Contest Birthday AE – 2013

 

Semalam genaplah usia aku 39 tahun (jika mengikut kad pengenalan) dan 23 tahun jika paras rupa jadi ukuran. Hampir menitis air mata aku pabila melihat hampir 300 orang mengucapkan selamat dan barakah ke atas aku untuk hari-hari mendatang, baik menerusi e-mel, sms, mesej di Facebook mahu pun panggilan telefon yang sengaja dibuat. Terasa bagaikan diri ini Aaron Aziz bila layanan sebegini yang aku terima.. hehehe.

Dan bersempena dengan ulang tahun kelahiran aku yang ke 39 ini, ingin aku anjurkan satu contest mudah buat para pembaca blogku. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah memilih satu entri yang paling menarik perhatian korang di dalam blog aku ini dan nyatakan juga sebab entri itu dipilih di ruangan komen di bawah. Seorang pemenang bakal dipilih berdasarkan sebab yang unik dan mampu menjentik rasa teruja aku nanti. Mudah bukan?

Dan hadiah yang bakal korang terima ialah KEHADIRAN SECARA PERCUMA ke seminar hartanah aku pada 7 Julai nanti dan juga sebuah buku seperti dalam gambar di bawah :

Hadiah berupa sebuah buku karya Emrull Iqbarullah bertajuk "Jana Wang Dari Hartanah"

Hadiah berupa sebuah buku karya Emrull Iqbarullah bertajuk “Jana Wang Daripada Hartanah”

Tarikh tutup penyertaan adalah hari Ahad ini (30 Jun 2013) jam 12 tengahari dan pemenang akan aku maklumkan sehari kemudian.

AE : Pemilihan pemenang tidak akan dilakukan berdasarkan gender. Jadi buat para gadis, jangan konfiden sangat yang aku akan pilih awek sahaja sebagai pemenang.. hehehe.

20 Comments

  1. azrijohan June 28, 2013
  2. Anuar June 28, 2013
  3. SiGadis Yuyu June 28, 2013
  4. Amoi Eton June 28, 2013
  5. Amoi Eton June 28, 2013
  6. Aina June 28, 2013
  7. halif June 28, 2013
  8. Juan June 28, 2013
  9. sohoque June 28, 2013
  10. kucinghitam June 28, 2013
  11. Nadot June 28, 2013
  12. fazrol June 28, 2013
  13. zuan June 28, 2013
  14. yangbaik June 29, 2013
  15. elly-daily June 29, 2013
  16. Nizam June 29, 2013
  17. Hafizul June 30, 2013
  18. Bidadari July 2, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge