Terpanggil aku untuk berkongsi cerita tentang ebook dan pendapatan yang diperolehi melaluinya setelah aku lihat nama aku ‘dipinjamkan’ oleh pemilik blog INI di dalam entri terbarunya.
Ya, sememangnya aku akui yang ebook yang dihasilkan dengan tujuan pemberian secara percuma bagi pengunjung blog agak kurang mendapat sambutan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh beberapa Internet Marketer (IM) sebelum ini malah hasil pemerhatian dan maklum balas dari beberapa rakan blogger aku turut memberikan reaksi yang sama, iaitu tiada sambutan bagi pemberian ebook percuma. Justeru itu aku amat-amat menggalakkan supaya satu tanda harga perlu diletakkan pada ebook tersebut walaupun serendah RM5. Bukan bertujuan untuk meraih keuntungan sebaliknya agar ianya bakal mendapat sambutan walaupun tidak seperti yang diharapkan.
“Kenapa pula sambutannya tidak seperti diharapkan Bro?” persoalan yang aku jangkakan dari korang dan jawapannya adalah kerana kejayaan penjualan sesebuah ebook banyak bergantung kepada beberapa faktor (berdasarkan pengalaman aku sendiri) dan faktor-faktor inilah sebenarnya yang membolehkan aku memperolehi pendapatan yang akhirnya menjadi salah satu penyebab untuk aku berhenti kerja.
Ya, walaupun tanpa promosi yang bombastik dan juga tanpa sokongan program affiliate (setelah program affiliate aku digodam beberapa bulan lalu), tetapi aku masih mampu menghasilkan pendapatan yang konsisten darinya. Apa yang aku dapat simpulkan ialah, konsistensi tersebut bergantung kepada faktor-faktor berikut :
Penjenamaan
Pastikan yang anda telah menjenamakan diri dan blog anda sebagai orang yang ‘tahu’ (sebetulnya pakar) tentang bidang yang anda tulis. Jika anda menulis tentang tips-tips mengayat awek pastikan anda mempunyai ‘sejumlah’ awek di sekeliling pinggang anda.
Harga
Harga berperanan di dalam memastikan penjualan terhasil. Tidak terlalu mahal dan bukan juga terlalu murah sebaliknya pastikan harga tersebut boleh dikategorikan sebagai ‘harga mampu beli’. Ketepikan mitos harga mahal perlu disertakan dengan jumlah muka surat yang banyak kerana apa yang lebih penting adalah harga yang berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan bukannya jumlah mukasurat yang ditulis.
Design Kulit Ebook
Masih ingat tak anda pada design kulit ebook aku yang dahulu? Kalau dah lupa, sila lihat gambarnya di bawah.
Amacam? Tak menarik langsung kan design yang aku buat sendiri.. hehehe dan atas sebab itu, aku telah mengupah seorang designer untuk merekabentuk kembali kulit ebook aku dan hasilnya, peratusan jualan ebook aku telah meningkat melebihi 200% dari sebelumnya. Pelaburan sebanyak RM250 bagi setiap design nampaknya cukup berbaloi pada aku dan jika anda mempunyai sejumlah wang yang diperuntukkan untuk tujuan promosi, nasihat aku.. gunakannya terlebih dahulu untuk penghasilan kulit ebook yang lebih bermutu.
Trafik & Entri
Jika anda bukan seorang pakar SEO, pastikan blog anda dikemaskini sekerap mungkin. Ini bagi memastikan terdapat pengunjung baru setiap hari kerana merekalah yang akan memastikan penjualan secara berterusan bagi ebook anda. Pastikan juga terdapat sekurang-kurangnya satu entri yang berkualiti (berilmiah) di muka hadapan blog anda pada setiap masa. Ini kerana melalui entri-entri berkualitilah yang akhirnya mampu menarik pengunjung untuk membeli ebook anda.
Zakat/Sedekah
Ini merupakan ‘ibu’ kepada segala faktor kerana ini merupakan janji Allah terhadap hambaNya. Barangsiapa yang membantu berzakat dan bersedekah, maka Allah akan melipat-gandakan rezeki untuk kita. Jadi walaupun sedikit sahaja jumlah imbuhan yang kita perolehi, pastikan zakat dan sedekah kita keluarkan. Insyaallah kita tidak akan jatuh miskin dengan berzakat/bersedekah dari hasil perolehan anda.
AE : Apa pula sebab korang beli ebook aku tu ye?













Niat ikhlas membantu itu paling bagus.
matjoe recently posted..Resepi Kejatuhan – Raya Pertama dan Ahad Pulak Tu
kalau barang bagus, memang orang akan cari maa..
ohcikgu recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Terima kasih atas pencerahan terutama peletakkan harga sesebuah ebook. Memberi inspirasi untuk ebook yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Firdaus Latib recently posted..Pengaruh Pelawat Dengan Blog Commenting
Aku beli e-book tu just curious nak tau mcmana dia menjana pendapatan sampai bro berhenti kerja drp bank terunggul tu.
adam dzirhan recently posted..Cape Town Pt 2 – Menyusuri Puncak Table Mountain
Terbaik¡
halif recently posted..Puduraya – Revisit
setuju bro, terutamanya tang sedekah tu, even Robert Allen pun citer menda yg sama.
salam.
poin terakhir tu yg plg penting. utk penyucian harta dunia & akhirat. nk tnye, mcm mane ye nk buat ebook pastu leh jual. tq
drsir recently posted..Salam Kemerdekaan Ke-55
Terima kasih di atas Tips yang diberikan oleh AE..
Saya sangat menghargai Tips tersebut, dan cuba untuk menjenamakan semula ebook saya.. Tapi sebelum itu, boleh AE cadangkan kepada saya dekat mana saya nak dapatkan pereka Design secantik ebook-ebook yang AE hasilkan?
Selepas cover ebook saya dah siap di design nanti, tentu harga ebook tersebut terpaksa dinaikkan disebabkan untuk menampung kos design ebook tersebut.. Betul tak AE?
P/s: Saya sedang mencari penaja untuk menganjurkan pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan ini, sila klik (Klik Di Sini)
bagus tips2 ni.. thanks bro
boni kacak recently posted..Berpesta Dengan Gadis Murahan
ebook buat it celik ringgit ni saya belum beli
Juan recently posted..Tips Soalan Peperiksaan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
masyuuuukkk bro nih…
KiD recently posted..Kini Tak Jeles Lagi..
Bila e-book ini “berharga” maka dia akan ada harga. Walaupun pun harga sedikit seperti RM5 ianya menunjukkan penulis cuba berkongsi informasi berguna dengan pembaca.
Anyhow apa yang datang percuma kita harus hargai termasuk keihlasan penulis. Tq.
ReM recently posted..Kisah Tanah Yang Tak Selesai
Tips untuk sentiasa bersedekah dan derma tu amat bagus bro….
hazman aka species1980 recently posted..CONTEST RAJA KOMEN blog HAZMANFADZIL.COM 4.0
tahniah AE..semuga terus sukses
suka gak tips sentiasa bersedekah akan memurahkan lagi rezeki kita
emm terasa jugak nk jadi hebat dalam penjualan ebook ni..tapi ilmu di dada belum cukup lagi..menarik entri ni diselitkan dengan beberapa tips..hehe
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #23 – Pisang Belalai Gajah