Bila ekonomi mula merudum

Akhir-akhir ini, ramai yang memperkatakan tentang kejatuhan ekonomi negara Uncle SAM. Ramai berpendapat yang ianya merupakan titik mula ke arah kemelesetan ekonomi dunia dan aku pun turut sependapat dengan mereka. Dengan bebanan hutang sebanyak USD13 trillion, sudah pasti banyak negara yang membeli bon-bon yang dikeluarkan oleh negara tersebut akan turut menghadapi masalah secara langsung dan aku pasti Malaysia pun akan turut terkena tempiasnya samaada secara langsung mahu pun tidak langsung.

Rata-rata kebanyakan blog kewangan dan pelaburan telah mula menasihati para pembacanya untuk mula memberi tumpuan ke arah pelaburan emas dan perak dan aku pun tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun aku tidak begitu berminat tetapi demi untuk menambahkan pengetahuan di dalam bidang berkaitan pelaburan, maka aku cuba untuk memahami konsep 2 jenis pelaburan ini. Setiap blog berkaitannya aku teliti dan aku juga sudah mula mencari ebook berkaitan dengan kedua-dua pelaburan ini tetapi satu entri dari blog mamat ni telah membuatkan aku terkedu dan mula merenung ‘dalam-dalam’ tentang perkara asas segala jenis pelaburan yang selama ini tidak aku ambil kisah sangat. Jadi, buat korang yang terlalu ingin hidup senang, pastikan korang takkan lupa kepada perkara asas (halal haram) di dalam pelaburan yang korang telah dan akan buat nanti.

AE : Secara jujurnya.. kadang-kadang tu, aku pun turut terlupa dengan perkara-perkara asas tersebut. Untuk itu, terima kasih Bro kerana mengingatkan aku.

4 Comments

  1. matjoe August 22, 2011
  2. noriz August 22, 2011
  3. megat August 22, 2011
    • abangensem August 22, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge