Betul ke aku boleh nampak HANTU??

Korang penah tengok hantu tak? Sebelum aku bercerita lanjut, entry ini bukan bermaksud untuk korang percaya dengan apa yang akan aku sampaikan sebab aku tau tak semua orang percaya dengan kewujudan hantu tetapi percayalah di dalam Al-Quran sendiri pernah menyebut yang selain manusia, ada lagi makhluk-makhluk lain yang mendiami alam ini. So, harap-harap korang memahami hakikat ini dan aku rasa aku adalah antara orang yang bertuah yang diberi peluang untuk melihat kehadiran ‘makhluk-makhluk’ ini. Bukan sekali malah berkali-kali dan mungkin jugak ‘mereka’ sebenarnya berminat nak mengenali abang ensem yang sorang ni dengan lebih dekat lagi kot.. hehehe.

Sebenarnya aku dah terserempak dengan ‘makhluk-makhluk’ ni semenjak di zaman duduk kat asrama lagi. Bermula dengan kehadiran ‘orang tua berjubah putih’ yang lenyap di depan mata sebelum diikuti dengan tragedi malam raya cina (tahun 1998) yang mana aku ber’racing’ dengan ‘penanggal’ kat kampung aku. Saksi kejadian masa tu, member sekampung aku saudara Ahmad Kamil Bin Abdul Hanan yang bila aku nengok mukanya, penuh dengan ‘kemutan’ pucat gara-gara takut dengan pemandangan yang luar biasa tu. Aku ingat lepas tu dah takde la kejadian-kejadian ngeri camtu tapi rerupanya, kehadiran puteri ke 2 aku telah mengundang seekor lagi makhluk bergelar ‘pontianak/langsuir’ datang ke rumah menziarahi puteri aku tu. Pada mulanya aku tak berapa perasan kehadirannya sehinggalah bila puteri aku tu tak henti-henti menangis selama satu hari satu malam (macam citer Ahmad Albab) dan apabila diseru, maka menjelmalah ‘minah’ tu menunjukkan diri. Itulah serba sedikit pengalaman ‘makhluk-makhluk’ ini bertemu dengan abang yang perasan ensem ni tapi dalam bebanyak pengalaman yang aku dah tempuh, yang paling menarik sekali adalah pada penghujung tahun lalu semasa aku nak buat ‘site viewing’ rumah kat Seksyen 24 yang aku nak beli.. jeng jeng jeng.

Masa tu kalau tak silap aku dalam bulan November last year, yang aku ingat hari tu hari Sabtu. Masa aku tengah menyelak-nyelak ruangan ‘classified’ akhbar the Star, aku terpandangkan iklan flat seksyen 24 untuk dijual. Harganya amatlah murah, dalam RM36K je dan tanpa berlengah-lengah lagi, terus aku kol ejennya untuk sesi site viewing. Janji ditetapkan, lokasi ditentukan dan tepat jam 7 senja, aku dah terpacak kat depan pintu umah tu bersama-sama ejen tu. Kata ejen berbangsa india tu “Rumah ni dah 9 bulan kosong. Ownernya ada 2 unit sebelah-menyebelah dan dia nak ‘lego’ kedua-duanya kalau u nak”. Umah pertama yang aku tengok (sebelah kanan), keadaannya amat menyedihkan. Cermin tingkapnya tinggal 2-3 keping je, parkir bersepah sana-sini, tandasnya aku rasa lagi cantik ‘toilet’ asrama sekolah aku dulu dengan ‘kerak’ najisnya masih terlekat di… (sendiri mau ingat la..). Lebih menyayat hati, bangkai tikus yang tidak berdosa terbentang di tengah-tengah dapur dengan separuh badannya sudah dimamah ulat-ulat najis. Walaubagaimanapun, tidak terlintas langsung kehadiran ‘makhluk-makhluk’ yang tak dijangka. Alhamdulillah.

Unit sebelah kirinya pula, agak bersih jika dibandingkan dengan unit sebelumnya tapi sayangnya sedang aku meninjau-ninjau ruang dapur unit tersebut, tetiba kelibat makhluk itu menjelmakan diri dengan memberikan ‘pose’ yang paling fotogenik dan sepantas kilat, aku mengajak si ejen india tu keluar. Setibanya di luar umah, ejen india yang terpinga-pinga itu bertanya “Kenapa u cepat sangat nak keluar. Unit ni tak macam unit kat sebelah tu. Unit ni lagi ok”. Aku hanya mampu tersenyum sambil menjawab “Sama saja. Tak payah tengok lama-lama pun tak pe..” tapi sebenarnya aku tak sanggup nak tengok jelmaan yang aku baru nampak tadi. At last, aku tak jadik beli unit-unit tersebut tetapi as usual la, cara terhormat untuk aku menolak unit tersebut dengan berkata “U tanya owner, kalau dia sanggup jual kedua-dua unit ni pada harga RM48K (RM24K sebuah), I sanggup beli CASH” dan ejen tu dengan muka terkilan berkata.. “Tak boleh la encik. RM36K ni pun dah cukup murah”. Aku hanya mampu tersenyum lega sambil berkata dalam hati.. “nasib baik la aku datang time senja, at least dapat jugak aku tau yang unit ni ada ‘benda’ duduk. Kalau tak, naya je tenant aku nanti.. hehe”
Tips n Thots : Jika korang nak view unit yang dah lama kosong, aku nasihatkan cuba datang selepas waktu senja dengan bertemankan kengkawan yang memiliki deria ke 6 (sixth sense).

16 Comments

  1. Hasrol Nizam June 12, 2010
  2. Anonymous June 12, 2010
  3. Anonymous June 12, 2010
  4. abang ensem June 13, 2010
  5. zida June 13, 2010
  6. JMR June 13, 2010
  7. abang ensem June 13, 2010
  8. fndrocka June 13, 2010
  9. abang ensem June 13, 2010
  10. fndrocka June 14, 2010
  11. Bard June 16, 2010
  12. Anonymous September 20, 2010
  13. ani May 7, 2012
  14. esyam December 16, 2013
  15. Fariq Seman March 20, 2017
  16. Fariq Seman March 20, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge