“Benarkah harga rumah makin mahal?”
Inilah persoalan yang begitu kerap disoal kepadaku sepanjang menerima kunjungan dari saudara mara dan rakan taulan aku di musim perayaan ini.
“Inilah bahana bila aku dah dianggap pakar hartanah“, bisik aku dalam hati.
Sejujurnya, aku agak kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana bagi aku, ianya hanya menjurus kepada harga rumah baru dan subsale yang dibeli pada harga pasaran. Kenapa tidak dilihat pada pasaran lelong? Adakah kerana rumah lelong biasanya rosak teruk maka potensi pasaran tersebut dipinggirkan? Malah jika dilihat kadangkala harga-harga ‘reserved’ yang ditawarkan bagi hartanah di kawasan prima (prime area) jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai pasaran semasa walaupun setelah dimasukkan sekali dengan kos membaik-pulih.
“Budak baru kerja/kahwin mana ada modal nak keluarkan duit nak repair rumah Bro?”, sangkal seorang rakan aku.
Ya betul tetapi bagi aku disinilah sepatutnya kerajaan memainkan peranan. Benarkan pengeluaran akaun KWSP untuk kos tersebut dan jika takut ianya disalahguna, hadkan jumlah yang boleh dikeluarkan. Apa pun ini hanya pandangan aku dan masih terbuka untuk dibicara dan disangkal oleh kalian yang membacanya. Setidak-tidaknya aku cuba membuka seluas-luasnya blog ini sebagai pusat percambahan idea bagi mengatasi kemelut harga rumah yang dikatakan ‘mahal’ ini dan masih ada beberapa cadangan lain yang bakal aku utarakan dalam entri-entri berikutnya, in shaa Allah.
AE : Buat apa beli rumah mahal-mahal dulu. Mulakan dengan yang kecil macam aku. Lambat laun, in shaa Allah boleh duduk rumah bertanah.
Saya setuju… Harga rumah baru memanglah mahal.. Tapi harga rumah lelong dan Subsale, kalau ‘kena’ dengan caranya boleh dapat murah…
Nak tahu caranya, kenalah berguru dengan Abang Ensem dan Pie 2020.. Betul tak AE?
Anuar recently posted..Affiliate Summit Ogos 2013 dan Jamuan Hari Raya…
Setuju dengan pendapat bro. Tapi rumah lelong di kaw prime tu ramai yg akan bid. Dan kemungkinan harga pun boleh naik tinggi. Memang mahal harga rumah sekarang. Kalau x mahal, dah lama ramai beli guna cash. Tak perlu hutang2.
halif recently posted..Awek Tenant Yang Nakal (Part 2)
Nak kena praktikkan beli rumah kecil2 dulu ni bro….
eyriqazz recently posted..Kad Raya dari Nuffnang
org cuma pandang harga rumah baru. mmg x dapat nk beli la, even kita yg dah 10 tahun keje
assalammualaikum sy cuma nk tanya je sbb sy ade bli rumah di sg petani harga nya 152 k bln potangan 700 tapi bila diberi sewa blh dpt dlm 400 sebln tak bebaloi dengan jumlah potongan bulanan sy… bkn sy tk mahu duduk lg sbb nya sy masih dlm perkhidmatan tapi jika sy bli rumah tahun akan dtg kemungkinan harga rumah akan naik sbb tu la sy bli skr pada tahun 2004 harga rumah br je 87 k keatas blm sampai masuk 100 k, sama ngan rumah yg sy ambl di sg petani tapi skr dah mencecah 152 k knp blh jadi mcm tu serdangkn rumah keluasan sama je sbb tu la kaki tangan kerajaan jarang bli rumah lg disbb kn loan yg di pohon tak lepas dengan rumah yg hendak di bli kalau kaki tangan swasta mungkin mampu bli dengan harga rumah skr biar pun rumah berharga 200 k ketas itu yg jadi masaalah skr ni… harga rumah memang naik telalu melampau skr ni…
jalan mesti ada punya kan bro.. tak ada jalan kita buat jalan..hehe..
Zuan recently posted..Komen di Entry Lama – Ketinggian Menjadi Persoalan
Idea AE untuk beli rumah kecil dulu menarik jugak tapi lokasi tetap mainkan peranan rasanya.
Ahmad Inat recently posted..Tips Shopping Online
1 je soalan saya, rumah lelong ke apa ke semua tu bergantung pada lokasi, serta Baki hutang, rata2 rumah baru kalau lelong, adakah harga lelong? Bank dah bagi pinjaman 500k Lepas tu owner problem duit, hutang adalah dlm 510k sbb interest awal pun xlepas bayar,,.. Adakah ini harga lelong???? 2 tahun lagi habis la tiap2 hari dengar org kena Bom, skrg kena tembak je, pasal apa, org Miskin Sakit hati xada rumah, sewa bapak segala mahal. Zakat xlayak sbb gaji 2k.
Sedar xsedar Kita sesat dlm kapitalis… Ikut Islam insyaallah selamat, saya xkata smua ini salah, tapi knp tidak Ada ustaz yg bijak dlm ekonomi Islam kupas isu ini. Kesan kpd masyarakat tak lama. Property naik bila? Xsmpi pun 10 tahun. Kes tembak2 ni start. Berlaku apabila masyarakat tertekan dgn kehidupan….
Kalau bro Ikhlas, sila hayati secara ilmiah, knp bro berhenti kerja? Knp nk bebas hutang? Knp Xnk beli property mahal skrg? Maaf bro saya tidak serang bro, jgn salah fhm… Diluar sana ramai menangis sbb bnda asas pun xmampu provide pd keluarga, sudah smpai bro yg hebat dlm property duduk semeja dgn ulama serta ustaz. Balik pd agama, tmpt tinggal pakaian adalah asas seorg suami berikan pd isteri dan keluarga. Bila Kita ambil kiblat selain agama, Natijahnya, kebejatan sosial, bnda ni Ada dlm kupasan agama, Allah yg cipta manusia, dia tahu apa yg asas diperlukan Oleh hambanya, abgensem lihat lah Dari kacamata islam, yg Ikhlas dan kasihan pd org Islam Kita dimalaysia
mende la lu ni brader,org ckp psal umah.lu citer psal org buat jenayah sbb ttekan kos hdup tggi.lu ngadu la dgn kera jaan.nak Islam hebat tp kera jaan xckup Islamnya,lu ckp mende pn xguna bro.
Rileks Bro. Gua open blog gua ni sebagai tempat berdiskusi dan meluahkan rasa. Gua takde hal.
Lu sape??,, Bila ckp bljr agama, Xnk? Gua dah Ada rumah dan tanah Utk setiap Anak Anak gua. Nanti dah Malaysia xselamat. Dah kena batang hidung, Anak bini lu xselamat baru lu tahu. Gua org business la. duit dh cukup. Gua ckp dgn abgensem.
ukur baju di badan sendiri.. saya nak beli rumah kat Putrajaya.. boleh tak? PPA1M ler harapnya.. 🙂
KiD recently posted..Peti Ais Raya
jika tiada duit repair rumah lelong buatlah persenol loan, jika boleh buat untuk beli kerete baru, bini baru takkan nak beli rumah tak boleh usahakan.
Pembaikkan rumah flat, kondominium, apartment lebih terkawal dan murah berbanding rumah atas tanah. sila usahakan dapat sebut harga dari beberapa kontraktor kecil atau tukang untuk kos tukar pintu berapa? (sekitar RM 90-160- tergantung jenis pintu, panel door lebih mahal) geriji untuk satu pintu sekitar RM 200-250, pendawaian elektrik satu rumah sekitar RM600-950 bergantung kepada ‘kecacatan’ yang berlaku.
mulakan dengan usaha kecil dan pastikan anda berjaya. jangan mencipta pelbagai alasan untuk mendapatkan rumah yang pertama anda. saya setuju dengan AE, mulakan dengan yang kecil, lebih baik jika dapat yang lelong pada harga bawah MV 20%-40%. Manusia yang berjaya mencipta kejayaan dan manusia yang gagal menciptakan alasan.
Salam Aidilfitri ya bro:-)
azizulazli recently posted..RUMAH BANDAR UNIVERSITI UNTUK DISEWAKAN PADA SEPTEMBER 2013
Nak start dengan rumah kecil2 zaman AE baru nak start dulu boleh la…sekarang ni da susah sikit la…
Setuju! kiteorang pun start beli rumah keci dulu.. ALhamdulillah.. sekarang, kalau nak, memang boleh dah jual dan beli yg lebih besar… Tapi.. rase2 rugi ke jual rumah kecik dan beli rumah lagi besar?
yeen recently posted..Tak suka Arthritis, kenali 12 simptom-simptom Rheumatoid Arthritis