Blog Abang Ensem di Aplikasi Android News Loop

Gambar ehsan dari Ejam Othman

Gambar ehsan dari Ejam Othman

Pertengahan minggu lalu aku dikejutkan dengan satu post di blog MAMAT INI yang telah mengkhabarkan tentang kewujudan blog aku di Aplikasi Android News Loop.

Seperti biasa, sebagai seorang jejaka ensem yang buta IT, khabar tersebut aku sambut dengan ucapan, “Oh ye ke? Ok” tanpa mengetahui weightage Aplikasi Android tersebut kepada blog aku.

Walaubagaimanapun persepsi acuh tak acuh aku berubah apabila Eizil, pengendali web aku memberitahu, “Bro, bukan senang satu-satu blog tu nak terpilih untuk dimasukkan ke aplikasi tu. Content kena pawer, baru la pemilik aplikasi android tu bukak mata. Lagi pun, aplikasi tu bukannya milik local people Bro. Itu international based punya apps”. Terus aku termenung sambil dalam hati aku bertanya, “Apa yang bestnya blog aku ni? Macam tak berapa sesuai je untuk dibariskan dengan Amanz.my yang memang ada ‘umphh’ di arena blogging antarabangsa”. Lalu dengan sengaja aku menyiarkan ayat-ayat poyo berikut bagi mendapatkan reaksi dari rakan-rakan Facebookku. Maaf di atas kebelagakkan kata-kata aku. Aku hanyalah insan ensem yang lemah.. hehehe.

Abang Ensem di Aplikasi Android News Loop 1

AE : Sehingga sekarang aku bingung memikirkan “Apa yang menariknya content blog aku ni? What say you all?”.

5 Comments

  1. Anuar July 27, 2013
  2. Juan July 28, 2013
  3. Zuan July 28, 2013
  4. semut July 28, 2013
  5. Ahmad Hati July 29, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge