
Ini satu lagi buku tulisan orang tempatan dan kalau dah orang Malaysia yang tulis maknanya suasana dan senarionya bolehlah kita guna pakai. Buku yang aku beli 2 tahun lepas ni (2008) sesuai untuk korang-korang yang baru nak kenal apa itu pelaburan hartanah. Macam buku-buku property investment yang lain, mukadimahnya menceritakan perkara yang sama je iaitu apa itu pelaburan hartanah, kenapa korang kena pilih pelaburan ini, jenis-jenis hartanah dan 1001 topik bagi seorang beginner tetapi apa yang aku tertarik tentang buku ini ialah ianya menceritakan tentang strategi-strategi yang terdapat dalam pelaburan ini dan disertakan dengan contoh-contohnya sekali. Antara strategi-strategi yang diterangkan dalam buku ini ialah :
Flipping Strategy :
Kalau dah nama ‘flip’ tu maknanya pembelian untuk tempoh yang singkat le. Tujuannya tak lain tak bukan untuk mendapatkan keuntungan segera dan bagi orang yang macam aku yang tak berminat nak jadi kaya, strategi jenis ini amatlah tidak sesuai dengan matlamat aku tapi kalau korang yang bercita-cita nak jadi kaya, korang boleh guna strategi ni. Strategi ni amat sesuai dengan kawasan hot spot seperti Mont Kiara dan Hartamas. Bila ada je rumah yang dah siap, cepat-cepat je iklan ‘For Sale’ digantung.
Buy & Hold Strategy :
Aku rasa korang pun tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘beli’ dan ‘tunggu’ ni punya strategi. Biasanya jenis ni bersesuaian dengan lokasi hartanah yang dijangka akan naik. Sebagai contoh korang boleh tengok kawasan Setia Alam. Ramai yang beli kat sini tengah tunggu je masa yang sesuai untuk let go rumah yang diorang dah beli sebab area ni valuenya cepat naik.
Cashflow Strategy :
Strategi ni amat bersesuaian dengan matlamat aku yang cuma nakkan passive income. ‘Nak beli je tapi haram tak mau jual’ walaupun ada yang offer untuk beli dengan harga yang agak ‘menarik’. Biasanya lokasi untuk strategi jenis ni ialah kawasan-kawasan yang dah fully developed seperti Shah Alam dan Subang Jaya yang mana setiap rumah yang kosong, akan berebut orang nak menyewanya.
Itulah serba sedikit info yang dapat aku kongsikan dan kalau korang nak tahu dengan lebih detail lagi, sila dapatkan buku ni dari toko-toko buku berhampiran dan harga yang aku beli dulu hanyalah RM36.90.
Selamat membaca.
author ni mmg sangat hebat. dari seorang guru sekolah biasa, menjadi remisier dan akhirnya menemui kebebasan kewangan dan dpt membantu ramai orang sebagai property guru.
saya sangat respek dr peter yee
Semua orang ada kehebatan masing-masing termasukla Cik Rohaniah.. hehe
will consider utk beli jadikan koleksi
matjoe recently posted..The Millionaire Chronicles by Azizi Ali Menurut Pembacaan Matjoe
Faveret word dari Dr Peter Yee… Hantam!
ctfarazila recently posted..Listing Rumah Lelong