• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Buat Duit Dari Penulisan

Buat Duit Dari Penulisan

abangensem · 17 June 2012 · 20 Comments

Aku bukanlah seorang best student untuk subjek Bahasa Malaysia semasa di sekolah dulu. Jauh sekali untuk dianggap sebagai seorang yang mahir di dalam aspek membuat karangan. Lebih memeritkan lagi apabila Bahasa Arab menjadi medium perantara di antara kami para student sekolah agama ketika itu. Ayat-ayat seperti “Ana Uhibbuki” menjadi pengganti kepada “Saya cintakan awak” apabila surat cinta beralih tangan kepada ex-girlfriend sekolah aku dulu. Jadi bila peluang sebagai penulis jemputan untuk beberapa majalah usahawan/perniagaan/pelaburan aku terima, ianya ibarat bulan jatuh ke riba kerana ianya merupakan sesuatu yang tidak pernah aku impikan sejak dulu.

Mungkin disebabkan berbapakan seorang guru Bahasa Melayu menjadikan kemahiran untuk menulis itu semakin sebati dengan diri aku dan ditambah pula dengan minat aku menelaah buku-buku dan majalah-majalah motivasi, menjadikan aspek penulisan sebagai cinta utama aku ketika ini dan hasilnya, setiap apa yang aku tulis sekarang ini telah menghasilkan pendapatan tambahan kepada diri aku secara tidak langsung. Walaupun amaun yang diterima tidaklah sehebat penulis-penulis artikel yang lain tetapi apabila setiap tulisan yang aku karang itu dibayar, terasa juga yang karya aku dihargai.

Alhamdulillah, hari ini penulisan berterusan aku di sebuah majalah telah mula menampakkan hasil apabila bayaran pertama telah pun aku terima dan ini menguatkan lagi tekad dan semangat aku untuk menghasilkan lebih banyak penulisan yang bermutu yang dapat membantu khalayak pembacanya nanti. Apa pun sokongan dan bantuan korang akan terus aku tagih agar penulisan aku akan dapat diperbaiki dari masa ke semasa kerana ketika ini, aku masih lagi dalam proses pembelajaran. Buat korang yang sentiasa merasa ‘rendah diri’ dan juga kurang keyakinan diri terhadap penulisan korang, percayalah yang aku juga seperti korang sebelum ini tetapi teruskan belajar memperbaiki gaya penulisan korang kerana mungkin korang akan menjadi lebih baik dari aku di masa hadapan nanti.

AE : Sedang cuba menghantar artikel ke majalah berbahasa inggeris pula untuk mempelbagaikan gaya penulisan aku dan juga mencabar rasa kurang keyakinan diri aku terhadap penulisan berbahasa inggeris aku selama ini.

 
Tweet

Related posts:

  1. Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan
  2. Buat Duit Dari Blog
  3. Buat Duit Dengan Blog
  4. Buat Duit Melalui Projek 100 Bloggers
  5. It’s an honour for me

Filed Under: my story

Reader Interactions

Comments

  1. samdaddycool says

    17 June 2012 at 6:31 am

    wah, tahniah. Dah makin jauh dalam bidang penulisan
    samdaddycool recently posted..Ibrahim bin Adham, kisah seorang raja

    Reply
  2. mankuala says

    17 June 2012 at 7:44 am

    betui…tu bro…selalu kena mencabar diri…
    bak kata2 Ammar Zahar …..dia bermula dari segala-galanya “0”…..
    hmmmm…sekarang ni kena jadi “ulat buku” ler…..
    orang yang banyak membaca punyai ia idea yang banyak untuk menjadi penulis…
    dengar cerita penulis nie selalu mencari idea di malam2 buta…lu boleh ler bro…sambil bangun tengah malam bancuh susu….sambil cari idea…..oik!
    mankuala recently posted..Viagra "semulajadi"

    Reply
  3. Anuar says

    17 June 2012 at 11:37 am

    Tahniah Bro.. Tentu seronokkan bila hasil penulisan kita dihargai.. 😉

    Teruskan usaha untuk memperbaiki hasil penulisan… Saya rasa tulisan AE jauh lebih baik daripada hasil penulisan saya.. Itu sebab saya tak sampai hati nak jual 2 buah ebook yang saya tulis.. Risau pelanggan saya kecewa dengan hasil penulisan saya.. 😉

