Berita gembira buat anda.

Kasihan pula saya bila melihat pembeli ebook saya yang  telah meminta salinan ‘Perjanjian Sewa Rumah’ yang telah saya berikan sebelum ini kepada pembeli ebook saya pada 31 dan 1hb tempohari. Terasa pula  seperti tidak berlaku adil kepada para pembeli terawal saya. Untuk itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya kepada anda, maka ‘Perjanjian Sewa Rumah’ tersebut akan saya berikan kepada pembeli-pembeli ebook saya yang terdahulu dan  anda (yang berminat sahaja) hanya perlu e-mailkan keinginan anda itu ke e-mail abangensem98@gmail.com dan nyatakan juga tarikh ebook itu dibeli bagi mengelakkan kekeliruan di pihak saya.

P/S : Takziah buat keluarga Asiah Mashud kerana telah kehilangan aset paling bernilai iaitu rumah mereka akibat kebakaran yang berlaku semalam. Buat pengetahuan anda, abang kepada Puan Asiah merupakan salah seorang yang telah memperkenalkan saya kepada dunia blogging ini. Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, sila kreditkan sumbangan anda ke akaun Maybank mereka bernombor 1621 9733 2531. Terima kasih.

AE : Amacam, poyo tak bunyi entri aku kali ni (kecuali ucapan takziah di atas)? Korang rasa elok aku teruskan dengan entri sopan yang macam kat atas tu ke atau pun perlunya ayat-ayat ‘gatal’ yang selama ini aku dok tulis.  So, cepat-cepatlah mengundi kerana undian akan ditutup sebelum jam 12 tengah malam esok.

7 Comments

  1. khir January 5, 2011
  2. aslam January 5, 2011
  3. Farid Adam January 5, 2011
  4. matjoe January 5, 2011
  5. tomato January 5, 2011
  6. algu January 5, 2011
  7. waht January 6, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge