Awal pagi semalam sempat aku menghabiskan cuti hari merdeka dengan mengunjungi Subang Parade dengan niat ingin membeli bahan-bahan bacaan untuk bulan September nanti.
3 tajuk berjaya mencuri perhatian aku dengan genre yang sama sekali berlainan dari topik pelaburan mahu pun perniagaan internet. 2 tajuk bermotifkan motivasi namun satu lagi tajuk mengundang rasa ‘tak boleh blah’ di kalangan rakan-rakan facebook aku. Manakan tidak, “Diari Heliza Helmi” menjadi tajuknya. Namun mata bulat si penulis buku ini telah mampu memakukan perhatian aku walaupun berpuluh-puluh tajuk berada di rak buku-buku terkini di MPH Subang Parade.
Bagi korang yang jenis suka skodeng diari awek/kakak korang, pasti korang akan enjoy apabila membaca buku ini. Manakan tidak, buku ini mengkisahkan diari yang ditulis oleh bekas penyanyi AF5 ini semenjak tahun 2007. Pelbagai kisah diceritakan oleh beliau di dalam diarinya antaranya kisah ketuat besar yang ‘bermastautin’ di kakinya, kisah bagaimana beliau dan Mila AF tertidur di depan lif sehingga menimbulkan suasana havoc semasa show mereka di Brunei. Namun satu perkara yang pasti akan menghiasi setiap bab di dalam buku ini ialah betapa obsesnya beliau terhadap coklat, baik Cadbury Almond Nut mahu pun jenama Ferrero Rocher. Apa yang pasti jika aku berkesempatan bertemu dengannya, pasti coklat akan menjadi buah tangan aku untuk ‘membeli jiwanya’ nanti.. hehehe.
“Apasal lu gatai beli buku ni Bro?” soalan tak puas hati yang terkeluar dari mulut Man Kuala petang semalam.
Kerana :
-
Dapat meneutralkan otak aku yang sarat dan semakin tepu dengan graf-graf ekonomi dan teori-teori pelaburan melalui pembacaan buku-buku bercorak ilmiah. Sekurang-kurangnya dengan bahan bacaan santai ini yang disertakan dengan puluhan wajah comel Heliza mampu menenangkan otak dan jiwa aku secara tidak langsung.
-
Sebagai persediaan sebelum aku menjadi sepopular Heliza. At least melalui diari beliau sedikit sebanyak aku tahu la bagaimana rutin harian mereka yang bergelar selebriti ni.
-
Buku ini mampu memberikan idea kepada aku untuk penghasilan buku pertama aku nanti dan secara tiba-tiba tercetus pula ilham untuk menulis buku dengan tajuk “Diari kacak Abang Ensem”. Amacam, sempoi tak?
-
Mampu menyelami jiwa gadis bernama Heliza ni kerana di dalam buku ini banyak menceritakan tentang diri beliau yang sebenarnya. Jadi jika kami ‘ditakdirkan untuk bercinta’, setidak-tidaknya aku tidak akan kekok dengan sikap dan tingkahlakunya nanti.. hehehe.
AE : Agak-agaknya kalau “Diari Kacak Abang Ensem” berada di kedai buku, korang ada rasa nak beli tak? Dan buat Heliza (kalau dia terbaca entri ini), saya sertakan gambar ensem saya sebagai salam perkenalan buat awak.. hihihi.













Ohh tidakkkk (echo)…
Sempoi..memang terbaik.ayat jiwang tahap dewa
halif recently posted..Puduraya – Revisit
Sempoilah AE baca Diar Heliza Helmi..
Baguslah tu.. Sebagai persediaan sebelum AE terkenal nanti..
Idea yang Menarik tu bila nak tulis buku tentang “Diari Kacak Abang Ensem”.. hehehe..
Tapi takutlah nak baca.. Nanti orang rumah saya fikir lain macam pula..
P/s: Saya sedang mencari 50 penaja untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja, sila (Klik Di Sini)
Anuar recently posted..Tip Lulus Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Kalau jadi parenting blogger boleh gak nie bro….. high demand gak tau….
hazman aka species1980 recently posted..Konsert The Wanted untuk peminat di MALAYSIA
belum cuba belum tau. cubalah buat diari kacak abang ensem tu.
Sya Isya recently posted..EYRIQAZZ VS DENAIHATI
Sebagai persediaan sebelum aku menjadi sepopular Heliza. <– baiklah. statement ni memang siot.hahahahaha.
kalau tak salah, Heliza ni pun ada blog kan?
hehehe.. apa daa.. bagi la gambar yang tgh single..hehehe
boni kacak recently posted..Berpesta Dengan Gadis Murahan
buat aje. mesti ramai yang beli nanti..
ohcikgu recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
memang hensemlah bersama dengan baby baru
Juan recently posted..Tips Soalan Peperiksaan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Terbaik la Bro AE. Bawa baby jalan-jalan kat MPH.
ReM recently posted..Kisah Tanah Yang Tak Selesai
kalau “Diari Kacak Abang Ensem” berada di kedai buku, aku mesti beli punyalah
Denaihati recently posted..Liverpool vs Arsenal EPL 2012/13 Week #3
tak nak ah aku…hahaha
Zarul Umbrella recently posted..Aksi Kucingku
mmg ebook ni boleh buat duit
Zarul Umbrella recently posted..Aksi Kucingku