Contest Lagi..

Contest pertama aku dah pun selesai dan seperti yang dijanjikan satu lagi contest bakal mengambil tempat. Hadiahnya sejumlah wang yang amaunnya cuma sedikit lebih jika dibandingkan dengan contest sebelumnya cuma kali ini aku cuba masukkan elemen ‘bonus’ yang mungkin tidak terkira nilainya.
Jika dalam contest sebelumnya, aku memberi peluang kepada para pembaca blog aku untuk menghentam dan mengutuk aku dari pelbagai sudut, maka contest kali ini aku ingin korang memuji, mengampu dan membodek aku pulak semaksimum mungkin. Tajuk untuk contest kali ini ialah “NASIB BAIK AKU BELI eBOOK ABANG ENSEM“. Contest kali ini  terbuka kepada semua pembaca blog aku terutamanya kepada mereka yang telah membeli ebook aku sebab kalau korang tak beli macamana korang nak ceritakan apa yang ada dalam ebook aku tu. So, korang boleh ceritakan kebaikan yang korang dapat dari ebook aku tu samaada untuk dijadikan panduan atau pun memberi semangat kepada korang untuk melabur di dalam pasaran hartanah. Bagi korang yang mempunyai blog, korang boleh buat satu entri menceritakan kebaikan ebook aku di dalam blog korang dan pastikan yang korang tinggalkan link blog korang di ruangan komen kat bawah. Sementara itu bagi mereka yang tidak mempunyai blog, korang boleh e-mailkan artikel yang berkaitan ke e-mail abangensem98@gmail.com.

Habuannya :

Pemenang 1 – RM100.00 tunai + ebook terbaru aku.*
Pemenang 2 – RM  50.00 tunai + ebook terbaru aku.*
2 pemenang saguhati – RM25.00 tunai + ebook terbaru aku.*

* ebook terbaru aku berkemungkinan akan dipasarkan pada penghujung Oktober/awal November ’10.


Bonus bagi pemenang yang mempunyai blog :


Pemenang 1 – Tambahan 10% dari komisyen yang sedia ada dalam program affiliate ebook aku**
Pemenang 2 – Tambahan 5% dari komisyen yang sedia ada dalam program affiliate ebook aku**
2 pemenang saguhati – Tambahan 2% dari komisyen yang sedia ada dalam program affiliate ebook aku**


** Program Affiliate eBook aku berkemungkinan akan diperkenalkan seawal bulan Oktober ’10 nanti.


Tarikh tutup : 30/09/10 @ 12 tengahari.


Jadi, apa tunggu lagi. Hantarkan entri korang sebanyak mungkin.


 

7 Comments

  1. awek cung September 20, 2010
  2. hasrul hassan September 20, 2010
  3. firdaus September 20, 2010
  4. Matjoe September 20, 2010
  5. abang ensem September 20, 2010
  6. firdaus September 23, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge