Bulat Mata Tak Percaya !!

Semalam sempat aku berbual dengan engineer aku yang baru balik dari site di Miri. Beliau yang mengetahui yang aku baru sahaja mengadakan kelas hartanah bulananku, melontarkan soalan berikut kepadaku,

“Bang, relevan lagi ke kelas Abang? Kan harga rumah dah makin mahal dan susah kalau nak dapat positive cashflow kalau dibagi sewa”

Aku senyum dan memandang beliau yang beralih mengadap ‘lappy‘nya seraya berkata,

“Cuba kamu buka www.mudah.my sekarang. Aku tunjukkan cara paling simple untuk kamu dapatkan apa yang kamu kata mustahil tadi”

Lalu step berikut aku ajari beliau :

  1. Pilih lokasi yang menjadi idaman beliau. Lalu, “Seri Kembangan” dipilihnya.
  2. Limitkan harga yang dipilih dari “0 – 100,000” ke atas hartanah yang berada di kawasan yang diingini. Lalu, muncullah beberapa buah apartment, low dan medium cost dan salah satu menjadi pilihan beliau adalah medium cost apartment dengan tanda harga sebanyak RM76,500 sahaja.
  3. Aku paksa beliau melihat kadar sewaan apartment tersebut di website yang sama. Bingo !! Kadar sewaan apartment tersebut berlegar di sekitar RM600 – RM650.
  4. Lalu aku minta pula beliau untuk klik website imoney.my bagi melihat jumlah instalmen yang perlu beliau bayar sekiranya beliau membuat pinjaman sebanyak RM68,850 (90% margin) untuk tempoh 30 tahun dan instalmennya bakal menjadi antara RM344 – RM359.

Sambil mengutum senyuman aku berkata kepada beliau,

“Nah, siapa kata mustahil untuk mendapatkan harga rumah yang murah dengan positive cashflow yang kamu kata mustahil tadi? Furthermore, mari aku kirakan ROI sewanya kalau kamu berminat nak tahu”

Bulat mata beliau apabila aku mengunjukkan jumlah berikut yang tertera pada kalkulator aku,

ROI –> 9.41% – 10.19%

Image result for terkejut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge