Blog Abang Ensem Dinobatkan Sebagai Favourite Business Blog 2013

 

Menitik air mata aku tatkala menerima e-mel berikut dari Sekretariat Malaysia Social Media Week 2013 (MSMW2013) petang tadi.

Favourite Business Blog MSMW2013

Ya, walaupun aku sudah menerima panggilan telefon dari pihak sekretariat sekembalinya aku dari umrah pagi semalam tetapi perasaan sangsi tetap ada, tambahan pula rata-rata ‘top 3 finalist’ bagi setiap kategori turut menerima panggilan yang sama dari pihak terbabit. Apatah lagi apabila rakan-rakan blogger di Denaihati Network memaklumkan yang kemenangan bukannya berpihak kepada undi yang diterima semata-mata sebaliknya content, design dan beberapa item lain turut di ambilkira. Justeru apabila e-mel di atas menerpa kotak inboxku, tiada lagi kerungsingan yang perlu aku tempuhi sebaliknya sujud syukur adalah perkara paling layak untuk aku panjatkan kepadaNya.

Nampaknya ketiga-tiga target berikut untuk tahun 2013 iaitu, menerbitkan buku fizikal, menjadi kolumnis tetap majalah dan meraih gelaran Favourite Business Blog 2013 (antara gelaran paling bermakna bagi setiap blogger)  telah pun berjaya aku capai dan ini membolehkan aku untuk terus bergerak ke Fasa IV perkembangan blogku. Apakah perancangan Fasa IV yang aku maksudkan? Terpaksalah korang tunggu kedatangan 2014 nanti. Apa pun jutaan terima kasih kepada korang yang tak jemu-jemu menyokong aku, baik dari belakang, tepi mahu pun dari bawah.. hehehe. InsyaAllah akan aku berikan maklumat dan info yang terbaik dari masa ke semasa, terutamanya di dalam bidang pelaburan hartanah.

AE : Tak sia-sia mem aku hadiahkan suit untuk dipakai di majlis itu nanti. Kalau last year, Datuk Seri Rais Yatim yang menyampaikan hadiahnya, adakah tahun ini PM kita yang akan bertuah untuk menggenggam jemari mulus aku nanti.. hehehe.

39 Comments

  1. KiD February 22, 2013
  2. KiD February 22, 2013
  3. Ameen February 22, 2013
  4. AK February 22, 2013
  5. Wan_PMD February 22, 2013
  6. Cikgu A February 22, 2013
  7. matjoe February 22, 2013
  8. amir February 22, 2013
  9. aslam February 22, 2013
    • abangensem February 22, 2013
  10. Muhamad Azman Ishak February 22, 2013
  11. Encik Din February 22, 2013
    • abangensem February 22, 2013
  12. Faizal Fredley February 22, 2013
  13. Anuar February 22, 2013
  14. tuanbri February 22, 2013
  15. beckhrooy February 22, 2013
  16. mb sangat manis,cute,peramah February 22, 2013
  17. orang kampung February 22, 2013
  18. Nadot February 22, 2013
  19. Bang Iwan February 22, 2013
  20. peruzz February 22, 2013
  21. MK Kimi February 22, 2013
  22. azman February 22, 2013
  23. Myra Jay February 22, 2013
  24. Nurul February 22, 2013
  25. halif February 22, 2013
  26. MH February 22, 2013
  27. Hambal February 22, 2013
  28. drsir February 22, 2013
  29. hasrulhassan February 23, 2013
  30. Ustazah Ain February 23, 2013
  31. Adam Roslan February 24, 2013
  32. Juan February 24, 2013
  33. elieza February 25, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge