bukannya susah nak jadik jutawan… step two (2)

‘Make sure’ nama korang clear kat dlm ‘CCRIS’ :

“CCRIS tu apa??” tanya member aku 2 hari lepas. “Ini mesti ko tak baca post aku yg bertajuk ‘REPORT CARD’ kan.. kalo tak mesti ko tau apa tu CCRIS” balas aku. For korang punya info, CCRIS ke CTOS ke BRIS ke atau 1001 macam nama lagi adalah sistem2 yg terdapat kat bank utk memudahkan diorg ‘check’ kredibiliti bakal peminjam diorg samaada peminjam ni jenis yg akan bayar balik ke atau tak loan yg diorg akan bagi pinjam. Tapi dalam banyak2 checking tu.. yg paling glamer is CCRIS sebab rekodnya dikendalikan oleh Bank Negara dan boleh dikategorikan tepat dan lengkap.

Sebelum aku teruskan citer aku ni, aku nak emphasise sikit yg topik kali ni hanya utk korang2 yg nak beli umah dgn menggunakan loan bank. Kalo korang rasa2 nak beli ‘cash’, tolong ‘ignore’kan step ni. Ok.. sekarang kite continue balik. Sebenarnya bukannya susah sangat nak amik loan, kalo korang nak tau.. pada dasarnya pihak bank cuma akan tengok 2 benda ni je :
  1. kemampuan korang nak bayar balik &
  2. rekod pinjaman korang kat bank lain.

Kalo dari segi kemampuan.. apa la sangat yg bank akan tengok kalau instalment umah tu cuma dalam RM300-400 je (anggaran instalment utk umah low cost sebab aku cuma invest dlm umah low & medium cost je). Aku rasa kalo gaji korang dalam RM1K pun, tutup mata pun bank boleh bagi lulus tapi bab yg no 2 tu yg banyak kengkawan aku ‘kantoi’. Biasanya, bukannya diorg takde duit nak bayar tapi alasan ‘favourite’ diorg ialah sibuk dan takde masa nak ke bank utk bayar utang. “Baik aku bayar 2-3 bulan sekali..” kata diorang. Itu yg akhirnya rekod diorg kat dalam CCRIS tu jadik macam yg kat bawah ni dan bank memang cukup pantang dgn angka2 besar yg ada kat dlm ‘payment history’ tu sebab angka2 besar tu membawa maksud ‘dah berapa bulan korang tak bayar utang’. Itu lah sebabnya banyak loan kengkawan aku yang sangkut. Nasihat percuma dari aku, kalo korang nak merasa jadik jutawan.. pastikan nama korang ‘clear’ kat dlm rekod CCRIS ni. Senang je kan?… hehehe

5 Comments

  1. Aidi-Safuan January 29, 2010
  2. abang ensem January 29, 2010
  3. kemoning September 3, 2011
  4. Anuar June 9, 2012
  5. ilmam July 4, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge