Buku yang aku baca : Buku-buku tulisan Irfan Khairi

Beberapa tahun lalu, bila terpandangkan pada tajuknya (Jutawan Internet) apa yang aku dapat fikirkan ialah “ini tak lain tak bukan mesti nak promosikan sistem piramid”. Buat jejaka ensem (aku le tu) yang hanya memiliki sijil ‘Wordstar 5.0’ (versi asal Microsoft Word gamaknya), perkataan jutawan internet merupakan satu mitos dalam hidup aku. Mustahil la boleh jadi jutawan dengan hanya menjual produk/perkhidmatan je kat dalam talian. Siapa la yang nak percaya dan sanggup nak beli semua produk/perkhidmatan ni. Karang tak pasal-pasal kena ‘kencing’ baru padan muka. Namun setelah terjebak dengan saudara Khir dan Brader Mior yang memperkenalkan alam blogging dan ebook kepada jejaka ensem yang buta I.T ni, aku rasa tidak ada yang mustahil untuk mencapai taraf jutawan tu. Mungkin cepat atau lambat je. Untuk itu, apa yang perlu aku lakukan ialah mempelajari dan mendalami lagi ilmu yang berkaitan dengan perniagaan internet dan karya serta tulisan Irfan Khairi ini ‘terpaksa’ menjadi bacaan dan rujukan aku kini. Dengan bahasa mudah dan gaya penulisan yang menarik, bermulalah terma-terma seperti ‘autoresponder’, ‘affiliate’, ‘SEO’ bertapak di dalam kamus hidup aku. Segala-galanya aku pelajari dan praktikkan walaupun tidak sepenuhnya semata-mata bagi melihat samaada cara yang beliau tulis itu berkesan atau pun tidak dan alhamdulillah, hasil dan pulangan yang aku terima memang berbaloi dengan ilmu yang aku perolehi. Mungkin satu perkara yang aku agak kurang berpuashati dengan ketiga-tiga buku ini ialah, wajah si penulis jauh lebih kacak dari aku… aarrrgggghhhhh. TENSION BETUL!!!

AE : Kalau sebulan aku boleh jual 2 ebook yang berharga RM50 sebuah, maknanya aku hanya memerlukan 10 ribu bulan untuk jadi jutawan… hmmm. Tak mustahil kan?

4 Comments

  1. aslam January 23, 2011
  2. faizs January 23, 2011
  3. matjoe January 24, 2011
  4. waht January 27, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge