Beli Rumah Tanpa Duit : Tawaran Dibuka

 

Nampaknya gara-gara ‘Pelaburan Hartanah Tanpa Modal’ atau nama sempoinya ‘Beli Rumah Tanpa Duit’, inbox e-mail abangensem98@gmail.com telah mula dipenuhi dengan soalan-soalan berkaitan dengannya.

Ada yang meragui keberkesanannya.

Ada yang mempersoalkan konsep yang diutarakan.

Dan kes yang paling rumit apabila.. ada yang langsung tak faham dengan apa yang dibaca.. huhuhu.

Kalau diikutkan sisi jahat aku, pasti jawapan berikut yang akan aku reply.. “Sila hubungi Tuan Saufi Karim untuk penjelasan selanjutnya” dan aku boleh tidur lena tanpa perlu memikirkan jawapannya, tetapi dek kerna aku ni ‘Budak Izzuddin’ yang ensem, yang sememangnya diajar untuk berkongsi segala info yang aku miliki, aku cuba juga untuk menjawabnya sebaik mungkin.

Namun, supaya aku tidak perlu mengulangi jawapannya berulang-kali, di kesempatan ini aku ingin membuka peluang selama 3 hari ini (21 – 23 September ’12) kepada korang untuk bertanyakan sebarang persoalan tentang konsep yang diketengahkan oleh ebook tulisan Saufi Karim ini. Jadi buat korang yang telah membaca dan tidak memahaminya, korang bolehlah meng’e-mail’ aku ke e-mail address di atas dalam tempoh tersebut. Sebarang soalan selepas itu TIDAK akan dilayan.. hehehe, manakala bagi korang yang belum mendapatkan ebook tersebut, mungkin korang boleh jengah dan beli ebook tersebut menerusi LINK INI.

AE : Hanya mereka yang pernah mempraktikkan apa yang ditulis dalam ebook ini sahajalah yang akan mengakui keberkesanannya.

7 Comments

  1. zuan September 21, 2012
  2. fazrol September 21, 2012
  3. Rem September 21, 2012
  4. shahril sidek September 21, 2012
  5. halif September 22, 2012
  6. Ramzi September 22, 2012
  7. azman September 24, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge