• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / experience / Bila Mata Bertentang Mata, Lidah Kelu Tak Terkata..

Bila Mata Bertentang Mata, Lidah Kelu Tak Terkata..

abangensem · 13 November 2010 · 16 Comments

* Sama cantik sama padan *

Bila mata bertentang mata, lidahku kelu tak  mampu nak berbicara. Mana taknya, bila orang secantik awek yang kat dalam gambar atas tu meng’interview‘ aku, bagai terkunci mulut abangensem untuk berbicara. Walaupun cuma untuk 10 minit tapi gementarnya sama macam masa aku genggam tangan tok kadhi dulu. Peluh jangan cakap la.. menitik-nitik kat dalam baju aku. Nasib baik la peluh tu tak kena kat microphone yang diselitkan kat baju aku tu, kalau tak mau mati aku kena renjatan elektrik.. hahaha. Aku sebenarnya bukan menggigil sebab kena interview tapi gigil aku sebab terpaksa bertentang mata dengan si Aishah Sinclair tu. Dah la colour mata dia sama ‘hazel’ dengan colour mata aku, mother tongue kitorang pun sebijik tak berubah (speaking London) cuma yang membezakan kami hanyalah pada slangnya. Kalau si Aishah cakap omputih gaya mat salleh tapi bila aku bercakap, slangnya lebih kepada bunyi arab (maklumla bekas budak sekolah pondok). Tapi nasib baik la minah ni bini orang dan aku pulak laki orang, kalau tidak mau aku pulak yang ‘interview‘ (ngayat) dia.. hahaha.

* Betapa bergayanya abangensem saat diinterview oleh si Aishah *

Ok, kita tolak tepi cerita interview yang akan ke udara pagi raya nanti dan kita balik pada benda yang aku nak ceritakan kat korang. Sebenarnya bukanlah aku orang yang sebenarnya diinterview oleh NTV7 ni tapi kawan baik aku, saudara Khariri Al-Hadi yang jadi watak utamanya. Aku ni cuma menempek je kat dalam tu dan kalau ikutkan aku, mati hidup balik pun aku tak nak muka aku keluar kat peti tv. Bukan apa, takut makin ramai awek terpikat kat aku nanti tapi bila mengenangkan permintaan kawan, terpaksa jugak la aku menonjolkan diri.. huhu *sedih siot*. Siapa pulak mamat Khariri ni dan kenapa pulak dia kena interview? Kalau korang nak tahu, mamat ni ialah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan untuk tahun 2005 dan anugerah ini diberi kerana jasanya yang mendermakan separuh dari hatinya kepada Allahyarham adik Yohit yang tak dapat survive selepas operation tu dan sebab mamat ni jugak la, korang dapat menimba ilmu dari blog aku. Tanpa mamat ni takkan ada orang tahu bahawa kat Malaysia ni ada seorang brader yang sentiasa perasan diri dia ensem.. hahaha.

* Abangensem bersama keluarga Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005 *

Korang mesti nak tahu, apa pulak hubung kaitnya mamat ni dengan blog aku? Dan kalau korang nak tahu jugak, tahun lepas mamat Khariri ni telah bertarung nyawa dengan ajalnya disebabkan komplikasi yang berlaku hasil dari pembedahan yang dilakukannya 6 tahun yang lepas dan bila je aku dapat tahu tentang berita sedih ni, aku bersama dengan pakar IT aku, Khir Ariffin telah buat sesi brainstorming untuk mengumpul sejumlah RM14K bagi menampung kos pembedahan me’repair‘ salur-salur yang tersumbat kat dalam perut mamat ni. Hasilnya satu dana telah kami lancarkan kat dalam Facebook kami bagi tujuan tersebut dan dengan kuasa Allah, dalam tempoh 5 hari je, jumlah tersebut telah kami perolehi. Alhamdulillah.

Bertitik tolak dari situlah aku mula terfikir untuk menggunakan medium internet bagi menyalurkan knowledge yang aku ada dalam bidang hartanah untuk dikongsikan dengan seberapa ramai rakyat Malaysia supaya takkan ada lagi orang yang akan menghadapi masalah kewangan kat Malaysia ni (tapi boleh ke?) dan alhamdulillah juga, berkat sokongan dan dorongan dari korang, blog aku ni semakin bertambah bilangan pengunjungnya walaupun tak sebanyak blog Redmummy, Hanis Zalikha mahu pun Cik Lolly kita. Anyhow, ratusan orang yang membacanya setiap hari pun sudah cukup membangkitkan semangat aku untuk terus berblogging.. Thanks a lot beb. May Allah bless all of us.

* Dapatkan segera *

AE : Bagi korang yang berminat nak tahu kisah perjalanan hidup member aku ni, dapatkan CDnya hanya pada harga  RM15.00  (termasuk kos penghantaran) dan nyatakan hasrat korang tu ke e-mail abangensem98@gmail.com supaya aku dapat bagitahu nombor akaun untuk korang bank-in. 

 
Tweet

Related posts:

  1. Kenapa 7 Eleven Penting Bila Beli Rumah Lelong? (Part 2)
  2. Kenapa 7 Eleven Penting Bila Beli Rumah Lelong? (Final Part)
  3. Kenapa 7 Eleven Penting Bila Beli Rumah Lelong? (Part 1)
  4. Bila Nak Buat?

Filed Under: experience

Reader Interactions

Comments

  1. MK. Amir says

    13 November 2010 at 2:03 am

    Alhamdulillah.. ada hikmah kita menolong sesama manusia… kadang2 lambat, kadang2 kejap, tapi for sure akan dibalas Allah s.w.t.. tak sangka AE ni ada sifat prihatin tersangat tinggi.. ingat kaki mengayat awek je… hehe…

    Reply
    • abangensem says

      13 November 2010 at 3:46 pm

      Jangan la puji sangat bro. Gua baru rembat seluar baru, karang koyak pulak..

      Reply
  2. jarrot says

    13 November 2010 at 6:08 am

    mantap AE…saya pembaca senyap…teruskan usaha anda!

    Reply
    • abangensem says

      13 November 2010 at 3:47 pm

      Memang tengah berusaha ni.. hehehe

      Reply
  3. wakif says

    13 November 2010 at 6:35 am

    tak sangka muka hensem tapi berhati mulia… hahaha!
    wakif recently posted..Aku yang terlewat

    Reply
    • abangensem says

      13 November 2010 at 3:48 pm

      Satu-satunya jejaka hensem yang berhati mulia yang ada kat Malaysia ni… hahaha (jangan marah beb, gurau je)

      Reply
  4. fauzi says

    13 November 2010 at 11:33 am

    cayalah abg ensem…semoga ramai lg org2 kita semulia hatinya mcm AE ni..walaupun perasan tahap suria perkasa hitam..

    Reply
    • abangensem says

      13 November 2010 at 3:50 pm

      SURIA perkasa hitam tu sape?? Kalau Lisa SURIAni tu kenal la ..

      Reply
  5. :-aLCapone- says

    13 November 2010 at 2:35 pm

    abangensem boleh tak kau tolong buat kan satu dana khas utk aku kat facebook atau kat mana2 jer la janji tiap2 bulan boleh masyukk….. aku ingat nak berenti kerja sebab dah boring hari2 nak kena tengok muka boss aku yg perasan ensem kat office tu…. nanti aku bagi kat kat kau 50% dari hasil kutipan…… ada brani abangensem….? muahahahahhaaaa

    Reply
    • abangensem says

      13 November 2010 at 3:50 pm

      Sape lagi ensem? Bos ko ke atau aku?

      Reply
      • :-aLCapone- says

        14 November 2010 at 8:07 am

        bos aku tu tak hensem pun, cuma perasan hesem jer lebih2…… ko memang masuk kategori hensem….. cuma bintang ke’hensem’an ko tu kena curi sket oleh brader Khariri bila ko duduk sebelah menyebelah dgn dia…..

        Reply
  6. wachak says

    13 November 2010 at 4:01 pm

    Buat baik pasti balasannya baik. Tidak didunia di akhirat nanti. Yang penting ikhlas dalam melakukan sesuatu.

    Salam kenal. first time singgah cni & bagi komen 🙂
    wachak recently posted..Cara Mudah Buat Duit Copy &amp Paste

    Reply
  7. Ahmad khariri al-hadi bin md yusop says

    13 November 2010 at 7:27 pm

    AE, tks sbb promote cd aku. Whatever, u’re d best

    Reply
  8. safuan says

    14 November 2010 at 8:02 am

    besh nye jmpe org comei2
    =)

    Reply
  9. matjoe says

    15 November 2010 at 10:48 am

    AE dh makin fofelor. way to go bro
    matjoe recently posted..The Millionaire Chronicles by Azizi Ali Menurut Pembacaan Matjoe

    Reply
  10. Amir says

    16 November 2010 at 4:04 am

    bagus tu bro… saya naikkan incek AE 10 lvl lagi hehe..

    Reply

Trackbacks

  1. Beramal Pra-Ramadhan | Abang Ensem's Blog says:
    14 July 2012 at 6:37 am

    […] mustahil mampu menjadi kenyataan. Kekurangan modal mungkin akan berlaku sebaliknya sepertimana kes Saudara Khariri yang berjaya mengumpul RM14K dalam masa kurang dari 1 minggu, yang akhirnya menjadi pencetus untuk […]

    Reply

Leave a Reply to :-aLCapone- Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
13 Jamadil Akhir 1442
Now : Sunrise (07:27)
Next : Dhuhr (13:26)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in