“Bro, lu kata lu nak naikkan orang kita tapi takde pun buku tulisan orang kita yang lu suggest untuk kitorang baca ?” komen pembaca blog aku. Yes, perangkap aku sudah mengena. Ada yang tercabar dan terasa dengan ulasan terhadap buku-buku yang aku dah baca dan ianya sengaja aku lakukan untuk menyedarkan korang semua betapa kurangnya orang-orang kita menulis buku-buku ‘bestseller‘ yang berkaitan dengan subjek pelaburan dan kewangan. Apa pun sebenarnya masih ada penulis melayu yang mampu mengangkat tulisan mereka ke tahap bestseller dan antara yang paling famous, tak lain tak bukan saudara Azizi Ali. Namun buku bestseller yang ingin aku ulas kali ini bukannya dari beliau tetapi.. (korang lihat gambar kulit buku di bawah ini) :
Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagi Chef Li, bekas pengurus bank yang tak puas hati bila tengok penjual di pasar malam lebih ‘berduit’ dari beliau telah meninggalkan profesion ‘glamer’nya sebagai pengurus bank dan terus terjun ke dunia usahawan. Hasil kejayaannya dalam bidang keusahawanan di samping perkongsian ilmu dan pengalaman dari para usahawan bertaraf jutawan, telah menghasilkan satu ‘karya’ yang mampu menaikkan semangat sesiapa sahaja yang membacanya. Hasilnya, dalam kurang dari 24 jam, buku setebal 221 mukasurat ini telah berjaya aku khatamkan dan setiap kali aku rasa ‘down‘, buku inilah yang akan mengembalikan keyakinan dan semangat aku untuk terus melabur. Pada korang yang terasa nak beli, harga buku yang aku beli pada tahun 2004 ini hanya berharga RM29.90 (lebih RM9.90 dari harga ebook aku.. hehe) dan aku yakin, lepas je korang habis membacanya, mesti korang berterima kasih kat aku sebab mencadangkannya kat korang.
P/S : Satu benda yang aku belajar dari buku ni ialah ‘dimana berkumpulnya orang, disitulah lubuk duit akan terhasil’.
mmg bagus buku ni..malah telah diterbitkan dalam bahasa inggeris..silent millionaire..then ada buku kedua pula dari chef li..sesuai utk iks..bayangkan orang jual cendol pun boleh kaya..so dont under estimate peniaga pasar malam..
Salam..
selama ni menjadi silent reader dalam AE. start hari ni nak bersuara pulak..
saya dah baca buku ni.. memang terbaik and teruja gila nak berbisnes tapi tak kuat will untuk tinggalkan bidang kerja sekarang nie… especially bab org jual air boleh simpan ribu2 sehari, kampung baru, HOTSPOT.. adoi.. kita nak dapat ribu2 kais bulan abis bulan..
hmmm, rasanya ada buku ni kt library. boleh layan nnti
matjoe recently posted..Hidup Tenang Walaupun Berhutang oleh Shamsuddin Abdul Kadir Menurut Pembacaan Matjoe
buku nie yang cerita banyak pengalaman ttg jutawan senyap ke? kalo tak silap memang ada terbaca…siap khatam lagi…
Sir Marcello recently posted..Piala Malaysia Milik Red Warriors
Saya dah baca buku ni. Baca memang bersemangat. Tapi nak laksanakan kena benar2 cekal. Takut apa yang ada tercicir pula. Lastly hampes…
BUKU TERBAIK YANG SAYA PERNAH BACA.. KEBANYAKAN BUKU2 DI PASARAN MENGHIDANGKAN WORLD CLASS MILLIONAIRE SEBAGAI SAMPLE, NAMUN IBARAT MERENUNG DAN MENGGAPAI BINTANG DAN BULAN ..TANPA DISEDARI, MEREKA YANG DIPANDANG “LOW CLASS“ SEDANG MENANGGUK RATUSAN RIBU RINGGIT DGN KOS YG SGT MINIMA..MEREKA NAMPAK DAN MEREKA LIHAT..GERAMMMMMM.