Petang Sabtu hari tu aku berkesempatan bertemu dengan beberapa orang blogger hasil dari jemputan yang aku terima dari mamat ni di akaun facebook aku. Antara blogger yang turut serta adalah PakLan dan juga BraderMuiz. As usual, pelbagai topik di dalam ruang lingkup alam blogging dibincangkan namun subjek yang paling hangat yang disentuh petang itu adalah “Macamana nak buat duit dari blog?” dan pelbagai cara diketengahkan oleh mereka namun di sepanjang 2 tahun aku berblogging, terdapat beberapa cara yang aku ketahui antaranya :
Iklan dari Advertiser :
Rata-rata berpendapat income dari blog hanya terhasil dari klik terhadap iklan yang diletakkan oleh advertiser seperti nuffnang, advertlets mahu pun innity di blog tetapi persoalannya, berapa ramai pula yang akan klik setiap kali selesai membaca satu-satu entri? Even aku sendiri pun agak jarang untuk mengklik iklan yang sedia ada di blog-blog yang aku baca.. hehe. Jadi kita lupakan bab buat duit dengan cara ni melainkan sekiranya ‘Buffered Earnings’ menari-nari di blog korang kerana kalau korang dapat iklan jenis ni, duitnya datang berdasarkan trafik yang masuk dan bukannya klik yang dibuat.
Sewa Tapak :
Ini satu lagi cara yang kebanyakan blogger selalu gunakan iaitu dengan menyewa tapak iklan yang ada di blog mereka malah aku sendiri merupakan penyewa tetap di blog mamat Rusia dan BroFramestone. Bagi penyewaan tapak iklan ini biasanya ia bergantung kepada jumlah trafik blog tersebut. Lagi tinggi jumlah pengunjungnya maka lagi tinggilah harga sewa yang diletakkan malah tidak hairanlah ada beberapa blog yang aku ketahui meletakkan harga setinggi RM1.5K bagi setiap tapak. Lumayan kan jika nak dibandingkan dengan tapak di blog aku yang hanya serendah RM20 sebulan. Itu pun tak ramai yang hendak menyewa. Maklum sahajalah jumlah trafik yang berkunjung ke blog aku hanyalah ‘beberapa kerat’ saja sehari.. huhuhu.
Menjual Produk/Servis :
Nasib baiklah aku ada ebook, adalah juga side income aku sambil-sambil aku merapu kat blog ni. Itu pun disebabkan minat menulis yang sememangnya ada dalam diri aku dan bagi mereka yang berkemahiran di dalam satu-satu bidang seperti akak ni, maka sudah semestinya income akan terhasil melalui jualan produk/servis mereka tetapi bagi yang kurang berkemahiran, apa pula produk atau servis yang boleh mereka jual? Hmmm.. payah jugak kan?
Advertorial Post :
Income jenis ini amat jarang diketahui dan sekiranya mereka (blogger-blogger) tahu pun, amatlah sukar untuk mendapatkannya dari pengiklan melainkan blog mereka mampu menarik trafik yang tinggi. Namun, itu belum menjamin yang advertorial post akan menjadi milik mereka. Kenapa? Jawapannya adalah kerana komitmen tinggi yang diperlukan bagi menghadiri sebarang event yang dianjurkan oleh pengiklan amatlah sukar untuk dipenuhi lebih-lebih lagi bagi blogger yang ramai awek seperti aku.. hahaha. Tetapi tahukah korang yang bayaran yang bakal diperolehi, amat-amatlah di luar jangkaan kerana terdapat advertorial post yang bayarannya bernilai ribuan ringgit dan tidak hairanlah terdapat blogger-blogger ‘mantop’ yang mampu menjana pendapatan sehingga ke 5 angka setiap bulan. Menarik bukan?
Join Contest :
Terkejut jugak aku bila baru-baru ni iaitu sewaktu aku menganjurkan contest RM88 kat blog aku ni, terdapat sebuah blog yang dikhususkan untuk menyertai sebarang contest yang dianjurkan oleh para blogger. Sekurang-kurangnya mereka juga mampu untuk menghasilkan pendapatan walaupun amaunnya mungkin kecil kerana apa yang penting bagi aku, masa yang diperuntukkan di depan PC/leptop ni takkan terbuang begitu sahaja tanpa hasil dan untuk blogger yang mengikuti cara ini, the only thing yang aku boleh katakan ialah “aku respect cara korang sebab bukan semua orang mampu buat macam korang (termasuk aku) dan aku doakan yang korang akan berjaya dengan cara korang, insyaallah”.
