Buku yang baru aku beli : Mudahnya Bisnes Dengan BLOGSHOP

Buku ni baru je aku beli tengahari tadi dan aku masih belum habis lagi membacanya tapi apa yang aku suka bila membacanya ialah penggunaan bahasa mudah  dan bukannya jargon-jargon IT yang sememangnya aku tak faham dan berminat langsung bila membacanya.

Comel tak gambar awek yang kat lappy aku tu?

Kenapa aku beli buku ni?

Sebab tertarik dengan cover buku ni. Berkilat-kilat beb.. hahaha (melawak je). Sebab utamanya ialah nak tengok sejauh mana keberkesanan blog untuk untuk dijadikan penjana pendapatan kita. Mana taknya, baru-baru ni aku diberitahu oleh awek kawan aku yang abangnya, seorang jurutera di syarikat petroleum sanggup berhenti kerja dengan gaji akhir sebanyak RM20K sebulan, semata-mata nak beri tumpuan kat bisnes internetnya. Gila tu beb.. gaji banyak tu pun sanggup berhenti. Aku yang baru bergaji ciput pun pikir 2-3 kali nak berhenti sebab kalau aku berhenti, sape lagi yang awek-awek kat dalam LRT nak usha nanti.. hahaha. Apa-apa pun aku tak boleh nak komen panjang tentang buku ni sebab belum habis baca lagi tapi apa yang aku boleh katakan… intro dia memang ‘kelas’ beb.

Siapa penulisnya dan berapa pulak harganya?

Penulisnya bernama Zamri Mohamad. Sepertimana Shamsuddin Abdul Kadir yang dahh menulis banyak buku berkaitan kewangan, mamt ni pun dah ada 15 buku yang dah ditulis, antaranya Buat Duit dengan YouTube, Rahsia Bisnes Mamak dan lain-lain lagi. Harganya pulak – RM22.00 je. Kalau nak yang ‘ori’, korang boleh carik kat MPH dan masa aku beli kat MPH Bukit Raja tadi, ada lagi 9 buah yang belum terjual.

AE : Kalau sebelum-sebelum ni, aku dok citer buku yang dah 7-8 tahun takde kat pasaran, untuk kali ni aku cerita pulak buku yang baru masuk pasaran supaya takde lagi yang mengeluh susah nak carik buku ni.

Related posts:

  1. Buku Yang Aku Baca : You Can Become Rich in Property
  2. Buku Yang Aku Baca : Rich Dad Poor Dad
  3. Buku Yang Aku Baca : A Million Bucks by 30
  4. Buku Yang Aku Baca : The Money Guide
  5. Buku Yang Aku Baca : Menjejaki Jutawan Senyap
This entry was posted in book. Bookmark the permalink.

One Response to Buku yang baru aku beli : Mudahnya Bisnes Dengan BLOGSHOP

  1. Mayor says:

    Bro, share skit content dlm buku BlogShop tu, macam menarik jer…kat penang tak jumpa lagi buku tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge