Sebelum-sebelum ini, hujung tahun adalah tahun aku mengira untung. Namun untuk tahun ini, rutin tersebut agak berbeza. Semuanya rentetan dari tragedi “Aku Diusha Lembaga” awal tahun ini. Nak tak nak, terpaksalah aku menyiapkan Unjuran Kewangan tahun hadapan walaupun aku bukanlah penggemar subjek analisis dan kira-kira.
Kenapa?
‘Tax planning’lah jawapannya.
Ya, semuanya demi menganggar berapakah jumlah cukai yang bakal aku bayar untuk tahun hadapan, sekaligus meng‘adjust’ figure tersebut agar perjalanan bisnes aku tidak tercekik dan langkah atau cara-cara aku membuat unjuran tersebut telah aku paparkan di dinding FB aku beberapa hari yang lalu.
Usai Unjuran dibuat, amaun keuntungan yang tertera amat-amat mengejutkan aku. Anda boleh lihat sendiri dari ringkasan ‘Profit & Loss Statement’ yang terhasil dari Unjuran yang aku buat terhadap bisnes Seminar aku.
Apa?
Keuntungan aku untuk 12 bulan pada tahun hadapan hanyalah sebanyak RM1,715?
Inilah sebenarnya kelebihan yang anda akan nampak sekiranya anda membuat Unjuran Kewangan anda secara bertulis. Walaupun ianya mungkin kurang tepat, sekurang-kurangnya ianya membantu anda untuk melihat situasi kewangan anda di masa hadapan dan sekiranya amaun yang tertera kurang memuaskan, maka persiapkanlah “Business Plan” anda untuk tahun hadapan.
Mungkin ada yang melihat penyediaan Unjuran ini hanya sesuai untuk mereka yang berbisnes sahaja.
Anda silap !!
Anda juga boleh membuat Unjuran Bajet Bulanan anda untuk tahun hadapan. Anda hanya perlu menggantikan item-item di atas kepada jenis-jenis Pendapatan dan Perbelanjaan yang anda perolehi dan belanjakan.
Mudah, bukan?
Alahai….baca je pun dah pening. Nanti kena study betul-betul dulu.
sisza recently posted..8 Petua Beri Makan Kepada Anak Yang Cerewet Agar Si Manja Tetap Sihat
gua suka pada duit je tapi benci pada analisis.. boleh gitu?
Amin Hakim recently posted..Cara Semak Baki PTPTN Online Dan SMS
kiranya yang berniaga ke, yang makan gaji ke..semua boleh buat unjuran ni.
nanti takde laa kes duit masuk tahu, habis kat mana tak tahu.
last-last salahkan toyol yang pow duit 😀
Amir Mazlan recently posted..Template Facebook timeline cover free tapi smart untuk tokey ubat kurus
pening tengok tapi terbaik lah.
Ira recently posted..Penekanan Agama Walau Bersekolah Cina
Yup… tax planning samajer ngan planning profit and loss.. sbb ablm tax mesti ada jual belinya… baru untung baru bleh bayar tax…hehe
nor hazmira recently posted..OmegaGuard Shaklee