‘Bittergoat’?

Masa   : Lunch time
Venue : NZ Garden, Jalan Ampang

2 orang mat salleh sedang berbual sambil memanggil mamak waiter untuk mengambil order mereka.

I want to order a plate of fish head curry, fried chicken, squid, prawn.. bla bla bla and a ‘bittergoat’” mintanya dalam slanga pekat englishnya.

Bittergoat??” soal si waiter dengan muka confuse.

You know ‘bittergoat‘?” soal mat salleh tu pada mamat yang duduk kat meja sebelah dia dan dengan muka confidentnya, si mamat tu berkata “Yes I know. Let me explain to this guy“.

“Anei, u kasi angkat itu daging kambing (goat) satu pinggan tapi ini orang tak mau itu banyak lemak punya daging. Dia mahu yang pahit (bitter) punya. Lagi baik kalau u angkat kambing punya tulang kaki. Ok?” mamat meja sebelah men’translate‘kan apa yang dimaksudkan oleh mat salleh tu.

Selang 5 minit kemudian, satu demi satu juadah yang diminta (termasuk tulang kaki kambing) telah pun mula dihidang dan reaksi pertama dari mat salleh tu ketika melihat ‘bittergoat’ yang diminta.

“Hei boy, who ask you to bring this?” (Sambil menunjuk ke arah pinggan yang berisi tulang kaki kambing).

Sambil jarinya dituding pada mamat melayu ni, ayat berikut meluncur dari mulut mamak waiter tu :

“This guy asked me to bring this. He said you want this bitter goat” dan suasana mula menjadi kecoh di mana muka mamat sebelah meja tu tu mula bertukar ke tona wajah kebiru-biruan. Dalam keadaan yang sedikit kecoh, rakan kepada mamat melayu tu tiba-tiba terpacul seraya bertanya.. “Kenapa kecoh-kecoh ni bro?”.

“Mat Salleh ni la. Dia kata nak bittergoat tapi bila dah dibawa.. dia kata bukan pulak” dan dengan sopan si rakannya bertanya kepada mat salleh tu juadah yang dimaksudkannya dan setelah diberitahu.. “Kepala hotak kau ‘bittergoat’. Mat salleh ni nak bittergourd la. Bittergourd tu bukannya ‘kambing pahit’ tapi PERIA la” terang kawannya dengan mata terjegil. “Laa.. ye ke?” jawab mamat tu dengan muka ‘seposen’.

AE : Kalau korang tak jelas tentang maksud satu-satu perkataan, jangan buat-buat tahu macam aku.. oppssss terkantoi sudah.. hehehe.

No related posts.

This entry was posted in my story. Bookmark the permalink.

12 Responses to ‘Bittergoat’?

  1. eyriqazz says:

    hak3…..malu bertanya sesat jalan…
    eyriqazz recently posted..Volkswagen Das Auto 2011 | Saya Jatuh Cinta

  2. ariff says:

    hahaha.. first time tau bittergourd
    ariff recently posted..Perkara Tentang Menjadi Seorang Penulis Blog

  3. JMR says:

    ni kes bunyi sama, tapi ejaan lain2 le..kihkih
    JMR recently posted..Futsal..selepas setahun..

  4. Cik Kuntum says:

    suka mkn bittergourd goreng kering…sedap..
    Cik Kuntum recently posted..Perhiasan Dunia Yang Terbaik

  5. Kazen says:

    hahhaa….alamak bahye tu …salah paham nmpk gayenye :p
    Kazen recently posted..Senarai cukai 6% ke atas perkhidmatan topup

  6. Ardi_Starob says:

    Tue la kao….buat2 terrer sapa suruh…. Kan jenuh aku dtg utk rescue akkkk ekekekekekek

  7. Baby says:

    Rasanya AE kena upah personal English tutor barulah takde insiden2 macam ‘bittergoat’ ni :)

  8. cik paan says:

    hahhahaha..dah agak dah….

    adoiyai…tu lah, lain kali tanya elok-elok

  9. man kuala says:

    hahahahahah….lawak2…lawak2…nie tengah tergelak.. lagi…..kelakor….kelakor
    “like” entry nie….

  10. ikan_akeem says:

    hahaha..NI MCM CITER epol NIH..aku taknak jadi mcm epol dah jadi AKU TAKNAK JD MCM AE HEHE..gurau yek

  11. hurmmm….. kena masuk dalam senarai perkataan hari ini……dan memang betul kalau kita tak tahu lebih baik mengaku awal2x….
    hazman aka species1980 recently posted..Nasi Briyani AYAM Range Cafe

  12. Pacifista says:

    ko ke bro mamat yang cakap bittergoat tu?hehe… :p
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge