Blacklisted

Soalan : Ada e-mail yang aku terima yang bertanyakan tentang kesan/akibat kalau nama kena blacklisted dengan bank selain daripada tak boleh amik loan lagi.
Selain daripada berkemungkinan kena bangkrap (muflis), korang yang kena blacklisted ni sebenarnya susah sikit nak jadik senang/kaya. Kalau muflis, secara automatik aset/harta korang akan dirampas untuk cover balik jumlah yang terhutang. Kat sini dah nampak yang kekayaan korang akan diambil tetapi itu kalau hutang tak berbayar korang melebihi certain amount (kalau tak silap aku RM30K untuk melayakkan korang diisytiharkan muflis). Tapi kalau amaun dia kurang dari tu, korang tak dapat pulak memanipulasi OPM untuk menjana kekayaan korang. Apa dia OPM? Kalau korang biasa baca buku Robert Kiyosaki, mesti korang tau apa makna OPM. OPM tu bermaksud Other People Money, dalam kamus aku bermakna ‘Duit Bank’. Cuba korang amik contoh aku le, kalau setiap rumah aku kena bayar 10% as a downpayment dan kalau rumah tu berharga RM100K. Berapa banyak aku nak kena ada untuk beli 14 bijik rumah? Tak ke RM140K? Banyak tu.. mana aku nak ada duit banyak tu kalau tak disebabkan pinjaman bank untuk beli semua rumah tu. Itu baru yang harga RM100K, kalau RM150K, RM200K.. tak ke lagi banyak duit yang aku kena keluarkan sendiri untuk menjana kekayaan aku. Itu sebab le aku selalu suruh korang pastikan instalment bank korang tu dibayar se’cantik’ mungkin. Ini untuk kemudahan korang di masa depan jugak.
So buat pengirim e-mail tu, aku harap apa yang aku ceritakan ni mampu menjawab persoalan yang terbuku di hati anda. Mungkin ada yang tak nak jadi kaya, ok fine tetapi melalui OPM le, kita mempunyai alternatif untuk membiayai pendidikan anak, perkahwinan mereka dan juga untuk tujuan retirement kita nanti. Walau apa pun tepuk dada dan tanyalah hati korang sendiri.
Tips n Thots : Cuba elakkan tunggakan instalment sebanyak 2 bulan kerana bagi kebanyakan bank, 2 bulan tunggakan adalah salah satu contoh bad paymaster unless korang ada alasan tersendiri yang boleh diterima oleh pihak bank.

22 Comments

  1. Anonymous August 9, 2010
  2. Anonymous August 9, 2010
  3. Anonymous August 9, 2010
  4. abang ensem August 9, 2010
  5. Anonymous August 10, 2010
  6. confiuse June 19, 2012
    • abangensem June 19, 2012
  7. nufa August 23, 2012
    • abangensem August 23, 2012
  8. zareen January 3, 2013
  9. mas July 2, 2013
  10. Anonymoussays December 24, 2013
    • abangensem December 24, 2013
  11. serangkai February 16, 2014
    • abangensem February 17, 2014
  12. dyla June 16, 2014
    • abangensem June 17, 2014
  13. cendol January 14, 2016
  14. fatimah March 28, 2016
  15. Amri April 4, 2017
    • abangensem April 8, 2017
  16. samuel April 11, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge