Bila mentor di depan mata

leaderboard2 denaihati Banner

Mini seminar aku hari ini (18/6/11) sebenarnya amat istimewa bagi aku kerana mentor aku, saudara Khir Ariffin telah sudi meluangkan masa memenuhi jemputan aku untuk datang walaupun aku tahu beliau sepatutnya kena menghadiri satu jemputan lain yang lebih ‘masyuk’ dari attend aku punya mini seminar. Walaupun dia datang lambat tapi aku kira respect jugak la sebab katanya “Bro, aku tak tido lagi dari malam tadi..“. Gila apa sehari suntuk tak tidur-tidur. Kalau zaman student dulu lain la, telan Coke dengan Panadol pun dah boleh buat mata terbongkang sampai ke pagi tapi bila usia dah menginjak ‘mid-life crisis‘ punya umur.. sendiri mau ingat la beb.

Ada yang tanya aku macamana perasaan bila orang yang menjebakkan aku dalam dunia blogging ni ada kat depan mata? Jawapan aku as simple as this.. cuba korang bayangkan yang korang berada di pentas AF atau pun Mentor dan sedang diperhatikan oleh barisan panel juri yang sedia untuk mengkritik penampilan korang. Mesti korang gabra kan? Macam tu jugak la perasaan aku bila ditenung oleh mentor aku yang sorang ni. Kena pulak mamat ni boleh dikategorikan sebagai professional trainer yang muka selalu keluar tv, lagi la menggigil aku kat depan. Apa pun, aku sebenarnya terhutang budi kat dia sebab kalau mamat ni tak ajar aku cara nak buat blog, sampai sekarang la korang takkan tahu yang selain dari Aaron Aziz, ada lagi  sorang mamat ni yang tak kurang juga ensemnya dari AA  tu (aku la tu). Betul tak?

Sesi hari ni sebenarnya agak out of control sikit sebab terrrrlalu banyak soalan yang ditanya dan bila dah banyak sangat soalan, terpaksa la aku jawab satu persatu dan bila ada soalan-soalan yang aku tak berapa boleh jawab, makanya terpaksa la aku gunakan teknik menjawab secara ‘kencing terbang’ supaya tak nampak sangat kebodohan aku.. hehehe. Anyhow, I like the today’s Q&A session.

Teknik 'KENCING TERBANG' yang korang takkan jumpa di mana-mana seminar yang lain

Cuma yang menjadi masalahnya sekarang.. semua gambar yang aku amik hari ni tak dapat nak diupload untuk tatapan korang atas sebab-sebab teknikal dan akan aku cuba atasi masalah ini secepat mungkin sebab aku tahu korang memang ternanti-nantikan paparan pose-pose ensem aku hari ni. Am I right dan aku harap korang boleh bersabar ye.. hehehe.

Jadi untuk sesi mini seminar seterusnya, insyaallah akan aku buat pada bulan Julai nanti cuma tarikhnya belum dapat aku tentukan lagi dan buat korang yang berminat untuk menyertainya, sila klik banner di atas untuk tujuan pendaftaran dan nantikan e-mail jemputan dari aku nanti.

AE : Terima kasih kepada korang yang sudi datang walaupun aku agak ‘kecewa’ kerana awek-awek yang datang tadi tak nak bagi nombor phone kat aku.. huhuhu.

 

This entry was posted in seminar. Bookmark the permalink.

4 Responses to Bila mentor di depan mata

  1. Aslam says:

    Mmg terbaik la.. Seminar ae mmg kena g.. Ae, kalu dpt buat je full day.. Baru puas hati org nk tnya byk2…

  2. AkuTakHensem says:

    Bermulanya esok, aku akan bermastautin di Penang. Berada didalam UiTM Penang dan berjirang dengan Politeknik Seberang Perai. Bukan apa, memandangkan AE dah sapu semua rumah2 area Shah Alam..maka aku mengalah (walau bukan kalah) untuk merantau ke tempat lain yang tetap mempunyai awek2 uitm… akan aku grab peluang2 untuk memiliki low and med cost apartment kat sana…. dari gambar diatas juga jelas AE merasa kehenseman beliau tercabar…sebab tu gambar kami2 ni hanya ditunjuk belakang kepala saja… ‘itu tak adill..’..anyway TQ for the knowledge sharing…
    AkuTakHensem recently posted..Terminate Loan ASB

  3. kimi_manfredo says:

    Salam A.E,
    X ati ke nk wat seminar kat penang???

  4. khoty says:

    penambahbaikan yang pertama- lokasi perlu dijelaskan lebih detail..contohnya restoran ayam penyet..kena maklum..kat situ ada 2 restoran ayam penyet..bukan yang dekat restoran mamak..satu lagi..(heheeh..aku la salah sorang yang tersilap)..sebab x perasan …

    penambahbaikan kedua- kalau boleh full day seminar lagi bagus, baru berbaloi dengan bayaran..hehehe AE dah kaya dengan komisyen buku ebook dll, x kan nak extend full day x bleh kawtim..bekalan akhirat AE…:)

    Penambahbaikan ketiga – kalau bleh bergambar r masa rehat..huhu..rugi r terpaksa balik awal sebab ada jamuan kawin bos.. x dpt masuk gambar dlm blog AE…hihi..

    Anyway, bagus sebab sudi berkongsi pengalaman..thanks a lot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge