Chef Jo : Dari Kulinari ke Dunia Aplikasi

 

Siapa yang tidak kenal kepada pemilik nama Chef Jo atau Papa Jo. Seorang chef juri yang telah diglamkan menerusi rancangan kesukaan ramai, MasterChef semenjak musim pertama lagi. Gaya tenang, pertuturan lembut dan raut muka yang jernih telah membuatkan nama beliau meniti dari bibir ke bibir penonton rancangan tersebut.

Semalam aku telah dijemput untuk bersua muka dengan Chef Glam ini yang telah mengorak langkah ke satu dunia tanpa sudip dan sudu, tanpa garfu dan pisau serta tanpa apron dan topi koki.

Abang Ensem & Chef Jo

Ya, aku antara mereka yang bertuah yang telah menyaksikan pelancaran aplikasi baru Chef Jo versi android yang ternyata mengujakan aku. Siapa sangka seorang chef yang berada di balik tabir mampu menerokai dunia aplikasi yang masih lagi asing bagi warga Malaysia. Ternyata visi dan misi pemilik nama Moh Johari Edrus ini amat mengagumkan aku. Jika anda berpeluang mencuba aplikasi beliau, pasti akan lahir satu kepuasan tatkala resepi setiap hidangan dikongsi, malah jika anda meneruskan eksplorasi aplikasi beliau, pasti anda akan terkejut melihat 1001 petua masakan yang agak jarang kita ketahui.

Aplikasi Chef Jo

Jadi, buat para pencinta dunia kulinari, pastikan aplikasi Chef Jo ini menghiasi kad memori android anda dan cara paling mudah untuk memilikinya ialah dengan mencari kata kunci “Chef Jo” di Play Store anda dan setelah aplikasi itu anda temui, anda hanya perlu klik “install” sahaja bagi memilikinya. Mudah bukan?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge