“Biar betul makcik ni. Boleh caya ke?”

Korang mesti tak percaya kalau aku kata masa zaman student dulu aku ni cukup aktif berpersatuan dan disebabkan itu banyak jugak la jawatan yang aku pegang, antaranya Pengerusi Biro Ekonomi Kolej dan juga Penolong Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah. Atas sebab gempaknya title yang aku sandang tu, maka pada tahun 1994 aku telah terpilih untuk dihantar menghadiri Kursus Kepimpinan Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia sebagai wakil ITM (la ni UiTM) dengan tujuan untuk memantapkan sifat jatidiri aku time tu. Korang bayangkan ‘hebat tak hebatnya’ aku ni. Agaknya pasal tu la, aku sering menjadi buruan para gadis masa kat ITM dulu (alamak… self praised lagi mamat ni hahaha) dan buat pengetahuan korang, barisan penceramah yang diundang masa seminar tu bukan calang-calang orang antaranya President & Group Chief Executive Permodalan Nasional Berhad sekarang, Che Hamad Kama Piah (masa tu belum ada title Tan Sri Dato’ lagi) dan Datuk Maznah Hamid, Securiforce Sdn Bhd punya owner dan lebih dikenali dengan panggilan Iron Lady Malaysia.

 

Makcik Iron Lady

Memang time tu, keterujaan aku lebih kepada nak ngerek awek-awek dari universiti lain daripada mendengar ceramah diorang ni walaupun ramai yang kata ceramah diorang ni hebat. Pasal tu la aku tak berapa amik port sangat tentang isi ceramah diorang tu tapi satu benda yang aku ingat sampai sekarang adalah kata-kata berikut yang terkeluar dari mulut ‘Iron Lady’ yang sorang ni :

“Saya dulu memang teringin sangat jadi orang kaya. Sebab tu la setiap hari saya akan lalu depan rumah-rumah banglo orang-orang kaya ni dan baca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang yang berjaya ni dan hasilnya, saya akhirnya berjaya macam mereka”

Masa mula-mula dengar clause ni, terdetik dalam hati aku “biar betul makcik ni. Takkan tengok rumah dan baca buku je boleh jadi kaya? Boleh caya ke cakap makcik ni atau makcik ni sekadar nak ‘kencing’ budak-budak U macam aku ni?” tetapi setelah 18 tahun waktu berlalu, aku harus mengakui yang ‘makcik’ tu sememangnya berkata benar. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab setiap kali aku melewati deretan banglo yang ada kat Seksyen 7 ni, timbul satu impian untuk turut memiliki rumah sebesar itu satu hari nanti (masa muda-muda dulu la) dan impian tersebut terus membakar hati aku sehingga akhirnya, aku ikut juga cakap makcik tu dan mula membeli dan membaca buku-buku karya mereka yang telah berjaya seperti Robert Kiyosaki dan Azizi Ali. Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan oleh ‘makcik iron lady’ tu ternyata benar kerana di dalam buku-buku inilah mereka berkongsi segala rahsia kejayaan mereka yang tidak aku ketahui.

 

Korang tengok gambar Dr M ke atau... ish ish ish

Sebab itulah bila keluar je autobiografi Dr M baru-baru ni, sepantas kilat aku ke MPH mencarinya tetapi sayang semuanya dah sold out sehinggakan aku terpaksa menempah untuk mendapatkan naskhah berikutnya dan alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkannya minggu lepas. Untuk itu nasihat percuma buat korang, bacalah buku-buku mereka yang telah berjaya sebanyak mungkin kalau korang pun nak berjaya macam mereka. Kalau tak boleh beli, cuba pinjam dari kutubkhanah terdekat. Insyaallah, korang akan dapat rahsia yang selama ini korang takkan tahu. Percayalah!!

AE : Jangan pulak lepas ni korang dok lalu-lalang depan rumah aku sebab rumah aku bukan rumah banglo pun.

4 Comments

  1. Aslam April 3, 2011
  2. Ardi_Starob April 3, 2011
  3. algu April 4, 2011
  4. waht April 4, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge