Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com

Di usia 27 tahun, barulah aku merasa memegang bunga api.

15 tahun yang lalu iaitu ketika usia aku di sekitar 12 tahun, bermain bunga api dan mercun merupakan satu aktiviti wajib rakan-rakan sekolahku bagi menyambut kedatangan Syawal tetapi tidak bagi aku. Ini kerana kedua ibu bapaku melarang keras untuk aku menyentuh bahan bakar tersebut. Kata ugutan seperti “karang kalau jari ‘boboi’ (nama manja aku masa kecik) putus, macamana ‘boboi’ nak kawen?” dan bila aku tanya “kenapa pula ‘boboi’ tak boleh kawen? Kawen bukan pakai jari tapi pakai aqad la ma (singkatan untuk mama)”. “Ye la, kalau jari dah putus macamana mak mentua ‘boboi’ nak sarungkan cincin ke jari ‘boboi’ nanti” dan aku yang  masih ‘ranum’ ketika itu mempercayai bulat-bulat ‘nasihat’ yang diberikan kepadaku.. hehehe.

Hadiah sebagai tanda kasih dari seorang isteri.

Namun pada Syawal kali ini, aku merupakan insan paling bertuah kerana isteri kesayangan telah menghadiahkan sekotak penuh bunga api demi menggembirakan hati suami yang disayanginya dan seperti ‘ibarat menerima lamaran Lisa Surihani’, hati aku  mula berbunga dan perasaan sayang terhadap isteri ‘tercinta’ kian bercambah di atas pemberian bunga api ini. Lalu sepanjang malam raya kali ini, hidup aku kian ceria dan berseri-seri sepertimana bercahayanya nyalaan bunga api ini kerana hampir setiap malam aku mengenepikan ‘rancangan-rancangan tv raya’ semata-mata untuk bermain bunga api dan aku boleh rasakan yang korang dapat melihat kegembiraan aku tu dari riak wajah aku melalui gambar kat atas tu (so sweeeet kan muka aku?). Jadi bila shakiddo.com dan hazmanfadzil.com sudi menaja hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100 bagi entri “Contest Duit Raya Ceria Aidil Fitri 2011” ini, maka aku rasa aku tidak sepatutnya melepaskan peluang menyertainya kerana dengan hadiah kemenangannya nanti (tak kira la samaada RM50, RM30 atau pun RM20), bolehlah aku membeli ‘mercun katak’ pula untuk sambutan Hari Raya Haji nanti. So, korang doa-doakanlah kemenangan aku ni (sambil menadah tangan ke langit).

P/S : 27 tahun tu adalah umur aku mengikut paras rupa sebab kalau ikut kad pengenalan, usia terkini aku adalah 17 rahsia…

AE : Korang rasa aku boleh menang tak? Kalau korang nak tahu siapa saingan aku, sila terjah ke blog ini.

14 Comments

  1. eyriqazz September 12, 2011
  2. JAI @ JEJAI September 12, 2011
  3. ariff September 12, 2011
  4. Nurul September 12, 2011
  5. ardi_starob September 12, 2011
  6. madammondoq September 12, 2011
  7. aslam September 12, 2011
  8. matjoe September 12, 2011
  9. che mas September 12, 2011
  10. hazman aka species1980 September 12, 2011
  11. Zarul Umbrella September 12, 2011
  12. juanita September 13, 2011
  13. Pacifista September 13, 2011
  14. KiD September 18, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge