Contest Review Ebook “Teknik Pelaburan Tak Terkalah”

Ebook terbaru Abang Ensem bakal menerjah pasaran tidak lama lagi dan buat masa ini ianya masih dalam proses suntingan terakhir. In shaa Allah jika tiada aral melintang, ianya bakal dipromosikan beserta sistem affiliate, sebaik sahaja Syawal melabuhkan tirai.

Walaubagaimanapun bagi memastikan kualiti ebook aku terjaga, aku memerlukan beberapa orang dari kalangan pembaca blog dan Facebook aku untuk melakukan ulasan (review) terhadap isi kandungannya. Untuk itu, satu contest telah pun aku war-warkan di dinding Facebook aku semalam bagi mendapatkan 3 orang rakan Facebook bertuah untuk membuat ulasan ebook “Teknik Pelaburan Tak Terkalah”.

Review Ebook AE

Namun, para blogger juga tidak akan terkecuali kerana aku juga memerlukan pandangan kalian terhadap ebook aku. Anda hanya perlu membuat satu entri di blog anda menyatakan sebab kenapa anda berminat untuk melakukan review ebook tersebut dan 2 entri paling mencuit hati dan menarik minat aku bakal menerima duit raya sebanyak RM50-00 dari aku selain dari ebook itu sendiri. Pastikan anda menulis entri tersebut di blog anda dan meninggalkan link entri tersebut di ruangan komen di bawah sebelum Jumaat depan (9/8/13). Para pemenangnya pula akan aku umumkan sesegera mungkin.  Jadi, apa tunggu lagi? Bersegeralah mengurangkan duit yang ada dalam akaun aku sekarang ini.. hehehe.

AE : Korang rasa ok tak tajuk ebook aku ni?

8 Comments

  1. Anuar August 4, 2013
  2. Mohd Shubhi August 4, 2013
  3. sohoque August 4, 2013
  4. waiman takwa August 4, 2013
  5. Anuar August 5, 2013
  6. Zuan August 5, 2013
  7. Melastik Bintang August 5, 2013
  8. Eridy August 7, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge