Bersara Awal Tidak Bererti Kaya

leaderboard2 denaihati Banner

 

Hahaha.. Ramai rupanya yang ‘tercedera’ apabila mengikuti timeline Facebook aku akhir-akhir ini. Walaupun ayat-ayatnya berunsurkan humor tetapi bagi yang memahaminya, ianya sarat dengan sindiran sinis yang sengaja aku hasilkan. Antara ayat-ayat yang telah mencederakan hati beberapa kenalan aku adalah :

Akibatnya, sms berikut menerjah kotak inbox message cellphone aku.

“Gua tau la lu nak ‘retire’ tapi jangan la poyo sangat dengan orang2 yang tak cukup kaya macam gua ni” – ‘Anonymous’

“Aikkk.. Bila masa gua kata gua ni kaya?” balas aku dan aku rasakan ada juga di antara korang yang beranggapan yang aku ni kaya, sedangkan hakikatnya aku tidaklah kaya sangat sepertimana yang korang fikirkan. Cumanya aku mempunyai ‘mesin wang’ yang membolehkan aku menerima ‘gaji’ bulanan sepertimana yang korang perolehi setiap hujung bulan dan ‘gaji’ inilah yang bakal meneruskan kelangsungan hidup aku ketika bergelar penganggur nanti.

Sebenarnya tidak semestinya mempunyai duit berkepuk-kepuk untuk bergelar pesara awal sebaliknya apa yang perlu korang pastikan adalah 2 perkara berikut iaitu :

1. Korang mempunyai pendapatan pasif bagi membiayai hidup korang.
2. Korang tidak mempunyai sebarang hutang yang bisa mengganggu hidup korang.

Dengan 2 perkara tersebut, korang sudah mampu untuk hidup tanpa bekerja. Suka untuk aku ingatkan yang aku pun bukannya terus-terus memiliki 2 perkara tersebut tetapi berkat dari perancangan awal yang telah aku lakukan (termasuk memandu kereta Kancil selama 7 tahun), ianya mampu aku perolehi sebagaimana yang telah aku rancangkan 15 tahun dulu.

Memang pada awalnya sewa rumah menjadi the only passive income yang aku ada tetapi berkat tunjuk ajar dan bimbingan dari rakan-rakan bloggerku, satu lagi tambahan pendapatan berjaya aku perolehi dari blog ini. Nak kata banyak tu tidak la sangat, tetapi cukup la untuk aku bayar duit makan aku satu famili (kalau korang nak tahu detail tentang income blog aku, korang boleh la membeli ebook Buta IT Celik Ringgit aku INI).

Jadi, INGAT!! Bersara awal bukannya bermaksud yang seseorang itu kaya-raya sebaliknya dia telah mempunyai income untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu runsing memikirkan tentang sebarang hutang.

AE : Aku pun dulu macam korang jugak, bermula dari bawah sebelum menapak ke atas.

This entry was posted in my story. Bookmark the permalink.

21 Responses to Bersara Awal Tidak Bererti Kaya

  1. Adam Dzirhan says:

    with my current lifestyle, mmg macam kena ada passive income 8k-10k setiap bulan baru boleh resign!
    Adam Dzirhan recently posted..Question & Answer – Loan

  2. zaza ridzlan says:

    zaza pula msh belum boleh bersara..hehe =)
    zaza ridzlan recently posted..Aku Yang Mereka Panggil Wanita Muslimah

  3. azman says:

    Kadang ada yang salah anggap dan cemburu,belum 40 dah bersara congrats!

  4. Denaihati says:

    Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.
    Denaihati recently posted..Kisahnya Secebis Hati part 2

  5. Anuar says:

    Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang..

    Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa..

    Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan…
    Anuar recently posted..Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

  6. ReM says:

    Aku pun selalu juga terfikir nak bersara. Tapi sebelum tu kena settlekan hutang-hutang yang ada dan income yang dapat nanti bersih /nett.
    ReM recently posted..Bila Nak Bersara?

  7. Encik Din says:

    post yg menarik. Dapat mengubah mindset org yg berfikir -ve.
    Encik Din recently posted..Oh! Facebook!

  8. boni kacak says:

    setuju.. setakat makan gaji, apalah yang mampu dibanggakan untuk anak2 kita nanti..
    boni kacak recently posted..Antara Lelaki Jambu, Lelaki Maskulin Dan Lelaki Sengal. Yang Mana Pilihan Gadis Malaysia. Wajib Baca!

  9. peruzz says:

    Bro.. sgt2 like ini topik… terbaek… betul… benti makan gaji bukan beerti dh kaya..sama macam aku jgk.. berhenti sblm bln puase baru ni..member semua pelik.. diorg ckp mesti better offer ke.. aku ckp nk rest.. tak larat keje.. xdek masa untuk family….. aku benti keje bknbmksd aku dh kaya or byk duit.. cume lebih masa bersama family..duit tu.. insyaALLAH.. pelan2 boleh cari

  10. peruzz says:

    Satu lg.. status tu tak cukup poyo bro.. nk lg poyo.. tabur duit atas katill..tido atas duit..post itu gambo..nhohoho

  11. halif says:

    Walau apa-apa pun, bersederhana itu tetap yg terbaik.. dan erti sederhana itu sgt subjektif dan berbeza.

  12. abang khai says:

    Hamba tertanya-tanya, apa akan jadi kepada setiap gadis yang menanti AE dalam LRT selama ini? Satu fenomena yang amat hebat apabila abangmisai@AE mula tidak kelihatan dalam LRT setiap pagi. Mungkinkah akan ada histeria? hahahaha
    abang khai recently posted..Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

  13. lewisdotmy says:

    orang nak bersara awal biasanya mempunyai alternatif untuk kehidupan selepas bersara seperti bisnes ke apa
    lewisdotmy recently posted..Promosi Harga Samsung Galaxy S3 Samsung Galaxy Note

  14. azriMy says:

    topik hangat, dan akan sentiasa begitu
    azriMy recently posted..Top 5 Blog Post Bulan Ogos

  15. Ini juga impian saya. 3 tahun dari sekarang!
    Firdaus Latib recently posted..Google Adsense – Rahsia Di Sebalik $1,077 (RM3,264) Sebulan – Bahagian 2

  16. ohcikgu says:

    ramai yang salah faham sebenarnya..
    ohcikgu recently posted..Percubaan menari gaya kuda.

  17. anjangman says:

    Entri yg baik. Ada banyak pengajaran yg tersirat jika kita berfikir dari sudut positif apa yg abg hensem katakan.
    anjangman recently posted..Clean Install Mac OS X 10.8.1

  18. b says:

    Tahniah !!! Berjaya menjadi orang yang kaya MASA….
    b recently posted..Pelan-Pelan kayuh / Tiada istilah terlambat! !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge