Bila Tiada Rasa Cinta

leaderboard2 denaihati Banner

Adat orang berumahtangga bergaduh dan bertengkar memang tidak dapat dielakkan. Dari sekecil-kecil punca sehinggalah ke sebesar-besar masalah menjadi sebab satu-satu pertelingkahan. Jika bijak mengawal perasaan, insyaallah rasa cinta pasti kan kembali bertaut tetapi jika perasaan amarah tidak dapat dibendung, pasti perceraian menjadi penyelesainya.

Begitulah yang berlaku terhadap salah seorang follower blog ini yang ketika ini sedang diuliti masalah rumahtangga sehingga membawa kepada bunga-bunga perceraian dan kesan dari pergolakan ini, maka satu soalan telah diajukan kepada aku berkaitan cara untuk mengeluarkan nama si suami dari rumah yang dibeli mereka. Untuk pengetahuan korang, si isteri dan pasangannya telah membeli sebuah rumah yang diletakkan atas nama bersama dan ketika pergolakan berlaku, si suami telah mengangkat kaki dari rumah tersebut dan memberikannya hak ke atas rumah tersebut. Maka, persoalan beliau ialah “Bagaimanakah caranya untuk mengeluarkan nama si suami dari geran rumah tersebut?” dan setelah soalan tersebut diajukan kepada Tuan Lawyer aku, maka langkah berikut telah dicadangkan oleh lawyer aku yang pernah melalui proses sebegini.

Jika rumah telah habis bayar atau dalam erti kata lain tiada lagi hutang di bank, maka proses tukar hakmilik menjadi bertambah mudah. Beliau hanya perlu ke Pejabat Tanah dan mengisi borang pengembalian sebahagian hak si suami ke atas namanya  tetapi jika rumah tersebut masih disandarkan kepada pihak bank, maka beliau perlulah melalui salah satu dari 2 langkah berikut :

  1. Langsaikan hutang bank yang sedia ada dan setelah geran berada di tangan, maka lakukanlah urusan pengembalian hak di atas ;

  2. Jika tidak berkemampuan untuk menyelesaikan hutang banknya, maka terpaksalah satu S&P dikeluarkan yang mana beliau dan pasangan akan bertindak selaku penjual yang akan menjual rumah tersebut kepada penerima hak (dalam kes ini si isteri). Selepas itu, si isteri tadi perlulah memohon pinjaman baru dari mana-mana bank agar pinjaman baru tersebut dapat melangsaikan pinjaman 2 nama terdahulu. Seterusnya urusan pindah milik dapat dilakukan seperti biasa.

Satu lagi langkah yang mungkin boleh diambil kira ialah dengan menjual rumah tersebut dan hasil keuntungan yang diperolehinya (jika ada) bolehlah digunakan sebagai downpayment untuk rumah baru beliau. Ok, clear tak?

AE : Tiba-tiba aku terkenangkan zaman aku mengorat mem aku di library PTAR 2, ITM Shah Alam 16 tahun yang lalu. So sweeeettttt.. hehe.

This entry was posted in QNA. Bookmark the permalink.

14 Responses to Bila Tiada Rasa Cinta

  1. KiD says:

    ada pilihan di situ..
    KiD recently posted..Kenapa Perempuan Ni Marah? Kena Tipu ke?

  2. JAI @ JEJAI says:

    Masih boleh diperbaiki lagi kut..Wujudkan percintaan tuh balik daa…
    JAI @ JEJAI recently posted..Sekitar Event Happy 5th Birthday Bash Party Nuffnang

  3. Rui says:

    Siap ingat lagi PTAR berapa bro.. haha

  4. KiD says:

    Ae dulu blajar ITM 16 tahun dulu… kiranya sekrang mesti dah nak masuk 50-an kan? kan? lalalaalaarikkkkkk
    KiD recently posted..Gempar! Abangensem khayal kali kedua!

  5. askrool says:

    16 tahun +18= baru 34…. muda lagi

  6. AE : Dalam masa yang sama bro boleh jadi penasihat perkahwinan jugak nie… untuk jernihkan suasana dan keadaan…
    hazman aka species1980 recently posted..NUFFNANG Dress Code Theme :- BLUE from HEAD to TOE

  7. madammondoq says:

    org pi library tuk baca buku!! ni pergi mengorat!!! cekudal tol…
    madammondoq recently posted..Bila Atok Dan Romeo Buat Peace..

  8. eyriqazz says:

    byk kes2 sebegini masa eden jadi ah long with a licence one dulu..paling kesian, ada seorang akauntan ni habis bayar hutang husband dia je….kesiann….nasib baik eden sempat tolong dia jualkan satu rumah dia di Klang dan propose 50% discount balance yang dia masih hutangtu…
    eyriqazz recently posted..KIX HD & Celestial Movies HD at Astro HD Channels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge