Burlesque

Korang suka tengok wayang tak? Aku rasa mesti ramai yang suka kan? Tak kira la tengok dengan awek ke, ‘skandal’ korang ke atau kalau yang jenis ‘baik’ macam aku, usung satu family sekali ke panggung tapi kadang-kadang tu kalau tiba mood gila aku datang, sorang-sorang pun aku layan juga especially kalau cerita yang aktornya Andy Lau atau pun Ekin Cheng (chinese movie la tu).

Last week, entah macamana aku boleh ‘terlayan’ cerita yang memang aku tak plan nak tengok pun, Burlesque nama tajuknya. Korang pernah dengar tak nama filem ni? Filem berkategorikan 18SX ini dilakonkan oleh barisan penyanyi seperti Cher (sape yang lahir sezaman dengan aku mesti kenal penyanyi ni) dan juga Christina Aguilera. Sekali bila cerita start rupa-rupanya filem ini bertemakan drama muzikal tentang penari kelab malam.. huhuhu, I likeee!!!

Sarikata disediakan bagi yang tak fasih berbahasa Inggeris seperti aku.. hehehe

Namun bukan cerita tentang liuk lentuk si penari yang nak aku ceritakan kat entri ni sebaliknya tentang pentingnya berfikir dengan minda jutawan yang nak aku kisahkan kat korang. Kalau dalam kebanyakan buku yang aku baca mengetengahkan tentang setiap masalah yang berlaku biasanya akan mencipta peluang untuk berjaya, dalam cerita ni pun ada pengajaran yang hampir sama. Kisah bagaimana pemilik kelab malam tersebut (Cher) terpaksa berdepan dengan kemungkinan tapak/tanah dan kelab malamnya dilelong oleh pihak bank dan pada masa yang sama ada pulak mamat jutawan yang cuba menawarkan USD1 juta untuk membeli tapak/tanah kelab malam dia dan melangsaikan hutang banknya. Kalau difikir-fikirkan amaun tu sudah cukup untuk menyelamatkan dirinya dari kemungkinan muflis sebaliknya salah seorang penari di kelabnya (Christina Aguilera) berjaya menyelamatkan kelabnya dan menyebabkan si pemiliknya bertambah kaya dengan cara ‘minda jutawan’ beliau berfikir. Walaupun di akhir cerita tidak menyebut  bagaimanakah cara dia menyelamatkan kelab tu tapi dengan kemahiran otak aku berfikir, cara berikutlah yang aku rasa digunakan oleh beliau dalam membantu meningkatkan keuntungan majikannya. Beliau telah menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk membangunkan kondominium di atas tapak/tanah kelab tersebut dengan syarat pemilik baru sanggup untuk membantu melangsaikan hutang bank majikannya dan seterusnya membenarkan kelabnya untuk terus beroperasi di kondominium tersebut tanpa sebarang bayaran sewa.

Tidakkah ini yang dinamakan ‘win-win situation’? Tapi kalau aku la, akan aku tambahkan satu lagi syarat yang boleh menambahkan lagi kekayaan aku iaitu :

Minta beberapa unit kondominium tersebut dan akan aku sewakan kepada pekerja-pekerja kelab tersebut supaya duit yang keluar dari poket kiri aku akan masuk pula ke poket kanan aku (korang faham tak maksud kata-kata aku ni?)”

AE : Aku ingat bila masuk panggung, bolehlah aku merehatkan otak aku sebaliknya cerita ini lebih membuatkan aku untuk terus berfikir. Patutlah aku di antara 3 orang yang menjadi penonton cerita ini ketika itu.. huhuhu.

6 Comments

  1. al_husni March 2, 2011
  2. MiZz Bananaz March 2, 2011
    • ardi_starob March 2, 2011
      • tomato March 2, 2011
  3. waht March 2, 2011
  4. noriz March 2, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge