Bukan Tak Nak Tapi Tak Layak

leaderboard2 denaihati Banner

Uisssshhhh.. Betul-betul meletop buku “WTF” ni, sampaikan kat Kinokuniya Bookstore yang bagak tu pun boleh sold-out. Siap budak yang jaga kat situ pun siap cakap “Ramai betul orang yang tanya pasal buku ni hari ni Bang”.  Dalam hati aku hanya mampu berkata “Mana tak ramai, semua pakat carik kat sini lepas baca entri aku semalam.. hahaha *perasan*” dan nampak gayanya terpaksa jugak la aku ke Book Fair hari jumaat ni demi mendapatkan buku tersebut.. huhuhu.

Malah sempat juga aku post status ‘kecewa’ aku kat FB semalam dan boleh tahan juga orang yang mengomen-ngomen kat status aku tu. Ada yang suruh aku beli online dan tak kurang juga yang menyatakan keinginan beliau untuk merembat buku tersebut dari rak buku Tuan Bri.. hahaha, tapi dalam banyak-banyak komen tu ada juga yang mencadangkan aku untuk menulis sebuah buku fizikal sepertimana buku Tuan Faizul kita ni dan jawapan ikhlas dari aku.. “Bukan tak nak tapi tak layak”.

Beb, mana ada orang nak beli buku yang bercerita tentang pelaburan yang hanya mendatangkan passive income yang cukup-cukup cover minyak kereta dan bil handphone tiap-tiap bulan je walaupun jumlah rumah yang dimiliki melebihi 10 buah? Aku rasa publisher yang sedia ada pun awal-awal lagi akan reject buku tulisan aku nanti. “Tak boleh jual nanti” pasti menjadi alasan mereka dan takkan la pula aku nak come-out dengan title “14 rumah dalam masa masa 10 tahun”? sedangkan Tuan Faizul kita dengan selambanya boleh beli 23 buah rumah sebelum umur 30 tahun.

Tak cukup dengan itu, aku dapat rasakan yang kepercayaan pembeli pastinya akan menjadi ragu-ragu sekiranya mereka menyelongkar setiap entri aku di blog ini. Manakan tidak.. imej gatal, miang, awek sana sini pasti akan memalitkan status kasanova aku dengan lebih jelas di mata mereka. So, ebook sahajalah medium yang aku rasakan paling layak untuk aku mengenengahkan tips dan tricks aku dalam bidang ni. Lagipun aku tak nak la pulak nanti ada yang kecewa kalau-kalau buku fizikal abangensem sold-out pula nanti. At least dengan ebook, perkataan sold-out mungkin dapat dielakkan dari terus-menerus menghantui korang kerana mana mungkin ebook yang berbentuk digital akan out-of-stock. Apa pun terima kasih di atas saranan dan kepercayaan korang terhadap kemampuan aku menerbitkan buku fizikal, insyaallah kalau ada rezeki, adalah nanti.

AE : Aku tertarik juga dengan judul buku yang dicadangkan oleh Saudara Benie di wall aku semalam yang antara lainnya berbunyi “ANTARA AKU DAN RUMAH-RUMAHKU.. YANG MANA LEBIH ENSEM?”.

This entry was posted in my story and tagged , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Bukan Tak Nak Tapi Tak Layak

  1. KiD says:

    supersonic commentator from shakiddo.com
    KiD recently posted..Mahu hadiah dari Maxis dan RM50?

  2. KiD says:

    rumah AE laaa lagi ensem.. hehehee
    KiD recently posted..Mahu hadiah dari Maxis dan RM50?

  3. fasz says:

    nak beli rumah juga :(
    minta tips cmne nak dpt duit beli umah..wakakaka
    fasz recently posted..Selamat Hari Lahir Ya ucukkk

  4. azmanisma says:

    Kena menuntut juga dgn AE nih he3..
    azmanisma recently posted..Aku dan Dunia Blog

  5. Myra Jay says:

    Banyak ilmu nak kena pelajari nie..
    Tapi ermmm bg MJ AE lebih ensem kot..hehehe
    Myra Jay recently posted..Hadiah termahal dalam berblog-Kamera Nikon D90

  6. madammondoq says:

    mak aii.. ganasnya tajuk buku?
    madammondoq recently posted..NUFFNANG Trip To AWANA KIJAL – Part 4

  7. M.Y says:

    Poket ae yg hensem…
    Haha

  8. Ikhtiar Shah says:

    haha..AE la lgi ensem tpi buku2 AE awesome la. :)
    Ikhtiar Shah recently posted..Tawaran Pengajian Diploma & Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Secara Percuma

  9. Syam says:

    dah beli sebijik hari ni kat pesta buku PWTC.
    cari kat booth MPH.
    ada 10% diskaun.
    tadi kat rak buku tu cuma tinggal 25 buah je lagi.

  10. Nurul says:

    Kalau beli online tak de ker??
    Nurul recently posted..Terima kasih daun Keladi

  11. Cbe la try beli secara online bro :D
    Izzuddin Fauzi recently posted..Domain .my Yang Betul Murah RM120 / 5 Tahun

  12. halif says:

    Mantap betul bro. Memang blog ni menghiburkan dan aku sering tersengih baca kemiangan, sifat kasanova dan awek-awek keliling bro. Macam Boboiboy selalu kata “Terbaik” :P
    halif recently posted..Pengalaman menikmati Pizza Hut yang mengerikan

  13. Azydy says:

    haha..ensem tu pada abang AE la.. rumah tu awesem la..
    Azydy recently posted..11 Tips Persediaan Untuk Graduan Sebelum Mula Bekerja

  14. Manan Qayyim says:

    merendah diri betul abg ensem ni….
    Manan Qayyim recently posted..Al-Fatihah buat Allahyarham Bob Kuman

  15. Rina As says:

    Memiliki rumah lebih dari 1 bahkan bisa mencapai 10 lebih adalah sebuah kebanggaan tersendiri sebab rumah juga bisa menjamin hidup kita kelak
    Nice share Bang Ensem dan selalu sukses buat anda..
    Rina As recently posted..Update Google Pagerank Bulan Mei 2012

  16. Ahmad Ijat says:

    AE ni merendah diri pulak. Belum cuba belum tau bang. :)
    Ahmad Ijat recently posted..Seluar Palazzo Kain Lycra Kualiti Tinggi

  17. sadiq says:

    hehe..boleh tahan gak abang ensem ni..bukan xlayak.saja merendah diri je tu=)
    sadiq recently posted..Basic Info For Fitting Yourself

  18. lantoi says:

    aku bukanlah pesimistik tapi kalau claim 23 biji rumah dlm b4 30 adertak disertai dgn bukti? kalau ader alhamdullilah kalau tak der bukti kenalah provide bukti coz zaman skrg ni ape pun org boleh claim tak gitu ae . aku minta maafla sebab kalau kata kata aku ni boleh menyinggung sesiapa maafye.. sama jugaklah kalau mana sifu-sifu kewangan (CFP) cerita fasal duit juta-juta tapi maaf kata dlm saving sendiri pun ader tak sa mpai 10k aper cerita dak…apa pun aku nak baca juga buku tu utk penilaian kendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge