Aku amat berbesar hati bila mana seorang penulis yang aku kagumi yang bakal mewarnai dunia penulisan buku sedikit masa lagi, Tuan Aqif Azizan telah sudi menjadi penulis jemputan untuk blog aku ini. Beliau yang mempunyai kepakaran di dalam membantu para usahawan untuk memikat lebih ramai pelanggan menerusi penulisan magnetik beliau turut menerbitkan ebook-ebook berbentuk ilmiah dan antara e-book yang pada aku berbaloi untuk dimiliki adalah ‘7 Hari Siapkan E-book’ yang mana bisa menyelesaikan masalah para pembaca untuk menyiap dan menjual e-book mereka dalam masa kurang dari 7 hari. Malah untuk entri pengenalan beliau di blog aku, sengaja aku minta beliau menulis tentang satu topik yang aku rasakan mampu menarik perhatian dan memberi manafaat kepada pembaca blog ini.
BUAT DUIT DENGAN PENULISAN – INI RESEPI KEKAYAAN
Pembaca semakin bijak membuat keputusan.
Dari membaca blog orang lain, sekarang mereka teruja untuk menulis. Masalah yang berlaku sekarang adalah menulis tanpa hala tuju. Bagi yang selesa berbuat demikian, teruskan.
Bagi yang berminat untuk mencari alternatif untuk buat duit dengan penulisan, berikan perhatian.
Kerana cara buat duit dengan penulisan adalah mudah. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya medium teknologi seperti Internet. Pada zaman kegemilangan Alleycats, antara cara buat duit dengan penulisan adalah:
- Menulis buku.
- Menulis artikel di majalah.
- Menulis skrip drama.
Di mana tidak semua berkemampuan dan mempunyai pendedahan terhadap cara buat duit dengan menulis seperti yang disebutkan di atas.
Berbeza apabila wujudnya Internet. Sumber pendapatan dari penulisan kini terbuka luas.
Cara Mudah Buat Duit Dengan Penulisan
Tulis e-book.
Abang Ensem (dot) com sendiri menggunakan cara ini untuk mencipta satu lagi sumber pendapatan dari penulisan. Mulakan dengan apa yang kita minat.
Untuk mengenal pasti sama ada e-book itu boleh dijual atau sebaliknya, pastikan e-book itu dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
Sebagai contoh, Abang Ensem berpengalaman dan minat dalam bidang pelaburan hartanah. Ramai orang mencari maklumat untuk pelaburan hartanah, supaya mereka tidak tersilap langkah dan rugi besar.
Di sini jelas orang ramai memerlukan maklumat ini. Maka Abang Ensem bertindak untuk menerbitkan e-book berkaitan dengan pelaburan hartanah.
Saya Tidak Ada Idea Menulis E-book
Ini adalah mitos dan kegagalan yang dicipta sendiri.
Jika dilihat dari kajian kes e-book Abang Ensem. Beliau mempraktikkan strategi blook. Yakni mengumpulkan artikel-artikel di blog beliau mengenai pelaburan hartanah, kemudian dipakejkan menjadi sebuah e-book.
Selesai masalah. Duit pun dapat.
Justeru itu, khususnya bagi para pembaca yang mempunyai blog, gunakan teknik blook ini sebagai strategi pertama untuk kita buat duit dengan penulisan.
Pakejkan artikel kita supaya para pembaca mudah untuk membaca artikel yang khusus, tanpa perlu membazir masa melakukan carian artikel di ruangan arkib blog.
Aqif Azizan adalah seorang penulis muda yang hebat dan layak dikagumi.
Bidang penulisan antara bidang yang membolehkan kita menjana pendapatan secara pasif.
paan recently posted..Sibuk Dengan MLM
Terima kasih Paan. Saya juga suka dengan blog Paan. Banyak informasi dan ilmu baru datang tanpa diduga. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
Saya juga suka baca.
banyak ilmu hasil kajian yang beliau buat bermanfaat untuk orang lain.
terima kasih
Adi recently posted..Beli Rumah Dapat Cash RM13,000, Betul Ke Ni?
sya pun suka penulisan aqif. Ada bnyk ilmu dlm blog dia
sya isya recently posted..OST SEINDAH SAKURA – HARAPAN (HYPER ACT) LIRIK LAGU DAN VIDEO KLIP
Alhamdulillah. Terima kasih Cikpuan Sya. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
Saya dah lama sebenarnya terfikir untuk belajar cara2 menulis ebook – terima kasih sudi beri jalan pada saya.
Seronoknya saya kerana dapat membantu tuan. Mohon dapat hubungi saya jika ada sebarang persoalan mengenai e-book. Atau boleh terus tanya orang berpengalaman seperti Abang Ensem sendiri. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
Terima kasih Tuan Meor Zaidee a.k.a Abang Ensem kerana sudi menerbitkan artikel ini. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha kita semua untuk memandaikan bangsa, dan menambah saham akhirat menerusi setiap bait-bait tulisan.
🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
brilliant idea bro~ insyaAllah akan buat penulisan mengenai tech nanti 🙂
zuan recently posted..> Selamat Hari Lahir Umi
Alololo.. Dah besar dah Aqif. Dulu mase ajar Aqif tuition, kecik comel je lg. Dah besar bijak pandai dah. Kene jd follower aqif lak nih.
Terus sukses eh aqif!
Tahniah gak AE for the arrival of your newborn! 🙂
Nadot recently posted..Pantai Indah Seaview Resort
TQ Dot.
Eh. Akak Nadia pun follower Abang Ensem ya. Wah, tak sangka. 😀
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
hehehe
sebab abg ensem ni ensem sgt, terpakse follow..hohohohoho (gelak x ikhlas) 😉
kirim slm aqalili ye =)
Nadot recently posted..Pantai Indah Seaview Resort
hahaha..boleh juga cmtu
sye un terpaksa komen sebab sama2 ensem.kui3
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
aku pun sering kering idea dalam menulis. harap buku ini dpt membantu..
daddydee recently posted..Belia Paling Ramai Bunuh Diri
Insya Allah e-book ini dapat membantu. Ia adalah pengalaman saya sendiri dan digabungkan dengan pengalaman pakar untuk menghasilkan e-book. 🙂
Betul kata AE dan Tuan Afiq Azizan.. Zaman sekarang ni memang mudah orang nak mencari duit melalui bidang penulisan..
Contohnya dengan buat duit melalui blog, ebook, dan menerbitkan ebook kita menjadi buku sebenar.. Strategi ini telah berjaya dilakukan oleh beberapa orang blogger seperti Abang Ensem, Yazid Yahaya, Zamri Mohammad, Eruan Gerry, Hamka (Penulis blog kereta mayat) dan sebagainya..
Bagi mereka yang berminat untuk membaca dan menulis.. oklah.. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak suka membaca dan menulis?? Walaupun peluang ada terhidang dihadapan mata, tetapi mereka tetap akan memberikan seribu alasan..
Saya pernah bersengkang mata beberapa hari untuk menyiapkan 2 buah ebook untuk diberikan secara percuma kepada para pengunjung blog saya.. Tujuannya adalah untuk menarik minat membaca dan menulis dalam kalangan bekas pelajar-pelajar saya supaya boleh membantu mereka mencari sumber pendapatan tambahan..
Maklumlah kos sara hidup sekarang tinggi.. Gaji lepasan Diploma dalam lingkungan RM2000 sebulan mungkin tidak mencukupi untuk menikmati kehidupan yang selesa pada zaman sekarang.. Jadi, untuk menikmati hidup yang selesa, mereka perlu mencari pendapatan sampingan.. terutamnya dalam bidang perniagaan…
Tapi nak berniaga apa?? semua perniagaan dah ada orang yang jual??
Cara paling mudah nak berniaga adalah dengan menghasilkan produk sendiri.. Antara produk yang semua orang boleh hasilkan adalah ebook.. Betul tak AE??
Anuar recently posted..RM12,000 untuk dimenangi di Kejohanan "16th Grand Asian Chess Challenge"
Tetiba bersemangat pulak baca komen dari cikgu Anuar ni..
iza recently posted..Abang Ensem Di Mata Aku.
Totally right Bro
abangensem recently posted..Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan
Tuan Aqif ni sahabat lama saya masa aktif di forum WangCyber..tapi ebook mmg boleh buat duit..lihat sahaja Ammar Zahar,Jamal,Razif Yusuf dan lain2
Zarul Umbrella recently posted..Sekitar Fiesta Memancing Mastika
Lama tidak bersua muka dengan Tuan Zarul Umbrella. Semakin berjaya sekarang. Alhamdulillah. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
apa khabar Tuan? awak pun apa kurangya..semakin berjaya..tak sangka boleh jumpa balik di blog AE ni..nnt suruh AE set tarikh ngeteh kita
Zarul Umbrella recently posted..Sekitar Fiesta Memancing Mastika
Alhamdulillah. Semakin hari semakin baik. Tuan pula? Saya tiada masalah. Nyatakan sahaja tarikh dan masa yang sesuai. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
Ya tips yang berguna..hehe..
Hafizul recently posted..Sekadar Tengok Dan Baca
teringin juga nak menulis e- book , tapi apa yg saya pakar pun belum tahu ..
puanbee recently posted..Peralat Anak Yatim
Puan Bee kan pakar dalam berblog..tulis je pasal blog
Zarul Umbrella recently posted..Sekitar Fiesta Memancing Mastika
sama macam puan bee, teringin nak menlis e-book tapi saya tak pasti apa yang nak di tulis.
iza recently posted..Abang Ensem Di Mata Aku.
Iza buat je koleksi masakan kuih muih tradisional dalam bahasa inggeris dan jualkan ke pasaran global. Lepas tu upah orang untuk ‘up’kan SEO (kalau kurang mahir) untuk marketkan ebook tu. Settle.
abangensem recently posted..Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan
Assalam..
Terima kasih atas resepi kejayaan tu.
Mungkin suatu hari nanti, saya dapat menulis e-book.
iza recently posted..Abang Ensem Di Mata Aku.
Waalaikumsalam wrt wbt.
Insya Allah, saya doakan kejayaan cikpuan. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
saya dah beli ebook tu… memang berbaloi… InsyaAllah, my first ebook tahun ini?…kalau tidak dicuba, manakan tahu kan?
eyriqazz recently posted..Cara Membeli Tiket Murah Airasia
Saya doakan agar usaha anda untuk hasilkan e-book pertama dipermudahkan. Pasti boleh! 😀
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
bersemangat gak nak tulis e-book nie..tengah cari idea…
terpanggil dengan ulasan saudara Aqif Azizan. Tulis apa2 info yang dapat menyelesaikan masalah orang
Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga dikurniakan semangat untuk menyiapkan e-book. 🙂
Aqif Azizan recently posted..17 Resepi Kaya & Berjaya (Memori Bersama Dr Azizan Osman)
Kena start masuk gear satu ni…
samdaddycool recently posted..Ibrahim bin Adham, kisah seorang raja
Tk atas info ya
info berguna byank tip2 untuk dikongsi dengan bloger2 yang daif mencari ilmu seperti saya terima berkongsi ilmu ya..
nornazliana recently posted..Promosi Dari Air Asia….com