Petang Rabu lalu, aku telah menerima satu jemputan dari seseorang untuk berceramah. Walaupun belum mendapat kata putus secara rasmi dari pihak penganjur, tetapi ianya sudah cukup menggentarkan aku. Manakan tidak, 1000 khalayak, 1 penceramah dan 2 jam tempoh yang diberikan. Menggigil juga untuk dibayangkan.
Atas sebab itu, aku cuba melihat jadual hujung minggu aku di cellphone diaryku dan tatkala jadualku aku lihat hanya satu ayat yang mampu aku ucapkan, “Ya Allah packnya jadual aku sehingga pertengahan bulan Mei”, ditambah pula dengan keberhasilan miting bersama ikon hartanah tanahair petang semalam bakal menambahkan lagi kesibukan aku.
Manakan tidak, jika diambil kira persetujuan yang telah dicapai, kesibukan hujung minggu aku hanya akan berakhir penghujung Oktober nanti dan nampak gayanya aku akan berhujung minggu di merata negeri di Semenanjung Malaysia ini.
Terima kasih buat ikon hartanah tersebut yang telah mempercayai aku untuk projek ini. Akan aku usaha untuk memberikan yang terbaik walaupun aku hanyalah dari kalangan speaker hartanah ter’ensem’ dan bukannya yang terbaik di Malaysia.
AE : Ini belum lagi dikira kesibukan aku sebagai Pengurus Perhubungan (PR Manager) ‘Retis’ di bawah ni.












patut laah busy.. syukurlah banyak job.. takpe, aku gi ngopi dengan Baby dulu…
KiD recently posted..Shakiddo Bakal Jadi Penggusti?
busy banyak job takpe bro.
khairul asrol recently posted..Lagi-lagi Invitation Dari Nuffnang. Tiket Wayang Percuma!
Abang ensem memang ensem…
pss: Nak pakai asisstant tak untuk tour Malaysia nanti… ;P
Rezduan Bakar recently posted..Khas: Rahsia dan Prinsip Perniagaan Orang Cina
tak lawan raksasa tak boleh clain bz tahap gaban lagi derr
matjoe recently posted..Brooks Half Marathon 2013 – 10km yg telah lama tertangguh
Busy betul Ae.. Ala kacang jer 2 jam bagi AE berucap.. All The best AE..
Nurul recently posted..Wordless Wednesday: Sahabat
Alhamdulillah.. rezeki tu…
elieza recently posted..E-filing done.
sibuk tapi duit masuk banyak kira ok lagi bro.
hasil keras bro selama ni nampaknya sudah mendatangkan hasil
Ladfe Amir recently posted..Panduan Mengisi Borang
Rezeki AE semakin murah…
Setakat nak ayat 2 jam apa laa sangat…
Kan kalau tackle awek pun ambil masa berhari-hari… ha ha..
fazrol recently posted..Politik! Anak Beranak tuduh menuduh!
ada urusan itu lebih baik dari xda urusan, itulah sumber AE, betul x
Juan recently posted..Menjadikan Personal Computer (PC) Sebagai TV Dengan KWorld TV Tuner
ooo AE pergi jugak yer program ni..hehe
Hafizul recently posted..Ulangtahun Perkahwinan