Program Affiliate :
Bagi yang masih tidak bertemu cara yang sesuai bagi menjana pendapatan dari blog, cara yang aku rasakan paling mudah adalah dengan menyertai program affiliate yang bagi aku terlalu banyak di internet. Kenapa aku katakan ianya mudah? Kerana seorang blogger hanya perlu review dan promote produk/servis tersebut dan setiap jualan yang terhasil melalui link blog mereka bakal memberikan pulangan komisyen yang tidak kurang banyaknya (setinggi 50%) kepada pemilik blog tersebut. Tidakkah ianya akan menguntungkan blogger itu sendiri? Dan bagi blogger yang berasa sangsi terhadap produk/servis yang ditawarkan, maka nantikanlah program affiliate ebook-ebook aku yang ketika ini dalam proses akhir sebelum dilancarkan. Insyaallah pulangan yang bakal korang perolehi amatlah lumayan.
Ada yang akan berkata “aku tulis blog cuma suka-suka saja dan aku tak kisah kalau aku takde income sekalipun” dan buat mereka yang bersetuju dengan statement tersebut, nothing much I can say cuma alangkah baiknya jika duit broadband/unifi/streamyx korang tu dapat dicover dengan income dari blog korang unless kalau korang ‘tapau’ free wifi kat tepi starbuck.. hehehe.
AE : “Siapa sangka budak yang buta IT (aku le tu) boleh ada blog dan dapat buat duit pulak dari situ” kata Cikgu Kamil pada aku masa kitorang lepak malam raya hari tu. Nak seribu daya beb..
tips yang bagus terutamanya pada saya yang baru berjinak dlam bidang ni. hopefully ade rezeki saya dalam berblogging ni.
memang begitulah caranya. kene rajin dan buat blog jadi menarik utk ramai pembaca datang
matjoe recently posted..Mahkota Residene Condominium
yup.. tul tu abangensem.. tapi kekadang kita kering idea.. hahahaaa
KiD recently posted..Blue Carpet AIM 18
agree! skng pun dah byk cara nak dpt side income thru online terutama blog..
aslam recently posted..Sambungan
haa.. betullah tu caranya abangensom.. kekadang kita kena kreatif.. pelbagaikan untuk jana income dari blog.. kalau harap 1 sumber je.. kekadang gagal.. Apa pon semoga terus berjaya dalam dunia blog ni.. bagi saya jaji lepas bayar broadband setiap bulan pon dah ok.. betul tak?
Myvitrd recently posted..Mahal-mahal Pon Aku Beli Juga
tips yang sangat membantu saya..thanx sangat AE.. saya baca berulang kali.. 🙂
hanani recently posted..AVON Body Lotion Outspoken INTENSE by Fergie
yey,…abang ensem nak blanje makan lagi…
eyriqazz recently posted..How I Made RM5,191.36 From Nuffnang
macam mana nak maju kedepan,kalau entry sy banyak merapu bro..hahaaa
**terima kasih atas info tu ye^^
thanks for sharinggggggggggggggg
shudnur recently posted..sD2 TAMPIL bERGAYA
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
salam abe ensem,
tq sbb kongsi info yg bermanfaat ini. akan sy praktikkan.
daddy zuki recently posted..ROAD SAFETY: Don’t allow them to cut queue
Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ini. Saya baru aja 3 bulan aktif blogging… Jomlah lawat blog saya dan komen…Oleh kerana blog ni baru lagi, bila ada org komen tak tau nak gambarkan betapa gembiranya hati ini…adakah itu tandanya saya dah terlalu obses blogging? Hmm….
Haryati Mohd Sarkawi recently posted..Tips 1: Ajarkan Anak Tentang ASET & LIABILITI
terbaik2 bro..pak Buffer tu dah ,,advetorial tu mcm sayup2 je lg..
Zarul Umbrella recently posted..Guitar Outing
Salam,
Info yg mmg berguna kpd semua espc newbies…. buat blog sekadar suka2 tp jika dpt create sikit income ,lebih bagus. Masa yg kita peruntukkan utk blogging tu juga ada harga dan nilainya
Dja@Sishaza recently posted..KEPUTUSAN TERKINI PILIHAN RAYA UMUM KE-13