Buat Duit Dari Blog Cara Abang Ensem

“Apa? Jadi blogger pun boleh buat duit?”

Seakan terkejut tatkala aku memberitahu akan pekerjaan terkini aku kepada bekas teman sekerja aku beberapa hari yang lalu sebelum beliau menyambung,

“Ko dapat duit dari iklan yang orang letak kat blog ko ke?”

Dan inilah juga jawapan biasa yang aku sering dengar dari kebanyakan mereka yang curiga dengan duit yang terhasil dari blog. Lantas, jawapan susulan dari aku kepada beliau,

“Yup, itu merupakan salah satu dari cabang buat duit tapi incomenya tidaklah se’lebat’ cabang-cabang yang lain”

“Apa cabang-cabang lain yang lagi ‘lebat’ tu?”, naif bunyi soalan lanjutan beliau dan aku dapat rasakan segelintir dari pembaca blog ini turut senada dengan beliau.

Ya, 3 cabang paling utama bagi Abang Ensem menghasilkan pendapatan dari blog adalah menerusi :

  • Advertorial/Sponsored Post

Advertorial atau Sponsored Post bermaksud entri/post yang ditulis bagi meuar-uarkan/mempromosikan satu-satu produk/servis dan biasanya ia didatangkan dengan pakej RM yang mengagumkan.. hehehe.

Antara contoh advertorial/sponsored post yang aku terima.

Antara contoh advertorial/sponsored post yang aku terima.

Advertorial atau Sponsored Post ini biasanya diperolehi dari beberapa sumber seperti syarikat pengiklanan, syarikat perhubungan awam mahu pun secara terus dari tuan punya produk/servis. Jumlah bayaran yang diterima juga adalah berbeza dari seorang blogger dengan yang lain dan dalam kes ini, aku telah mula menerima sejumlah bayaran 4 angka untuk satu story tersebut. Ternyata kuasa ‘branding’ yang telah aku semai sejak 4 tahun yang lalu telah mula menampakkan hasilnya. Alhamdulillah.

  • Affiliate

Affiliate bolehlah diringkaskan sebagai komisyen yang diperolehi hasil dari jualan produk orang melalui link blog aku. Mengambil contoh, ebook Sifu Rumah Lelong yang ditulis oleh Shafie Bustan yang terjual melalui entri promosi di blog aku yang akhirnya mampu menjana sebanyak RM dalam tempoh masa sebulan. Terima kasih kepada korang yang telah membelinya dan semoga korang mendapat manafaat darinya.

Contoh pendapatan dari Program Affiliate

Contoh pendapatan dari Program Affiliate

  • Ebook

Ebook merupakan pendapatan konsisten aku sejak tahun 2010 lagi. Alhamdulillah, jumlahnya kian bertambah seiring dengan pertambahan jumlah ebook aku. InshaaAllah minat menulis aku akan aku teruskan bagi menerbitkan lagi sekurang-kurang 1 ebook setahun kerana ruang lingkup ilmu hartanah terlalu luas untuk aku kongsikan.

Itulah 3 cabang utama pendapatan blogging aku buat masa ini dan inshaaAllah akan aku usahakan beberapa cabang lain untuk menghadirkan sekurang-kurangnya pendapatan 6 angka setahun untuk tahun depan.

AE : Tidak pernah terfikir yang dari blog ‘main-main’ akhirnya menjadi satu bisnes yang serius.

7 Comments

  1. Man December 2, 2013
  2. ohcikgu December 2, 2013
  3. hazman aka species1980 December 2, 2013
  4. anuar December 2, 2013
  5. nashar December 4, 2013
  6. wafi April 11, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge