Bila Semuanya Balak

Ramai yang sedia maklum, pada sabtu lepas Kelas Investment Holding (IHC) aku telah pun berlangsung dengan jayanya. Hampir 45 orang telah pun menghadirinya dan buat pertama kalinya, kesemua peserta yang hadir (kecuali seorang) adalah BALAK. Seakan ‘badi’, semua gambar yang aku tangkap tempohari seakan-akan turut berkabung dengan perasaan sugul aku.. hehehe.

Gambar 'suram' yang dirakam 20 minit sebelum Kelas bermula

Gambar ‘suram’ yang dirakam 20 minit sebelum Kelas bermula

Seperti yang aku janjikan sebelumnya, Kelas IHC aku tempohari telah pun aku bahagikan kepada 2 slot iaitu :

Slot Berkaitan IHC :

Ianya disampaikan oleh salah seorang rakan ‘CoSec’ aku yang berpengalaman menguruskan syarikat-syarikat pegangan pelaburan ini dan apa yang difahamkan melalui ucapan beberapa orang khalayak pendengar tempohari, “Thanks Bro sebab sudi buat Kelas ni. Sekarang barulah gua jelas dengan penubuhan dan perjalanan sesebuah IHC, yang sebelum ni gua agak konfius dengan syarikat sendirian berhad biasa”.

Ya. Nampaknya objektif penganjuran Kelas IHC ini mencapai matlamatnya apabila khalayak yang hadir dapat menilai sendiri samaada perlu atau tidak untuk menubuhkan IHC untuk portfolio pelaburan mereka. Untuk slot ini, setinggi kredit ingin aku rakamkan kepada Tuan Penceramah kita dari ZHR Management Services yang boleh dihubungi di ruang FB beliau –> Zahari Hamzah.

Tuan Penceramah, CoSec Tuan Zahari Hamzah

Tuan Penceramah, CoSec Tuan Zahari Hamzah

Slot Berkaitan Pinjaman Untuk IHC :

Pada asalnya, seorang Chief Operating Officer (COO) sebuah bank tempatan yang juga kenalan a.k.a ‘kabel’ aku telah aku approach untuk slot ini, namun disebabkan kekangan masa beliau tempatnya telah diganti dengan 2 orang banker yang juga pemegang top management post di sebuah bank tempatan dan asing untuk slot ini. Alhamdulillah beberapa pencerahan telah mereka sebarkan dan ternyata terdapat beberapa ‘hidden info’ juga telah turut dikongsikan oleh mereka bersama khalayak yang hadir. Sayangnya kedua-dua mereka telah pun meletak syarat kepada aku untuk tidak menyiarkan contact no mereka kepada para peserta dan on behalf of them, aku memohon maaf kepada beberapa peserta yang telah cuba mendapatkan nombor mereka dari aku.. huhuhu.

Apa pun jutaan terima kasih buat mereka yang hadir dan aku amat-amat terharu dengan kehadiran anda walaupun pada awalnya, hanya kurang dari 20 sahaja yang telah mengesahkan kehadiran mereka. Semoga anda semua mendapat ilmu bermanafaat dan yang terbaik dari barisan penceramah tempohari dan jika ada sebarang kekhilafan dari pihak aku, jutaan kemaafan juga aku pohonkan. Maklum sahajalah, aku juga seoran insan ‘ensem’ yang tidak terlepas dari sebarang kesilapan.

20 Comments

  1. Anuar April 21, 2014
  2. hanafi April 21, 2014
  3. sohoque April 21, 2014
  4. eXplorasa April 21, 2014
  5. faizalpj April 21, 2014
  6. KiD April 21, 2014
  7. azwan April 21, 2014
  8. Pendekar April 21, 2014
  9. suzi April 21, 2014
  10. talldote April 21, 2014
  11. deqnoor April 21, 2014
  12. Hazman Fadzil April 22, 2014
  13. halif April 22, 2014
  14. #JomKurusPH April 24, 2014
  15. siti hazreen April 27, 2014
  16. soleh May 2, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge