaun RM7.5K yang telah korang berikan kepada penjual sebelumnya.
  4. Malah, korang juga akan turut mendapat extra amount sebanyak RM6K yang mungkin boleh korang gunakan untuk membayar yuran guaman dan khidmat nasihat abangensem melalui entri ini.

Kesimpulannya memang teknik ini dapat dilihat sebagai pembelian tanpa modal, cumanya modal upfront masih perlu dikeluarkan kepada penjual sebagai ‘tanda jadi’.

AE : Sepanjang 14 tahun aku terlibat dalam bidang pelaburan hartanah ini, hanya sekali sahaja si penjual tidak meminta downpayment dari aku. Namun beliau masih menginginkan small amount dari aku sebagai ‘tanda jadi’ dan small amount inilah yang pada aku masih lagi dianggap sebagai modal upfront.

10 Comments

  1. KiD January 4, 2013
  2. Anuar January 4, 2013
  3. salehsobri January 4, 2013
  4. matjoe January 4, 2013
  5. aslam January 4, 2013
  6. hafizrahim January 4, 2013
  7. Encik Din January 4, 2013
  8. Azizan January 5, 2013
  9. halif January 6, 2013
  10. Zul June 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge