Bila Mata Bertentang Mata, Lidah Kelu Tak Terkata..

* Sama cantik sama padan *

Bila mata bertentang mata, lidahku kelu tak  mampu nak berbicara. Mana taknya, bila orang secantik awek yang kat dalam gambar atas tu meng’interview‘ aku, bagai terkunci mulut abangensem untuk berbicara. Walaupun cuma untuk 10 minit tapi gementarnya sama macam masa aku genggam tangan tok kadhi dulu. Peluh jangan cakap la.. menitik-nitik kat dalam baju aku. Nasib baik la peluh tu tak kena kat microphone yang diselitkan kat baju aku tu, kalau tak mau mati aku kena renjatan elektrik.. hahaha. Aku sebenarnya bukan menggigil sebab kena interview tapi gigil aku sebab terpaksa bertentang mata dengan si Aishah Sinclair tu. Dah la colour mata dia sama ‘hazel’ dengan colour mata aku, mother tongue kitorang pun sebijik tak berubah (speaking London) cuma yang membezakan kami hanyalah pada slangnya. Kalau si Aishah cakap omputih gaya mat salleh tapi bila aku bercakap, slangnya lebih kepada bunyi arab (maklumla bekas budak sekolah pondok). Tapi nasib baik la minah ni bini orang dan aku pulak laki orang, kalau tidak mau aku pulak yang ‘interview‘ (ngayat) dia.. hahaha.

* Betapa bergayanya abangensem saat diinterview oleh si Aishah *

Ok, kita tolak tepi cerita interview yang akan ke udara pagi raya nanti dan kita balik pada benda yang aku nak ceritakan kat korang. Sebenarnya bukanlah aku orang yang sebenarnya diinterview oleh NTV7 ni tapi kawan baik aku, saudara Khariri Al-Hadi yang jadi watak utamanya. Aku ni cuma menempek je kat dalam tu dan kalau ikutkan aku, mati hidup balik pun aku tak nak muka aku keluar kat peti tv. Bukan apa, takut makin ramai awek terpikat kat aku nanti tapi bila mengenangkan permintaan kawan, terpaksa jugak la aku menonjolkan diri.. huhu *sedih siot*. Siapa pulak mamat Khariri ni dan kenapa pulak dia kena interview? Kalau korang nak tahu, mamat ni ialah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan untuk tahun 2005 dan anugerah ini diberi kerana jasanya yang mendermakan separuh dari hatinya kepada Allahyarham adik Yohit yang tak dapat survive selepas operation tu dan sebab mamat ni jugak la, korang dapat menimba ilmu dari blog aku. Tanpa mamat ni takkan ada orang tahu bahawa kat Malaysia ni ada seorang brader yang sentiasa perasan diri dia ensem.. hahaha.

* Abangensem bersama keluarga Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005 *

Korang mesti nak tahu, apa pulak hubung kaitnya mamat ni dengan blog aku? Dan kalau korang nak tahu jugak, tahun lepas mamat Khariri ni telah bertarung nyawa dengan ajalnya disebabkan komplikasi yang berlaku hasil dari pembedahan yang dilakukannya 6 tahun yang lepas dan bila je aku dapat tahu tentang berita sedih ni, aku bersama dengan pakar IT aku, Khir Ariffin telah buat sesi brainstorming untuk mengumpul sejumlah RM14K bagi menampung kos pembedahan me’repair‘ salur-salur yang tersumbat kat dalam perut mamat ni. Hasilnya satu dana telah kami lancarkan kat dalam Facebook kami bagi tujuan tersebut dan dengan kuasa Allah, dalam tempoh 5 hari je, jumlah tersebut telah kami perolehi. Alhamdulillah.

Bertitik tolak dari situlah aku mula terfikir untuk menggunakan medium internet bagi menyalurkan knowledge yang aku ada dalam bidang hartanah untuk dikongsikan dengan seberapa ramai rakyat Malaysia supaya takkan ada lagi orang yang akan menghadapi masalah kewangan kat Malaysia ni (tapi boleh ke?) dan alhamdulillah juga, berkat sokongan dan dorongan dari korang, blog aku ni semakin bertambah bilangan pengunjungnya walaupun tak sebanyak blog Redmummy, Hanis Zalikha mahu pun Cik Lolly kita. Anyhow, ratusan orang yang membacanya setiap hari pun sudah cukup membangkitkan semangat aku untuk terus berblogging.. Thanks a lot beb. May Allah bless all of us.

* Dapatkan segera *

AE : Bagi korang yang berminat nak tahu kisah perjalanan hidup member aku ni, dapatkan CDnya hanya pada harga  RM15.00  (termasuk kos penghantaran) dan nyatakan hasrat korang tu ke e-mail abangensem98@gmail.com supaya aku dapat bagitahu nombor akaun untuk korang bank-in. 

16 Comments

  1. MK. Amir November 13, 2010
    • abangensem November 13, 2010
  2. jarrot November 13, 2010
    • abangensem November 13, 2010
  3. wakif November 13, 2010
    • abangensem November 13, 2010
  4. fauzi November 13, 2010
    • abangensem November 13, 2010
  5. :-aLCapone- November 13, 2010
    • abangensem November 13, 2010
      • :-aLCapone- November 14, 2010
  6. wachak November 13, 2010
  7. safuan November 14, 2010
  8. matjoe November 15, 2010
  9. Amir November 16, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge