Mulanya aku sekadar mengikuti pertanyaan ‘panas’ yang diutarakan oleh Kak Ainul kita tentang isu beli rumah tanpa modal ni. Pelbagai pendapat dan pandangan diutarakan oleh kebanyakan dari mereka yang pada aku mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih banyak dari aku.
As usual, aku hanya mampu tersenyum dengan setiap pendapat yang diberikan kerana lain orang lain pengetahuan dan pengalamannya. Pada aku tidak ada yang betul mahu pun yang salah di dalam memberikan pendapat dan aku sememangnya tidak suka untuk mengulas tentang isu ini, tetapi apabila nama abangensem tiba-tiba ‘dipetik’ oleh Abang Ridhuan, nak tak nak aku terpaksa bersuara dan berikut adalah antara komen yang sempat aku berikan kerana ketika itu aku sedang sibuk bercandle light dinner dengan awek INI. Jangan marah.. hehehe.
Ya, sejujurnya aku tidak mempunyai pengetahuan mahu pun pengalaman untuk mengelak dari membayar ‘upfront deposit’ kepada pihak penjual walaupun telah berkecimpung selama 14 tahun di dalam bidang ini. Malah untuk mendapatkan kembali upfront deposit dari proses mark-up juga memerlukan satu ‘DON’T DO List’ yang agak panjang bagi mengelakkan timbulnya masalah dengan pihak-pihak yang terlibat dan antara ‘DON’T DO List’ yang boleh aku kongsikan adalah :
-
Jangan mark-up S&P tanpa pengetahuan penjual
- Jangan reveal harga sebenar kepada pihak bank
- Jangan beritahu penjual tentang loan amount yang dipohon
- Jangan gunakan khidmat lawyer yang tak familiar dengan proses mark-up case ni.
- Jangan gunakan perantara atau pihak ketiga seperti ejen hartanah ketika berunding untuk proses mark-up ini dan 1001 macam ‘JANGAN’ lagi
Justeru, aku harap tidak ada yang bertanyakan dengan lebih lanjut kepada aku tentang isu beli rumah tanpa ‘upfront deposit’ ini, tetapi mungkin SEMINAR INI mampu untuk merungkaikan isu ini kerana korang boleh bertanyakan terus tentang kaedah-kaedah yang diguna pakai bagi mengelak sebarang upfront deposit dikeluarkan bagi rumah-rumah under-con, subsale mahu pun lelong (Jangan risau kerana ada money back guaranteed scheme sepertimana yang dijanjikan penganjur untuk seminar ini).
AE : Dan buat korang yang telah join seminar tersebut, mohon dikongsikan tentang cara-cara atau kaedah yang diguna pakai agar para pembaca blog ini akan mendapat manafaatnya nanti, insyaAllah.













Rata-rata masih belum arif dan terima idea beli rumah tanpa modal ni. Saya pun meraguinya until saya buat dan proven otherwise. But knowledge is still a knowledge. Biar kita tahu at least ada pelbagai cara org beli rumah ni. Pilihan masih di tangan anda
halif recently posted..‘Pakcik Ada 30 Buah Rumah Sewa’
Sebab tu kena belajar n google,apa sebenarnya yg dikatakan tanpa modal nih,jgn terima bulat2 nanti kata menipu pulak padahal kita yg kurang ilmu
azman recently posted..Masalah Samsung Galaxy S2
sebenarnya saya pn tak penah amek kesah pasal hartanah ni. tapi bila baca perbincangan tu, macam menarik lah pulak untuk ketahui info pasal hartanah. ilmu baru!
nazra recently posted..Ada yg dah guna rebat RM200 telefon pintar untuk belia daripada SKMM?
InshaaAllah satu hari nanti den pasti akan ke seminar bro..
boni kacak recently posted..Review Novel Diari Mat Despatch – Naluri Ayah
Bila dapat join seminar AE nih…
Elieza recently posted..CIMB it is then….
Hik3..nak petik nama abangensem juga la….sekali petik dapat RM100 kan bro>?
eyriqazz recently posted..Luahan Hati Seorang Blogger – Harga Sebuah Penulisan
sehari aku nak petik 10 kali cukup laaah… ok tak?
KiD recently posted..Bila Seharian Tanpa Entry
tanpa modal ni hanyalah tagline, tp bukanlah maksud langsung x keluar duit, cumanya kaedahnya ialah meminimumkan duit yang keluar dari poket kita, tu jer pon
Juan recently posted..Bagaimana Ingin Check Samada Remote Control Masih Berfungsi atau Tidak
makin femes la lepas ni AE… tak mustahil ‘vision and mision’ bro tu akan dicapai lebi cepar dari sepatutyna…
Melastik Bintang recently posted..Pencarian Penaja Contest
Salam AE dan rakan-rakan blogger..
Just nak share je tak tahulah betul tak.. Mungkin boleh tanpa modal tapi guna loan kerajaan. Sebab sebelum ni saya pernah membuat pinjaman perumahan dengan kerajaan tanpa upfront deposit (mungkin disebabkan lokasi yang kurang bagus).. dan pada masa itu juga saya ada mark up sebanyak 20k… Cuma ketika itu kurang ilmu .. Sekirannya saya gunakan wang itu untuk buat upfront deposit untuk 1 buah rumah lagi pasti berbaloi.. tapi tak buat kan .. Usah dikenang ..
Means tidak mustahil untuk buat tanpa modal .. Just My 2 cents ..