    Bagi percuma pun tak ramai orang yang sudi baca.. 😉
    Anuar recently posted..RM41,500 untuk dimenangi di Kasugi "Team Chess Championship 2012"

    Reply
  4. spudin says

    17 June 2012 at 12:57 pm

    tahniah bro AE…semoga sukses selalu ye bro 😀
    spudin recently posted..ABC Special Teluk Gadung

    Reply
  5. spudin says

    17 June 2012 at 12:58 pm

    sebelum terlupa bro …salam israk mikraj .. 🙂
    spudin recently posted..ABC Special Teluk Gadung

    Reply
    • abangensem says

      17 June 2012 at 1:31 pm

      Salam to you too..

      Reply
  6. Myra Jay says

    17 June 2012 at 1:42 pm

    Tahniah Bro..

    Usaha tangga kejayaan, dan itulah yang berlaku pada AE 🙂
    Myra Jay recently posted..Wish Me Luck for Final Exam

    Reply
  7. myvitrd says

    17 June 2012 at 3:15 pm

    Tahniah bro.. memang terbaiklah tu.. ada ilmu memang bagus dikongsi.. sebab ilmu yg dikongsi takkan kurang seinci pun.. 🙂
    myvitrd recently posted..Teruja Test Drive Kereta Sport Kuning

    Reply
  8. sharinginfoz says

    17 June 2012 at 4:06 pm

    seronok juga dapat share ilmu ngan org lain di samping dapat juga sedikit sebanyak duit kan?
    sharinginfoz recently posted..Sedap Juga Nasi Ayam @Mash Nasi Ayam Datuk Keramat

    Reply
  9. ReM says

    17 June 2012 at 5:38 pm

    Teruskan menulis AE we will support u..
    ReM recently posted..Bus Rapid Transit (BRT) in Sunway & USJ

    Reply
  10. iza says

    17 June 2012 at 5:59 pm

    Assalam..
    tahniah..rezeki melimpah ruah tu…
    iza recently posted..Keputusan EURO Dan Jadual Perlawanan EURO 2012

    Reply
  11. azman says

    17 June 2012 at 7:01 pm

    Bidang penulisan memang meluas,jadi kena berani mencuba.Tahniah Bro maju setpak lagi.

    Reply
  12. Ar-Razi says

    17 June 2012 at 8:42 pm

    Selamat Berjaya AE. Good improvement.
    Ar-Razi recently posted..Exam, Sudut Pandang Positif

    Reply
  13. Saufi Karim says

    17 June 2012 at 9:44 pm

    Tahniah AE. AE ni ibarat sifu SK juga, selain bapa SK dan sifu-sifu hebat yang lain. =)
    Saufi Karim recently posted..Tips beli rumah LELONG: Cuba elakkan

    Reply
  14. halif says

    17 June 2012 at 11:55 pm

    Tahniah bro, anda memang layak untuk jadi penulis. InsyaAllah anda akan jadi penulis hebat nanti
    halif recently posted..4th CCM Halal Awareness Seminar 2012 di IKIM

    Reply
  15. Zarul Umbrella says

    18 June 2012 at 8:33 am

    terbaeklah abam Meor…kipidap! ..rezeki anak2
    Zarul Umbrella recently posted..Jeddah Last Kopek..

    Reply
  16. Nurul says

    18 June 2012 at 10:23 am

    Tahniah Abang ensem… 😉
    Nurul recently posted..Bergumbira di Digi Wow Awards

    Reply
  17. Hanif says

    18 June 2012 at 3:11 pm

    wah. congratss. Majalah apa tu?
    Hanif recently posted..5 tips blogging yang boleh menarik perhatian pembaca

    Reply
  18. Hafizul says

    19 June 2012 at 12:27 am

    semoga AE berjaya selalu..hehe..wahh menarik la kalau dapat tulis artikel dalam bi..banyak kelebihan tu…
    Hafizul recently posted..Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 2

    Reply
  19. linie says

    19 September 2014 at 2:57 pm

    tahniah..semuanya kerana usaha tanpa alasan..
    linie recently posted..Kekal Remaja Walau Usia Bertambah!!

    Reply

Leave a Reply to Myra Jay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
09 Ramadan 1442
Now : Dhuhr (13:12)
Next : Asr (16:27)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in