Bercerita Tentang Sublet

Akhir-akhir ini di laman facebook aku tak sudah-sudah orang mempromosikan teknik sublet bagi menjana pendapatan tambahan. Jika di zaman aku masih ‘ranum’ di dalam pelaburan hartanah dulu, teknik ini bolehlah dianggap sesuatu yang illegal (sekiranya tanpa pengetahuan tuan rumah) dan juga berisiko tinggi. Namun aku tidak pasti sejak bila teknik ini (yang tidak diketahui oleh tuan rumah) telah mula di’legalise‘kan oleh para pelabur baru. Apa yang pasti, in shaa Allah pada 27 Julai ini aku bakal menjadi salah seorang peserta untuk kelas ‘Teknik Sublet Serius’ kelolaan Pakar Sublet yang dikenali dengan nama Afiq Zhafri.

Bagi anda yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan Sublet, di sini aku bawakan antara definisi yang aku perolehi dari Pakcik Google antaranya berbunyi, “to rent an apartment, house etc to someone when you are renting it from someone else”. Mungkin ada yang kurang memahami akan maksudnya, jadi untuk memudahkan pemahaman anda suka untuk aku ringkaskannya dengan maksud, “sewa atas sewa”. Simple and clear.

So guys/gals, jika kalian berminat untuk turut serta mendalami ilmu hartanah tanpa pemilikan ini, come and join me this Saturday. Setidak-tidaknya takde la aku terkontang-kanting sorang diri.. huhuhu.

Sublet

AE : Dengar-dengarnya dah tinggal 13 seat je lagi. Pawer siot diorang ni.

8 Comments

  1. Naziman Azlye July 23, 2013
  2. Anarm July 23, 2013
  3. halif July 23, 2013
  4. shahrilsidek July 23, 2013
  5. Hairul Azni July 23, 2013
  6. Zuan July 23, 2013
  7. Hafizul July 23, 2013
  8. shahzaidi March 31, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge