Buat Duit Melalui Projek 100 Bloggers

 

2 Jejaka Idaman Malaya

Nampaknya semakin banyak blog yang telah bercerita tentang Projek 100 Bloggers yang diilhamkan oleh blogger terkenal, Saudara BroFramestone di laman blognya. Tujuan projek ini adalah bagi mendapatkan satu ‘database’ bagi blogger-blogger yang boleh diketengahkan kepada pihak pengiklan yang secara tidak langsung akan membolehkan para blogger menjana pendapatan dari blog.

Ya, aku pasti masih ada di kalangan blogger yang masih belum tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkan income ‘selebat’ Redmummy mahu pun Eyriqazz (sila klik nama mereka jika korang ingin mengetahui jumlah yang mereka perolehi). Ya, semuanya disebabkan oleh income yang terhasil daripada advertorial post yang mereka tulis dan kadangkala range bayarannya bernilai ribuan ringgit hanya untuk 1 atau 2 entri yang mereka tulis dan mereka sebenarnya tidak seperti kita yang terlalu mengharapkan viewers blog kita untuk meng’klik’ iklan yang disediakan oleh pihak nuffnang, advertlets mahu pun innity kerana jumlah yang diperolehi agak ‘ciput’ jika dibandingkan dengan entri berbayar ini. Persoalannya sekarang, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan sponsored post sebegini. Untuk itu apa yang dilakukan oleh Saudara Framestone ini amat aku hargai di dalam mengetengahkan blogger-blogger berpotensi kepada para pengiklan. Apa yang perlu korang (blogger) lakukan hanyalah mewar-warkan Projek ini di blog korang di samping pastikan juga yang blog korang memenuhi kriteria-kriteria di bawah :

  1. Warganegara Malaysia – Aku sememangnya mempunyai kerakyatan Malaysia walaupun mempunyai rupa paras ‘EURASIAN LOOK’.
  2. Blog berbahasa melayu/inggeris – Jika korang dapat membaca entri ini, ianya sudah cukup menjadi bukti yang blog ini sememangnya berbahasa melayu.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 4 entri seminggu – Selama mana aku menaiki LRT ke ofis, selama itulah blog aku akan terupdate untuk tatapan korang.
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan – Tiada satu pun syarikat pengiklanan yang sanggup membayar harga yang aku minta.
  5. Mempunyai trafik melebihi 500 Unique Visitor sehari – Walaupun trafik blog aku tidaklah  sebanyak blog INI, sekurang-kurangnya bertiang jugak aku tinggalkan UV blog INI (sila klik icon ‘histat’ di sidebar sebelah kanan kalau korang tak caya).
  6. Blog berkualiti (bukan copy paste) dan memiliki sekurang-kurangnya 5 komen bagi setiap entri – Selagi mana aku dok perasan sendiri, selagi itulah ramai yang akan beri komen tak puas hati untuk entri aku.
  7. Commited dengan projek yang akan dianjurkan – Aku akan berikan 101% komitmen sekiranya ramai awek yang akan terlibat untuk sesuatu projek.. hehehe. 

AE : As for me, bukanlah duit yang menjadi keutamaan untuk menyertai program ini tetapi kerana ingin MEMPERBAIKI GAYA TULISAN yang diingini oleh para pengiklan agar aku dapat merealisasikan impian aku bergelar PENULIS HEBAT seperti Saudara Zamri Mohamad, insyaallah.

JUMLAH MUTAKHIR KUTIPAN JUALAN AMAL EBOOK AE AKAN AKU UMUMKAN DI DALAM ENTRI HARI AHAD.

 

11 Comments

  1. zuan March 10, 2012
    • zuan March 17, 2012
  2. KiD March 10, 2012
  3. sha March 10, 2012
  4. ariff March 11, 2012
  5. Nusrat March 15, 2012
  6. Bhaihaqi June 2, 2012
    • abangensem June 3, 2012
  7. Anuar June 3, 2012
  8. Oh! budu July 22, 2012
  9. madkie October 11, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge