Buat duit dengan hartanah.
Pasti ramai yang teruja tatkala membaca ‘caption’ di atas. Bukan setakat teruja, malah ramai yang mengimpikannya, siang dan malam tetapi tidak ramai yang tahu konsep sebenar buat duit dengan hartanah itu.
Justeru, Tuan Mohd Safuan Abd Rahman, penulis buku INI dan INI telah mengambil insiatif menerbitkan buku ketiganya di bawah tajuk “Buat Duit Dengan Hartanah”. Ianya dilakukan dengan niat memahamkan khalayak pembaca akan konsepnya yang turut disertakan dengan pengalaman pelaburannya sendiri.

Sebuah buku yang pada aku amat sesuai untuk pelabur baru, yang tak lain tak bukan berhasrat untuk buat duit dengan hartanah ini. Dimulakan dengan pertanyaan, “kenapa perlu buat dengan hartanah”, bab seterusnya menerangkan persediaan yang perlu dilakukan sebelum melabur sebelum diakhiri dengan cara-cara buat duit dengan hartanah.
Menarik.

Dan bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya, tanda harga RM35.00 menjadi amaun yang patut anda korbankan dan cara pembeliannya adalah seperti berikut :
- Kreditkan amaun RM40.00 (bagi Semenanjung) dan RM45.00 (untuk Sabah/Sarawak) ke dalam akaun Maybank Islamic AE Consultancy Services bernombor 562731109132.
- Berikan nama, alamat dan nombor untuk dihubungi ke kotak mesej FB Abang Ensem.
- Setelah pembayaran dilakukan, hantarkan paparan skrin atau butiran pembayaran ke kotak mesej FB Abang Ensem.
- Setelah pengesahan dibuat, Tracking Code Pos Lajunya akan diberikan kepada anda.
Mudah, bukan?
P/S : Tambahan RM5 (Semenanjung) dan RM10 (Sabah/Sarawak) untuk bayaran pengeposan.
harini banyak buku buku tentang hartanah boleh di dapati di pasaran.
*cek wallet cukup tak duit nak rembat sebuah*
Zuan recently posted..Curi Buku Musik
tu dia. buku hartanah lagi..
ohcikgu recently posted..Siapa kata mengajar MUZIK ni tak seronok dan tak best?”
Ada stok lagi tak? Rasa macam nak beli juga ni..hehehe..
eyriqazz recently posted..Panduan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
boleh tambah ilmu 😉
siti hazreen recently posted..Bachelor of Arts (Honours) In Accounting and Finance Kemasukan September 2014
inilah buku yang terlajak laris itu…
err…belum ada e-book ek?huhu
yusri recently posted..Top Komentator Bulan Ogos 2014