Cabaran Buat Landlord Ensem

Aku dapat rasakan akan kekaguman dan keterujaan anda tatkala membaca betapa mudahnya pelaburan hartanah ini. Baik menerusi pembacaan di blog ini, blog rakan-rakan pelabur mahu pun kisah-kisah yang dikongsikan di FB sepertimana coretan di bawah :

Cashflow Strategy

Bukan untuk menakutkan, jauh sekali menghalang. Namun, semuanya tidak semudah yang disangka.

Untuk pengetahuan anda, secara personal perkara paling sukar yang aku hadapi di dalam pelaburan hartanah bukanlah mencari rumah below market, jauh sekali mengenal pasti lokasi hot idaman penyewa, sebaliknya menghadapi kerenah penyewa adalah perkara paling payah yang terpaksa aku dan pelabur-pelabur lain tempuhi. Buktinya pertanyaan terbaru yang diajukan kepada aku semalam ini.

Masalah Penyewa

Ya. Bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya jika ugutan di atas diterima oleh seorang landlord, apatah lagi jikalau landlord itu seensem aku. Malah, bagi pelabur yang kecewa dengan situasi di atas, ianya boleh menjadi asbab mereka terpaksa ‘cuci kaki’ dari dunia pelaburan hartanah berkonsepkan sewaan ini walaupun dijanjikan pulangan yang me’masyuk’kan kerana apa guna wang ringgit yang berkepuk jika rambut semakin banyak yang gugur dek kerna memikirkan masalah penyewa seperti ini.

Justeru, bagi anda yang serius dan tegar untuk meneruskan ‘kerjaya’ sebagai seorang landlord, nasihat aku.. belajarlah menguruskan kerenah penyewa ini menerusi konsep sublet sehinggalah anda benar-benar yakin dan jitu dengan keinginan anda untuk melabur bagi mendapatkan pendapatan menerusi sewaan bulanan. Setidak-tidaknya jika anda kecundang dengan kerenah penyewa sublet anda, anda hanya perlu memulangkan kembali rumah tersebut kepada pemiliknya. Settle.

AE : Nasib baik aku masih kekal berwajah keanak-anakan walaupun sudah pelbagai kerenah penyewa yang aku hadapi.. hehehe.

P/S : Sila klik pada perkataan sublet di atas bagi mengetahui seminar sublet paling murah ketika ini (bukan seminar aku sebaliknya sekadar tolong promote seminar kawan-kawan).

11 Comments

  1. dayah October 8, 2013
  2. Nadot October 8, 2013
  3. Corleone Chong October 8, 2013
  4. Farid Adam October 8, 2013
  5. syah October 8, 2013
  6. blogger lelaki October 8, 2013
  7. yaya October 8, 2013
  8. norizan ismail October 8, 2013
  9. Wida October 8, 2013
  10. Azizul Azli October 8, 2013
  11. HomeStay Shah Alam October 10, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge