Buffet Ramadhan Paling Lazat Dari Tropicana Golf & Country Resort

Buffet Ramadhan Tropicana 8

Jemputan yang diterima dari blogger jutawan ini amat-amat mengejutkan aku. Sudahlah kami tidak pernah bersua muka, malah pernah satu ketika dengan selambanya aku ‘mengutuk’ beliau di blog merahnya dan atas sebab itu tawaran preview buffet ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort membuatkan aku rasa seperti, “Waahhh.. Glam jugak gua ni ye”.. hehehe.

Petang selasa yang dijanjikan pun tiba. Pendaftaran dilakukan di meja penyambut tetamu dan dari senarai blogger yang dijemput, ternyata blog akulah antara yang paling rendah trafiknya atau dalam bahasa kasarnya, blogger bajet retis atau blogger tempelan. Sapaan pertama dari Kak Red membuatkan aku terpaku. “Kenapa Kak Red nampak lagi budak dari aku?”. “Damn!! Aku kena start buat facial balik la lepas ni”, omel aku dalam hati.

Redmummy

Aku dan blogger lain (termasuk Kak Red) telah ditempatkan di meja media dan ibarat rusa masuk kampung, bola mata aku tak putus-putus melihat kepada suasana gaya hidup mewah yang wujud di Tropicana ini. Para pengurus country resort ini bersimpang-siur melayani para tetamu yang hadir dan kami juga tidak terkecuali. Setiap menu dipersembahkan kepada kami untuk dicuba. Ada masakan kampung, western, BBQ dan 1001 jenis lagi makanan yang jarang-jarang aku temui. Alhamdulillah rezeki.

Setiap makanan/minuman yang aku jamah ketika itu (lebih dari 15 hidangan), ternyata cukup garam dan gulanya. Kelazatannya ternyata berbeza dari menu dari hotel-hotel lain yang pernah aku cuba *Betul tak tipu*, malah apa yang lebih mengejutkan aku apabila batang-batang jagung juga turut menjadi salah satu dari 300 jenis menu yang dihidangkan. Itu belum dicampur dengan segala jenis kacang dan ‘jajan’ yang pada aku mampu menarik si cilik untuk turut merasai suasana buffet ramadhan di Tropicana ini. Kudos to them kerana tidak meminggirkan selera anak-anak kecil.

Buffet Ramadhan Tropicana 5

Sesi review malam itu yang sepatutnya selesai jam 9 kemudiannya telah bersambung menjadi sesi ngeteh sesame blogger dan sesi tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pengurus Tropicana ini yang telah sudi menemankan kami selepas itu. Ternyata perbualan yang pada awalnya berprotokol akhirnya telah bertukar menjadi lebih santai. Ternyata para pengurus ini mempunyai sense of humor yang pada aku agat tinggi. Setiap jenaka yang dikongsikan ternyata mampu membaraikan ego para blogger dan hasilnya, masing-masing berjanji untuk kembali ke Tropicana ketika bulan puasa nanti dek kerna personal touch yang ditunjukkan oleh para pengurusnya. Apa pun, jutaan terima kasih aku ucapkan buat Redmummy yang sudi menjemput aku ke Tropicana ini. Ternyata kehadiran aku ke sana amat-amat berbaloi dengan kelazatan makanan yang disajikan.

Sup Gearbox, dessert aku untuk malam itu.

Sup Gearbox, dessert aku untuk malam itu.

AE : Tidak ku sangka apabila aku juga bertemu dengan bekas student seminar aku yang juga seorang chef di sana dan sempat jugalah aku merasai hasil tangan mereka sendiri terhadap menu yang dihidangkan. Sedap beb!!

Antara rakan-rakan blogger yang hadir.

Antara rakan-rakan blogger yang hadir.

6 Comments

  1. Sop June 15, 2013
  2. titan June 15, 2013
  3. fazrol June 15, 2013
  4. Manaf June 15, 2013
  5. Farisya Anastasyia June 16, 2013
  6. Hafizul June 16, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge