Aku bukanlah seorang best student untuk subjek Bahasa Malaysia semasa di sekolah dulu. Jauh sekali untuk dianggap sebagai seorang yang mahir di dalam aspek membuat karangan. Lebih memeritkan lagi apabila Bahasa Arab menjadi medium perantara di antara kami para student sekolah agama ketika itu. Ayat-ayat seperti “Ana Uhibbuki” menjadi pengganti kepada “Saya cintakan awak” apabila surat cinta beralih tangan kepada ex-girlfriend sekolah aku dulu. Jadi bila peluang sebagai penulis jemputan untuk beberapa majalah usahawan/perniagaan/pelaburan aku terima, ianya ibarat bulan jatuh ke riba kerana ianya merupakan sesuatu yang tidak pernah aku impikan sejak dulu.
Mungkin disebabkan berbapakan seorang guru Bahasa Melayu menjadikan kemahiran untuk menulis itu semakin sebati dengan diri aku dan ditambah pula dengan minat aku menelaah buku-buku dan majalah-majalah motivasi, menjadikan aspek penulisan sebagai cinta utama aku ketika ini dan hasilnya, setiap apa yang aku tulis sekarang ini telah menghasilkan pendapatan tambahan kepada diri aku secara tidak langsung. Walaupun amaun yang diterima tidaklah sehebat penulis-penulis artikel yang lain tetapi apabila setiap tulisan yang aku karang itu dibayar, terasa juga yang karya aku dihargai.
Alhamdulillah, hari ini penulisan berterusan aku di sebuah majalah telah mula menampakkan hasil apabila bayaran pertama telah pun aku terima dan ini menguatkan lagi tekad dan semangat aku untuk menghasilkan lebih banyak penulisan yang bermutu yang dapat membantu khalayak pembacanya nanti. Apa pun sokongan dan bantuan korang akan terus aku tagih agar penulisan aku akan dapat diperbaiki dari masa ke semasa kerana ketika ini, aku masih lagi dalam proses pembelajaran. Buat korang yang sentiasa merasa ‘rendah diri’ dan juga kurang keyakinan diri terhadap penulisan korang, percayalah yang aku juga seperti korang sebelum ini tetapi teruskan belajar memperbaiki gaya penulisan korang kerana mungkin korang akan menjadi lebih baik dari aku di masa hadapan nanti.
AE : Sedang cuba menghantar artikel ke majalah berbahasa inggeris pula untuk mempelbagaikan gaya penulisan aku dan juga mencabar rasa kurang keyakinan diri aku terhadap penulisan berbahasa inggeris aku selama ini.
wah, tahniah. Dah makin jauh dalam bidang penulisan
samdaddycool recently posted..Ibrahim bin Adham, kisah seorang raja
betui…tu bro…selalu kena mencabar diri…
bak kata2 Ammar Zahar …..dia bermula dari segala-galanya “0”…..
hmmmm…sekarang ni kena jadi “ulat buku” ler…..
orang yang banyak membaca punyai ia idea yang banyak untuk menjadi penulis…
dengar cerita penulis nie selalu mencari idea di malam2 buta…lu boleh ler bro…sambil bangun tengah malam bancuh susu….sambil cari idea…..oik!
mankuala recently posted..Viagra "semulajadi"
Tahniah Bro.. Tentu seronokkan bila hasil penulisan kita dihargai.. 😉
Teruskan usaha untuk memperbaiki hasil penulisan… Saya rasa tulisan AE jauh lebih baik daripada hasil penulisan saya.. Itu sebab saya tak sampai hati nak jual 2 buah ebook yang saya tulis.. Risau pelanggan saya kecewa dengan hasil penulisan saya.. 😉
Bagi percuma pun tak ramai orang yang sudi baca.. 😉
Anuar recently posted..RM41,500 untuk dimenangi di Kasugi "Team Chess Championship 2012"
tahniah bro AE…semoga sukses selalu ye bro 😀
spudin recently posted..ABC Special Teluk Gadung
sebelum terlupa bro …salam israk mikraj .. 🙂
spudin recently posted..ABC Special Teluk Gadung
Salam to you too..
Tahniah Bro..
Usaha tangga kejayaan, dan itulah yang berlaku pada AE 🙂
Myra Jay recently posted..Wish Me Luck for Final Exam
Tahniah bro.. memang terbaiklah tu.. ada ilmu memang bagus dikongsi.. sebab ilmu yg dikongsi takkan kurang seinci pun.. 🙂
myvitrd recently posted..Teruja Test Drive Kereta Sport Kuning
seronok juga dapat share ilmu ngan org lain di samping dapat juga sedikit sebanyak duit kan?
sharinginfoz recently posted..Sedap Juga Nasi Ayam @Mash Nasi Ayam Datuk Keramat
Teruskan menulis AE we will support u..
ReM recently posted..Bus Rapid Transit (BRT) in Sunway & USJ
Assalam..
tahniah..rezeki melimpah ruah tu…
iza recently posted..Keputusan EURO Dan Jadual Perlawanan EURO 2012
Bidang penulisan memang meluas,jadi kena berani mencuba.Tahniah Bro maju setpak lagi.
Selamat Berjaya AE. Good improvement.
Ar-Razi recently posted..Exam, Sudut Pandang Positif
Tahniah AE. AE ni ibarat sifu SK juga, selain bapa SK dan sifu-sifu hebat yang lain. =)
Saufi Karim recently posted..Tips beli rumah LELONG: Cuba elakkan
Tahniah bro, anda memang layak untuk jadi penulis. InsyaAllah anda akan jadi penulis hebat nanti
halif recently posted..4th CCM Halal Awareness Seminar 2012 di IKIM
terbaeklah abam Meor…kipidap! ..rezeki anak2
Zarul Umbrella recently posted..Jeddah Last Kopek..
Tahniah Abang ensem… 😉
Nurul recently posted..Bergumbira di Digi Wow Awards
wah. congratss. Majalah apa tu?
Hanif recently posted..5 tips blogging yang boleh menarik perhatian pembaca
semoga AE berjaya selalu..hehe..wahh menarik la kalau dapat tulis artikel dalam bi..banyak kelebihan tu…
Hafizul recently posted..Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 2
tahniah..semuanya kerana usaha tanpa alasan..
linie recently posted..Kekal Remaja Walau Usia Bertambah!!