Siapa sangka dari menulis sekadar hobi ketika di dalam LRT akhirnya mampu membuatkan aku berhenti kerja dan bila difikirkan kembali, kadang-kadang seakan tidak percaya apabila income yang terhasil dari blog ini mampu menyamai gaji bulanan aku. Teruja dengan semua yang berlaku, maka terhasillah ebook ini yang menceritakan secara terperinci bagaimana aku mampu menjana income yang bukan sedikit sedangkan pada hakikatnya, aku adalah seorang yang buta IT.
Malah cadangan asalku sebenarnya, ingin menjadikan ‘Buta IT Celik Ringgit’ sebagai buku fizikal yang bakal menghuni rak-rak di kedai buku tetapi setelah diperhalusi dan dibincangkan dengan beberapa rakan rapatku, mengapa tidak untuk aku jadikannya tajuk ‘viral’ di ruang maya terlebih dahulu. Ya, bunyinya seakan sukar tetapi TIDAK MUSTAHIL. Rangkuman kisah hidupku sebagai blogger dan rentetan strategiku di dalam menaikkan jenama abangensem telah aku kisahkan dalam ebook ini.
Memang genre ebook kali ini terlalu berbeza dari ebook-ebook hartanahku tetapi ini tidak bermakna yang strategi yang ada di dalamnya tidak boleh diguna pakai dalam senario pelaburan hartanah, kerana bagi aku strategi dan promosi adalah satu aspek yang boleh diguna pakai dalam semua bidang. Sebagai contoh, di dalam ebook ini telah aku ceritakan bagaimana networking berperanan di dalam meng’glemer’kan abangensem dan aku yakin yang networking juga mampu memberikan input berguna kepada korang yang baru di dalam pelaburan hartanah cuma apa yang diperlukan adalah sedikit idea dan cara untuk disesuaikan dalam konteks senario korang. Insyaallah jika korang dapat menyesuaikannya, sesuatu yang mustahil pada mulanya, akan berakhir menjadi sesuatu yang pasti hasilnya.
Jadi bermula hari ini, ebook terbaru aku ini dibuka untuk jualan dan harga yang aku tetapkan adalah RM30 bagi sebuah buku dan jika korang membeli kesemua 5 buah ebook aku, maka diskaun RM15 akan diberi menjadikan jumlah yang korang perlu bayar hanyalah RM100. Ingat, diskaun ini hanya diberikan kepada mereka yang membeli kesemua 5 buah ebook aku. Berminat nak beli? Sila klik SINI.
Bagi mereka yang tersenarai di bawah ini, mereka adalah 20 orang pertama yang telah meng’e-mail’ aku sebelum ini yang telah melayakkan mereka membeli ebook aku ini pada harga RM20 dan amaun tersebut perlulah dimasukkan terlebih dahulu ke akaun Maybank bernombor 562731109132 sebelum penghantaran ebook ini dilakukan. Mereka yang bertuah itu adalah :
AE : Sedang mengusahakan ebook terbaru berkaitan kaedah dan teknik yang aku guna pakai bagi mendapatkan rumah di bawah harga pasaran.












sungguh bertuah diri ini..wakakaka
jeff kacak recently posted..Dresses inspired by popular internet brand
Wah tahun depan x pyh byr tax.. Jimat byk tu..!
adam dzirhan recently posted..Kepentingan Kereta & Rumah
Tak terpilih plak.. Sedey… He he..
Fazrol recently posted..Iftar anjuran Denaihati dan Sweetkurma bersama media dan rakan blogger!
assalamualikum abang ensem… dari buta IT jadi celik Ringgit bunyinya memang menarik je …:)
maszull recently posted..Mencabar Kesabaran Ni…
tak sabar nk tunggu buku nieh dah order dah …
tetiba tertarik dengan buku nieh
namia recently posted..Betul Ke Blogger Sekarang Terlalu Manja
Wowww bestnyer..
Beruntung 20 yg bertuah dapat beli pada harga diskaun..
Kalau ada antara list tu yg taknak, MJ nak ye…heheeee
Myra Jay recently posted..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
Murah untuk pembeli pertama.
azman recently posted..Kisah Hidup Saya – Karangan Budak Sekolah
Owh..dah bley beli ek…nanti nadot transfer duit…
Nadot recently posted..Hainan Tea Garden, Jusco Taman Maluri
Jangan tersalah transfer nadot.. hehe
halif recently posted..Peluang Memiliki Lot Tanah Banglow Harga Murah!
tahniah bro
Zarul Umbrella recently posted..7 Sebab Kenapa Aku Kembali Menyanyi
best best
Juan recently posted..Kill the Two Birds With One Stone
tunggu dapat bonuslah dulu..hehe..
ohcikgu recently posted..Final Badminton Olimpik 2012 – Lee Chong Wei vs Lin Dan