Buku Yang Aku Baca : How You Can Become A Multimillionaire Real Estate Investor

Another new segment yang aku nak masukkan dalam blog aku ni since ramai yang dok tanya aku tentang buku apa yang boleh diorang refer untuk invest dalam property ni dan sebagai permulaan, a book authored by Milan Doshi aku cadangkan sebagai bahan permulaan pembacaan korang.

About the author :

Siapa Milan Doshi ni? Bagi sesiapa yang tak tahu, mamat ni seorang yang punya nama besar dalam bidang ni. Setakat ni telah menghasilkan sebuah buku best seller bertajuk ‘How You Can Become Rich from the Property & Stock Market’ (pun aku dah beli). Selain menjadi seorang penulis, beliau juga seorang penceramah hartanah, dan seminar yang beliau conduct biasanya berharga dalam RM2K & above. Mahal tu beb..

Apa yang menarik dalam buku ni?

Ianya menceritakan basic things yang korang perlu tahu dalam pelaburan hartanah dan dimulakan dengan sesi interview dengan para pelajarnya yang telah berjaya dalam bidang ini. Sepertimana yang korang boleh baca dalam buku property lain, bab berikutnya berkisahkan kenapa dan apa untungnya korang melabur dalam bidang hartanah sebelum meneruskan penceritaan perihal bagaimana nak beli rumah, legal and tax issues, pembiayaan pinjaman oleh bank, ejen hartanah dan bagaimana nak menguruskan rumah sewa. Yang paling aku suka sekali dalam buku ni ialah semuanya berdasarkan konteks atau perspektif negara kita, Malaysia.

Harganya semasa aku beli dulu (2005) adalah RM69.90 tetapi ilmu yang aku perolehi dari buku ini.. tidak ternilai harganya. 

10 Comments

  1. kambingselam October 17, 2010
    • abangensem October 17, 2010
  2. fiz October 17, 2010
  3. eiman October 17, 2010
    • abangensem October 17, 2010
  4. zulk October 18, 2010
  5. nurse practitioner November 12, 2010
  6. abangensem November 13, 2010
  7. Rais February 7, 2011
  8. ayiekesunyian February 12, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge