Comel betul cikgu-cikgu pompuan sekarang ni..

Cuba teka yang mana satu anak aku??

Pagi semalam aku kembali ke sekolah tapi bukan sebagai pelajar tapi sebab nak menghantar dan membayar yuran sekolah anak aku. Sementara menunggu giliran, sempat jugak la aku meng’usha’ cikgu-cikgu pompuannya. Uishhh makin mengancam cikgu-cikgu pompuan sekarang ni. Kalau aku la anak muridnya dah tentu bersemangat aku nak pergi sekolah tiap-tiap hari.. hehe.

Korang jangan seronok pulak sebab aku bukan nak bercerita pasal cikgunya tapi lebih kepada perjalanan anak-anak kita (bagi korang yang ada anak). Aku tak tahu la samaada korang pernah terfikir macam yang aku dok fikir sejak anak aku mula lahir dulu iaitu berapa banyak kos pendidikan diorang ni pada masa akan datang dan bagaimana aku nak menampung kos pendidikan diorang pada masa tu. nanti Kalau zaman aku dulu, bapak aku akan mengenepikan RM10 dari gaji dia setiap bulan semata-mata nak menanggung kos pendidikan aku tapi kalau ikut nilai sekarang RM100 pun aku rasa belum tentu cukup ditambah pula dengan anak aku yang ada 2 orang tu. End up, aku sign up la takaful pendidikan untuk anak-anak aku tu dan amaun yang aku insuredkan tu pun aku rasa cukup-cukup untuk cover kos pendidikan universiti awam tempatan. Apa kata kalau diorang tak dapat nak ke IPTA? Yang swasta la pulak jadi penggantinya dan kosnya pulak aku rasa belum tentu dapat ditampung dengan jumlah takaful pendidikan yang aku insuredkan tu. So, apa yang aku buat? Yes, beli rumah dan suruh penyewa aku untuk menabung secara tak langsung untuk yuran pengajian IPTS anak-anak aku tu nanti.

Meh kita tengok contoh yang aku dok pikir masa anak aku lahir dulu :

Katakanlah korang ada beli sebijik apartment pada harga RM100K manakala loannya korang dapat dalam RM90K selama 30 tahun. Cukup umur anak korang tu 17 tahun dan disebabkan anak korang tu hanya layak ke IPTS yang belanjanya agak besar, terpaksa la korang refinance apartment tu dan let say la market value time tu dah cecah RM150K, maknanya 70% loan yang korang bakal dapat tu jumlahnya ada la dalam RM105K dan katakanlah pada masa tu baki loan pertama korang tu ada dalam  RM43K (selepas 17 tahun). Maknanya lebihan yang korang bakal dapat ada la dalam RM62K. Dengan RM62K tu dan ditambah pula dengan takaful pendidikan yang korang bayar tiap-tiap bulan dari masa diorang kecik lagi, rasa-rasanya terbeban tak korang pada masa tu nanti? Silap-silap haribulan masa tu, pinjaman PTPTN pun korang dah tak pandang.

AE : Cikgu pompuan paling lawa yang sempat aku usha masa tu namanya Cikgu Siti. Kenapa la semua pompuan yang lawa-lawa pangkal namanya mesti ada Siti??

17 Comments

  1. propertywaltz.com January 4, 2011
    • abangensem January 4, 2011
  2. Syahman January 4, 2011
  3. fiz January 4, 2011
  4. aslam January 4, 2011
  5. algu January 4, 2011
    • abangensem January 4, 2011
  6. samanosuke_04 January 4, 2011
  7. Kujie January 4, 2011
  8. hawa January 5, 2011
  9. matjoe January 5, 2011
  10. man kuala January 5, 2011
  11. ctfarazila January 7, 2011
  12. quzaini January 29, 2011
  13. ani February 26, 2011
  14. Arieon March 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge